Di ketika ini, apabila disahkan positif Covid-19 seakan sudah terbiasa dalam masyarakat kita. Hanya pantaulah keadaan diri dan jalani isolasi selama tujuh hari.
Pun begitu, janganlah dielakkan diri dari bekas pesakit Covid-19 ini kerana ia satu tindakan kurang wajar. Begitu yang dikongsikan oleh Dr Izzar Anwari menerusi Instagramnya.
Dalam pada itu, Dr Izzar juga turut memaklumkan, isteri tercinta, Ummi Nazeera turut sama dijangkiti
virus mengancam dunia itu selepas menyambut hari raya seminggu yang lalu.
“Kecundang akhirnya. Untuk makluman semua. Isteri tercinta saya telah dijangkiti COVID-19. Sebab beraya la ni kan. Takpe takde rezeki boleh kena tu.
Alhamdulillah anak-anak serta saya sekarang tak bergejala. Ummi pun bergejala ringan sahaja. Nasib baik dah amik vaksinasi. Isolasi sorang-sorang kat dalam bilik tengok K Drama. Sayalah kena menjaga anak-anak.
Jom sama-sama doakan wife saya sembuh segera, serta bertambah rezeki dan keluarga bertambah bahagia. Selitla sikit doa-doa tambahan lain tu.
Tapi takpa, esok hari terakhir wife saya nak berisolasi. Pastu sabtu boleh sambung beraya kat luar. Kah3
Untuk individu yang positif C-19, wajib isolasi selama 7 hari. Tapi, boleh dibebaskan awal kalau ujian C-19 (yang diselia) tu negatif pada hari ke-4 kuarantin.
Kalau dah cukup isolasi 7 hari, tak perlu ulang ujian C-19 dah. Keluarlah macam biasa lepas tu sebab kebolehjangkitan dah rendah. Maksudnya tak menjangkiti orang lain dah.
Untuk kontak rapat pula, kalau tak bergejala macam saya boleh keluar bekerja macam biasa dan tak perlu buat ujian kendiri pun. Kalau kontak rapat bergejala, buatlah ujian kendiri C-19 pada hari pertama dan ke-3. Apa-apa pun, semua kenalah patuh SOP sentiasa.
Oleh itu, tak perlulah nak stigma atau takut dengan bekas pesakit-pesakit COVID-19. Watlek je. Pastikan dia dah cukup isolasi 7 hari di rumah je,” kongsinya lagi.
Menarik: Satu Bilik Dia Tawaf, Demam Pun Aktif, Anak Kedua Dato’ Siti Nurhaliza Dah Pandai Berjalan
Ketahui fungsi caresat di E-Workshop Sayangi Nyawa Anak Dalam Kereta, Let’s Buckle Up! Daftar secara PERCUMA di https://toko.ideaktiv.com/product/sayang-nyawa-anak-dalam-kereta/
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!