Dalam tempoh PKP kali ni, tak disangka-sangka, ramai peminat Burger Malaysia yang nak mencuba buat sendiri di rumah. Walaupun sebelum ni resipi Burger Malaysia orang tak kisah pun, tetapi disebabkan tular di media sosial masing-masing nak buat.
Bagi yang pertama kali nak cuba, mungkin rasa agak renyah sikit. Pasti ada perasaan risau takut doh tak naik dengan elok, tak gebu dan lembut dan macam-macam lagi kan. Bagaimanapun bagi yang tetap juga nak buat tapi tak mahu ambil risiko doh tak menjadi, idea ini sangat-sangat membantu.
Hanya menggunakan Roti Mantou anda dah boleh menikmatinya Burger Malaysia yang sedap. Asalkan sambal yang dibuat cukup semua rasa dan diletakkan pula bilis goreng ranggup.
Try jangan tak try uolsss. Satu kali ngap terus lupa nombor IC jap. Kesedapannya yang luar biasa bila digandingkan bersama sambal legend ikan bills.
Roti yang lembut dan gebu. Salah satu roti kegemaran keluarga saya. Guna Roti Mantou jer awak-awak semua (cari dekat pasar atau pasaraya atau uolss google jer dulu tau)
Ads
Buat sambal ikan bilis masing-masing punya resipi OK. Sumbat timun, salad. Perut kenyang hati senang.
Tip Roti Mantou Gebu
– Nak gebu make sure minyak betul-betul panas dengan api kecil baru goreng. Baru roti kita tak serap minyak.
Ads
– Kalau simpan disejukbeku make sure defrost dulu ya biar di bahagian dalam masak elok. Selamat mencuba!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Ads
Pa&Ma dengan kerjasama 9 bulan 10 hari nak bagi webinar PERCUMA tanda terima kasih atas sokongan follower semua selama ini.
Webinar ‘Aku Tak Takut Beranak’ menampilkan barisan speaker-speaker hebat dan berpengalaman dalam bidang keibubapaan seperti Ustaz Don, Ustaz Kazim Elias, Dato’ Dr Fazley Yaakob, Dr Rizal Abu Bakar, Dr Maiza Tusimin dan Dr Afida Sohana.
Selain berpeluang menceduk ilmu yang dikongsi, anda juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah sebab ada 70 hadiah best yang ditawarkan termasuklah sebuah handphone.
Sebut saja nak buat roti, anak-anak mula teruja lain macam. Seronok yang hias dan toppingkan pelbagai jenis roti kesukaan mereka. Paling menarik, menyediakan roti dengan kecanggihan bread maker jadi mudah semua kerja. Tak adalah anak menunggu lama.
Campakkan sahaja semua bahan, macam-macam jenis roti boleh disediakan. Jom cuba resipi perkongsian Mastura Razali ini. Sedap!
Meh la kita cuba-cuba buat roti sendiri. Satu resepi boleh pelbagaikan. Kali ni guna resepi google je. Sape yang nak cuba kat bawah ni saya sertakan resepi roti.
Resepi asal untuk roti manis tapi saya buat untuk roti sosej dengan roti sardin je. Sedia bahan, masuk dalam breadmaker. Biar bm buat keje. Dah siap kita amik doh terus rounding dan terus bentukkan.
Bahan-bahan:
500g tepung roti -nak campur tepung gandum pun boleh
100g gula halus
100g marjerin
2sb susu pekat
1sk bread improver
1sk bread softener
6g garam
2sk yis
1bj telur
Air sejuk peti ais (telur,susu pekat,air jadikan semua 300g)
Masukkan semua bahan dalam breadmaker di mulai dengan bahan cecair. Yis atas sekali.
Lepas tu on kan la bm tu biar breadmaker buat kerje. Untuk bm russel taylor saya set no 11, uli 45 minit. Siap uli terus keluarkan.
