Memilih untuk berehat seketika dari hamil dan bersalin adalah keputusan yang bijak bila anak rapat-rapat. Rahim perlu dikuatkan terlebih dahulu sebelum kembali bersedia untuk bekerja. Pun begitu, ada diantara ibu yang takut untuk menggunakan Intrauterine Device (IUD) atau lebih dikenali sebagai IUCD dikalangan masyarakat kita.
Menurut Dr Erna Nadia, tidak perlu takut menggunakan IUCD perancang keluarga kerana ia tidak menyakitkan. Namun perlu berhati-hati samada ia sesuai dengan anda atau tidak. Ini yang perlu anda ketahui.
Saya suka bila locum ada mesin scan (ultrasound) sebab saya boleh scan diri sendiri haha. Saya gunakan IUCD sebagai alat perancang kehamilan. Alhamdulillah dah nak dekat 3 tahun guna, IUCD saya masih ngam elok terletak.
Ada yang tanya, tak sakit ke pakai iucd? Tidak.
Tak rasa apa apa ke masa nak pakai tu? Alhamdulillah tidak. Kalau nak pakai iucd, datanglah semasa haid hari ketiga, keempat atau kelima, masa haid tak lah heavy sangat dah sebab waktu ni serviks tu lembut.
Kalau datang awal sangat, susah nak nampak sebab haid masih heavy. Kalau datang lewat sangat, haid pun dah kering, serviks jadi kering sikit, nanti sesetengah orang akan rasa tak selesa.
Lepas pakai tu, terus berkesan ke? Tidak juga. Ianya mengambil masa 3-5 hari untuk berfungsi dengan baik. Jadi, elakkan dulu bersama suami 3-5 hari selepas pakai. Sabar, kalut kalut nak pi mana kan.
Iucd ni ada hormone ke tak? Saya takut kalau hormone-hormone ni. IUCD ada 2 jenis. Satu yang ada kuprum,tak ada hormon. Kuprum ni la yang akan merencatkan/melemahkan sperma jadi dapatlah halang persenyewaan dari berlaku. Satu lagi jenis ada hormone progesterone.
Sama juga fungsi nak lemahkan sperma, dalam masa yang sama dia tebalkan mukus serviks, nipiskan dinding rahim. Semua ini akan buatkan proses persenyawaan jadi lemah. Ada juga yang sampai proses ovulasi jadi terbantut terus.
Ads
Semua wanita boleh pakai ke? Tidak. Ada golongan yang tidak digalakkan pakai, iaitu:
1. Yang ada masalah kehamilan luar rahim 2. Ada alahan dengan kuprum 3. Ada masalah PID ( pelvic inflammatory disease atau jangkitan kuman dalam pelvis) 4. Yang ada penyakit kelamin 5. Yang ada masalah pendarahan dibahagian kelamin
Sebab itu sebelum pakai apa apa jenis perancang, kena jumpa doktor dulu untuk tengok cara mana paling ok dengan kita.
IUCD ni boleh bertahan 3 tahun, 5 tahun dan 10 tahun. Kita boleh pilih selesa yang mana. Bila dah pilih, make sure buatlah reminder. Karang lupa, jadi jangkitan pula kalau tak keluarkan. Ataupun tengok tengok mengandung sebab iucd dah expired.
Ads
Ada risiko ke? Tak ada yang tak ada risiko di atas muka bumi ini.
1. Risiko untuk haid jadi lebih lama dan banyak, terutamanya 3 bulan pertama selepas pakai, lagi lagi yang jenis kuprum. Kalau ada masalah ini, monitor dulu. Kalau semakin sakit/ berdarah semakin banyak, terus je berjumpa doktor.
2. Risiko untuk haid jadi pendek atau tidak ada langsung untuk beberapa bulan, bagi yang pilih jenis hormone.
3. Risiko jangkitan kuman sedikit selepas pemasangan.
4. Risiko sakit/tidak selesa sedikit semasa bersama suami atau masa nak datang haid masa awal awal pakai tu.
5. Ada juga yang jadi tumbuh jerawat, meloya, sakit kepala dan payudara jadi lembut. Ini biasanya awal awal selepas pakai atau masa nak datang haid.
