Tak Perlu Tanya Jenis Jahitan Atau Berapa Banyak, Janji ‘Koyakan’ Ibu Sembuh Semula!

Share

Ketika melahirkan, ada masanya ibu mengalami koyakan pada bahagian faraj. Jika si ibu pandai meneran, mungkin tiada sebarang atau koyakannya kecil sahaja. Terdapat beberapa tahap koyakan yang terjadi disebabkan kelahiran.

 

Dr Muhammad Izzat Abdul Razak, Pegawai Kesihatan Wanita & Kehamilan ada berkongsi tentang tahap koyakan ketika bersalin dan prosedur yang dibuat untuk menjahitnya semula.

“Nah doktor, amek mesin jahit ni, jahit bini saya elok-elok!”
Secara ringkas boleh saya huraikan luka atau koyakkan bersalin terbahagi kepada 4 jenis:

Tahap 1 – luka pada kulit ataupun luka sedikit pada lapisan dalam faraj

Tahap 2 – luka melibatkan otot dalam, tapi tapi tak melibatkan otot injap pada lubang dubur

Tahap 3 – bila luka dah melibatkan koyakkan otot injap dubur (sama ada external atau internal sphincter)

Tahap 4 – luka melibatkan koyakan injap otot dubur dan bahagian dubur yang lebih dalam (anorectal mucosa)

Artikel Menarik: [Gas Entonox, Bantuan Ketika Sakit Kontraksi. Membantu Ke?]

Koyakan Tahap 1 & 2 Biasanya Dikendalikan Oleh Juru Rawat

Maka lepas beranak, doktor atau misi akan tengoklah dulu luka tu jenisnya bagaimana. Yang mana misi boleh jahit, dia akan jahit. Cuma yang susah-susah tu, misi akan roger Doktor la untuk menjahitnya. Koyakan tahap 3 dan tahap 4 ni dikelaskan sebagai koyakan teruk sebab melibatkan lubang dubur.

Yelah, lubang dubur kan kotor, bakteria banyak kat situ. Kalau tak dijahit dengan berhati-hati kuman boleh tersebar kat luka, lambat baik, dan boleh terjadi jangkitan kuman pula.

Artikel Menarik: [Baru Suruh Teman Isteri Bersalin, Suami Dah Berpinar Sebab Mabuk Darah]

Bius Separuh Badan Jika Koyakan Besar

Nak ‘repair’ koyakkan tahap 3 dan 4 biasanya saya buat di dewan bedah. Bius separuh badan diberikan, so pesakit akan bertenang dan relaks. Otot-otot dubur yang koyak tu pun akan kurang regang maka proses menjahit akan jadi lebih senang dan cantuman luka koyak boleh dibuat dengan teliti. Takdeler insiden tendang menendang doktor masa menjahit tu kan?


Antibiotik pun akan diberikan sebelum proses menjahit tu.

Jahitan Kembalikan Keadaan Asal Perineum & Faraj

Untuk koyakan tahap 1 dan 2, biasanye misi akan jahit untuk cantumkan otot dangan otot, kulit dengan kulit. Dengan bahasa mudah, nak jadikan faraj tu nampak seperti asal sebelum koyakan tu bersalin.

Nak jahit koyakan tahap 1 atau 2 pun, misi bagi jugak bius, tapi bius ni namanya bius setempat (bius dicucuk pada tempat koyak tu sebelum dijahit), takda ler jahit hidup-hidup. Tipu sangat!

Artikel Menarik: [Bersalin Normal Tak Semestinya ‘Koyak’. Ibu Perlu Tahu Cara Teran Yang Betul]

Maka, konsepnya mudah jahitan koyakan bersalin ini untuk menjadikan perineum dan faraj kembali kepada keadaan asal, tak mengira berapa banyak jahitan ataupun jenis jahitan – tulang belut, sembat susup, jahitan guni, jahitan tepi dan seumpama dengannya.

Asalkan perineum itu bercantum semula, dan nampak luaran macam faraj/vagina dah cukup. Usah ditanya berapa banyak jahitan dah dibuat.

 

 

Published by
Emy H