Lepas tu bentukkan roti, cukup masa boleh bakar. Saya guna suhu 180 20 minit.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Muffin van hounten horlicks biasanya ada dijual di kafe-kafe mewah. Bau muffin yang semerbak memang membangkitkan selera. Rasanya yang kaya dengan coklat dan sedikit perisa horlicks memang gabungan yang sangat menyelerakan.
Tahu tak sebenarnya bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat muffin ini sangat mudah! Jom cuba resipi yang dikongsi ini
Muffin Van Hounten Horlick
Bahan basah:
*Telur 2 bijik gred A atau B kocak-kocak macam nak dadar tu je…
*Butter cairkan sukat jadikan 1 cawan
*Sedikit emolco coklat
*Dutch lady coklat kotak 2 cawan, nak guna susu segar pun boleh
*Sedikit esen vanila
Bahan kering:
1 cawan 1/2 gula perang halus atau gula castor
Sedikit garam halus
1 cawan serbuk koko van hounten
5-6 sb horlick original
3 1/2cawan tepung naik sendiri
1sk soda bikarbonat
Coklat chips sebagai hiasan
Cara Penyediaan:
Satukan bahan kering kemudian satukan bahan basah. Masukkan bahan kering dalam bahan basah kacau guna senduk…siap dah masuk dalam cup panas kan oven. Tabur coklat chips dan bakar suhu 180 masa 20-25 minit. Siap boleh di hidang😂 senang sangat 😘😘🥰🥰
Ramadan kali ini lebih istimewa bersama Pa&Ma Superb Huffaz. Nantikan bacaan doa dan surah pilihan dari anak-anak Genius Aulad bermula 3 April ini! Saksikan setiap hari jam 7.00 malam di Facebook Majalah Pa&Ma.
Jangan ketinggalan okay! Teruskan menyokong kami di @majalahpama #majalahpama #pamasuperbhuffaz
Buat pertama kalinya BINTANG KECIL membawa anda menyaksikan kisah magisnya ciptaan Allah di samping mendekati kehidupan para sahabat nabi dan tokoh ilmuwan di dalam siri Hikayat 1001 Malam yang disokong sepenuhnya dari TATEH. Saksikan setiap hari sepanjang bulan Ramadan ini istimewa bersama PU RIZ dan team BK Squad di Youtube Channel Bintang Kecil bermula 1 Ramadan pada jam 6.30 petang. Jangan ketinggalan! Follow @bintangkecil #bintangkecilmy #bintangkecil #1001Malam
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Selalu kita makan daging burger rasa sedap dan berjus. Rupanya ada cara nak pastikan daging kekas berjus dan sedap serta tak kering.
Perkongsian tip dari Zurina Zulkefli ini anda kena cuba. Memang nampak berjus, tebal dan sedap. Padu!
Masakkan burger homemade sempena hari jadi suami. Walaupun hari jadi dia, saya masakkan burger ikut citarasa saya sebab saya yang teringin nak makan.
Kalau makan burger ni, saya suka patty daging yang tebal dan berjus, kemudian ada tomato dan salad. Cukup sekadar itu sahaja, saya tak gemar burger yang terlalu sarat dan banyak sos.
Bahan-bahan patty:
Daging kisar
Keju
1 biji bun burger
Serbuk lada hitam
Roti burger
Hirisan tomato, timun dll
Sedikit garam
Masukkan daging ke dalam mangkuk, tambahkan sedikit serbuk lada hitam dan garam. Kuantiti ikut citarasa ya.
Kemudian ambil sebiji bun (roti) burger basahkan dan kepalkan. Campurkan bun basah ke dalam daging kisar. Fungsi campur bun tersebut adalah untuk merangupkan rasa patty apabila dimasak nanti.
Dan kepalkan daging menjadi bebola.
Hasilnya setelah dimasak, kelihatan sedikit garing jika patty dicampur dengan bun.
Masukkan kepingan keju, sambil tu ruang kuali yang ada boleh penaskan bun burger yang telah dibelah dua. Tutup kuali untuk cairkan keju.
Siap!
Akhir sekali letakkan dan susun hirisan tomato, patty daging, serta sos.
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.