Ads
Ada komplikasi tak? Ada tapi jarang berlaku. Contohnya, iucd tu tertembus ke dinding rahim semasa pemasangan, berlaku keradangan pada dinding rahim.
Iucd boleh juga terkeluar sendiri dari rahim. Biasanya disebabkan pasang tidak betul, dinding rahim tak kuat ( biasanya pada yang obesiti), selalu angkat yang berat berat. Jadi, sebab itu kena selalu periksa tali iucd tu.
Kalau tak rasa, atau rasa lebih panjang atau pendek dari biasa, boleh sahaja datang scan untuk confirmation.
Sakit ke masa bersama suami? InshaAllah tidak sebab alat kelamin lelaki akan masuk ke faraj sehingga hujung pun di hadapan serviks sahaja, tak masuk sampai dalam rahim pun.
Mungkin sesetengah wanita akan rasa senak sikit la masa awal awal tu, lama lama ok inshaAllah. Ok so begitulah ya sedikit sebanyak tentang iucd. Bagi wanita yang nak merancang, rancanglah dengan sebaiknya. Jangan takut dan asyik dengar-dengar cakap orang. You do you🤙🏻.
Selepas berkahwin, barulah kita semua sedar ada macam-macam masalah yang membuatkan kita sukar hamil. Sebelum ini rata-rata wanita kurang ambil berat dan tak pernah ambil kisah pun bila haid tak teratur atau tak datang dalam tempoh yang lama.
Sebenarnya semua ini penting dan masalah period atau haid tidak teratur adalah masalah asas yang memberi kesan untuk hamil. Penjelasan doktor ini, Dr Farhanah, Pegawai Perubatan Eva Emily Clinic boleh dijadikan panduan untuk bakal ibu. Kena tahu ni!
PERIOD SAYA TAK TERATUR!
Ramai sangat yang datang klinik sebab masalah period ni.
Sampaikan kadang tu skrip yang sama kena ulangsuara banyak kali, semua masalah period tak teratur.
Dr, period saya lewat tapi UPT negative.
Dr, period saya dah 3 bulan tak datang.
Dr, period saya yang terakhir 3 tahun lepas.
Dr, saya ni dalam setahun tu berkali-kali kena makan ubat lawas period. Kalau tak makan ubat, period tak mai langsung.
Dr, ada cara lain tak nak bagi period teratur selain makan ubat perancang? Sebab saya nak try pregnant. Banyak lagi kes, tapi ni sebahagian saja.
Cuba teka, apa persamaan semua wanita ni??
Yes. Mereka ni boleh kata almost 99% #overweight. Dan mostly ada symptoms #PCOS Polycystic ovarian syndrome.
KETAHUI 7 BENDA SCARY BILA ADA PCOS
1. Hormon #lelaki dia terlebih. Boleh buat jerawat jadi meriah. Bulu badan pun lebat, pernah saya jumpa yang tumbuh misai dan janggut. Yes, wanita tapi ada janggut.
2. Disebabkan hormon tak seimbang, #period pun jadi #celaru, ting tong.
4. Dahlah payah sangat pregnant, tapi bila lekat mudah pulak #keguguran?
5. Biasanya PCOS selalu jadi pada wanita yang overweight atau #obese.
6. Insulin dia pun ada “weng” skit. Jadi boleh dapat #kencingmanis. Ada yang datang klinik masalah period, bila kita cek gula terus dapat detect kencing manis.
7. Dinding rahim boleh jadi terlebih tebal. Sepatutnya dia jatuh sebagai period. Tapi tak turun-turun darahnya. Bahaya tau, ni kita panggil endometrial hyperplasia yang berisiko berubah jadi #kanser rahim. Takut kan?
PCOS ni boleh cuba diatasi mostly dengan mengubah lifestyle!
1. TURUNKAN #BERAT BADAN.
Kalau kita dapat turunkan 10% berat pun, lebih 55% period boleh jadi teratur semula
2. UBAH GAYA #PEMAKANAN
Makan makanan tinggi protein & fiber dan rendah carbo. Elakkan processed food dan makanan “merepek” seperti jajan dan lain-lain.
