Tak Perlu Susah Jahit Tanda Nama, Lencana Sekolah Anak. Tampal & Gosok, Siap!

Share

Sesi persekolahan penggal 2022/2023 akan bermula tak lama lagi. Nampaknya ibu bapa kembali sibuk untuk membuat persiapan anak-anak setelah bercuti beberapa minggu lalu. Makin dekat sekolah dibuka, banyak persediaan anak-anak perlu dilakukan.

Antaranya sibuk untuk membalut buku-buku, menjahit lencana dan sebagainya. Mungkin ada ibu yang rasa leceh untuk jahit lencana sekolah anak. Jadi untuk nak memudahkan kerja ibu, boleh guna cara yang dikongsikan ini.

Hanya menggunakan double sided adhesive cloth, boleh cepatkan kerja ibu menampal lencana dan tanda nama di baju sekolah anak. Macam mana nak guna, berikut disediakan langkah-langkahnya.

BACA [Baju Anak & Pakaian Bertahi Lalat, Jangan terus Dibuang, Cuba Langkah Ni, Macam Baru!]

Cara tampal lencana dan tanda nama anak paling mudah!

1.Guna double sided adhesive cloth.

2.Potong adhesive cloth ikut saiz tanda nama atau lencana.

3.Dah siap potong, lekat kemudian gosok dengan seterika.

Mana nak cari benda ni? Boleh ke Daiso, bahagian craft. Jika tak mahu bersesak beli di kedai, boleh beli online dekat SINI.

Selamat mencuba!

Kredit: Norhasnita Mohd Anuar

ARTIKEL MENARIK [Ambil Sendiri Gambar Passport Anak Guna Apps Ni. Sekeping A4 Dapat 32 Gambar!]

BACA JUGA [Dokumen Ini Perlu Dihantar Ke Sekolah Selepas Daftar Online Anak Tahun 1]

Sebagai ibu, sudah tentu kita mahukan yang terbaik buat si manja. Pemakanan yang sihat dan seimbang sangat kita titikberatkan supaya anak dapat membesar dengan baik.

Nak tahu rahsia sediakan hidangan enak yang buat anak berselera makan? Jom, sertai E-Workshop Kelas Penyediaan Makanan Anak: Sedap, Sihat & Selamat di https://toko.ideaktiv.com/product/e-workshop-kelas-penyediaan-makanan-anak-sedap-sihat-selamat/

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)

 

Published by
Wan Amy