3. #SENAMAN
Exercise secara berkala. 5x seminggu. Dapat 20 minit sehari pun ok dah. Buat TABATA ke. Yang mana sesuai dengan kapasiti masing-masing.
4. #PEMERIKSAAN DOKTOR
Buat pemeriksaan Dr, kalau ada kencing manis perlu dapatkan rawatan. Kalau ada jerawat teruk atau bulu badan yang terlalu banyak, ada rawatannya.
5. RAWATAN #KESUBURAN
Kalau nak mengandung, boleh ke klinik untuk rawatan kesuburan. Jika ubat tak berkesan, mungkin pakar boleh buat rawatan surgical. Tapi seeloknya hamil bila berat badan <80kg untuk elakkan risiko-risiko tertentu semasa hamil.
Kredit: Dr Hana
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tiada yang lebih menggembirakan oleh setiap pasangan yang berkahwin apabila penantian untuk memiliki zuriat sendiri akhirnya dimakbulkan.
Penyanyi Ameer Sofazr berkongsi berita gembira apabila mengumumkan bahawa isteri tercinta bakal melahirkan anak sulung mereka tidak lama lagi.
Menzahirkan rasa syukur, Ameer atau nama sebenarnya, Amir Mahiyiddin, 37 turut menyifatkan khabar tersebut sebagai satu perkhabaran bermakna apatah lagi keduanya sudah lama menantikan untuk mempunyai anak sendiri setelah lima tahun mendirikan rumah tangga.
“Alhamdulillah syukur. Rezki, nikmat & hikmah yg diberikan olehNYA sgt besar & bermakna. Penantian selama 5 tahun akhirnya dikurniakan rezki yg sgt bermakna.
“Smoga anak yg bakal lahir membesar dgn sht & jd anak yg soleh & solehah. Dan smoga isteriku @aurora_aulia93 dipermudahkan & dipelihara sepanjang 9 bulan 10 hari. In shaa Allah
Pelakon Zahirah Macwilson yang telah pulang ke Perth untuk bersalin cahaya mata sulungnya di sana berkongsi gambar-gambar menarik dan meriah majlis baby shower yang diadakan.
Dalam perkongsian terbarunya di laman Instagram, Zahirah yang kini sedang mengandung 8 bulan menganjurkan baby shower party di kediamannya di sana. Sambutan penuh meriah itu dihadiri oleh ahli keluarga dan rakan terdekat yang berada di sana.
“Oh baby, terima kasih kepada semua yang menjayakan majlis baby shower ini, pasti akan diingati,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Pada majlis bertemakan warna putih dan oren lembut itu, Zahirah turut memaklumkan semua hidangan pastri termasuklah kek utama disediakan oleh ibunya, Maslinda Yusof yang merupakan seorang bekas chef.
Namun, pasangan dua sejoli ini tidak mendedahkan jantina anak yang bakal dilahirkan.
Justeru meninggalkan teka teki sebegitu, di ruangan komen, ramai wargamaya yang meneka Zahirah bakal menerima kehadiran cahaya mata lelaki berdasarkan wajahnya yang berseri-seri.
Bukan sahaja wargamaya, malah ramai juga rakan selebriti yang turut sama meneka gender bayi yang bakal dilahirkan Zahirah tak lama lagi.
Dia dan suami, Aiman Hakim Ridza sering memuat naik gambar-gambar menarik sepanjang keberadaan mereka di sana. Pada hujung Oktober yang lalu, Zahirah dan Aiman terbang pulang ke Perth, Australia bagi menyambut kelahiran anak pertama mereka di sana.
Sekadar Info, Zahirah dan Aiman mendirikan rumah tangga pada 20 Februari 2020 dalam sebuah majlis pernikahan tertutup di Petaling Jaya.
Semoga semuanya dipermudahkan buat Zahiran dan bayi yang bakal lahir di sana.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Gara-gara tidak mementingkan kesihatan diri, seorang pemuda menderita menghidapi sakit buah pinggang kronik.Ia berlaku akibat tidak menjaga pemakanan hariannya dengan mengamalkan tabiat makanan tidak...