Saat nak menukar tekstur makanan bayi adalah saat yang ditunggu-tunggu oleh ramai mommy. Dari hanya menyediakan puri, mama boleh menjadi lebih kreatif dalam menyediakan makanan buat si comel. Tapi mungkin ada yang teragak-agak bilakah masa yang sesuai? Adakah perlu menunggu sehingga si comel tumbuh gigi?

Tak Perlu Tunggu Bayi Ada Gigi Baru Nak Tukar Tekstur Makanan, Mama Boleh ‘Explore’ Ikut Usia Anak!

Baca: “Nak Luruh Jantung” Rayyan Kontak Rapat Covid-19, Elfira Pesan Elak Bagi Orang Luar Rapat Dengan Anak Kita

(Followers Pa&Ma yang nak dapatkan barangan penjagaan diri boleh klik di SINI)

Sebenarnya mommy boleh menukar tekstur makanan bayi dari puri kepada tekstur yang lebih kasar tanpa perlu menunggu gigi bayi tumbuh. Jangan risau anak tercekik kerana dietitian Fizah menerangkan bagaimana mama boleh menukar perlahan-lahan tekstur makanan supaya si comel boleh menerima tekstur yang lebih kasar dengan baik.

Tak Perlu Tunggu Bayi Ada Gigi Baru Nak Tukar Tekstur Makanan, Mama Boleh ‘Explore’ Ikut Usia Anak!

TEKSTUR MAKANAN BANTU ANAK BERCAKAP

Kenapa kena tukar tekstur?

IKLAN

Kenapa tak boleh dari puri terus ke makanan macam dewasa? Apa kaitan tekstur dengan skill anak untuk bercakap? Perkembangan skill bayi adalah paling cepat antara 0-2 tahun.

Kita sebagai ibu bapa perlu membantu skill tersebut untuk berkembang. Makanan akan melatih anak anda menggunakan lidah.

Dalam keadaan puri bayi hanya;

Tak Perlu Tunggu Bayi Ada Gigi Baru Nak Tukar Tekstur Makanan, Mama Boleh ‘Explore’ Ikut Usia Anak!

IKLAN
  • Merasa makanan dan telan
  • Sesuai ketika memperkenalkan makanan/sesuatu yang baru kepada baby 6 bulan
  • Transition dari susu ke makanan pelengkap
  • Jangan risau kalau baby tak nak makan banyak untuk umur 6-7 bulan, 1-2 sudu besar pun dah cukup
  • Tujuan sekarang memberi rasa makan bukan untuk mengenyangkan dan memperkenalkan makanan selain susu

Dalam keadaan lenyek;

  • Bayi perlu kuat kan lidah dan keluarkan air liur yang lebih banyak untuk menelan makanan tersebut
  • Lidah dah mula sensori rasa, itu sebab pada fasa ini baby banyak kutip benda dan letap dalam mulut sebab macam tu baby ‘rasa’
  • Sensori di lidah jauh lebih banyak dari tangan
  • Transition dari makanan puri/cair/kisar kepada lenyek sekejap je bila bayi antara 7-8bulan
  • Kuantiti makan dah semakin banyak untuk penuhi keperluan baby iaitu antara 2-3 sudu besar sekali makan

Dari lenyek ke kisar;

  • Kuatkan lidah baby untuk men’golek’ makanan dari kiri ke kanan dan seterusnya dari depan ke belakang untuk menelan
  • Melatih guna gigi dan gusi yang kuat untuk mengunyah
  • Makanan ada tekstur yang kasar tapi tak terlalu kasar agar baby dapar cabaran untuk mengunyah ketika makan
  • Kuantiti 3-5 sudu besar sekali makan
  • Dah campur carbohydrate + protein + fiber dalam setiap hidangan

Dari kasar ke potongan yang kecil tapi lembut;

Tak Perlu Tunggu Bayi Ada Gigi Baru Nak Tukar Tekstur Makanan, Mama Boleh ‘Explore’ Ikut Usia Anak!

IKLAN
  • Bukan sahaja fokus untuk menguatkan lidah tetapi juga fine motor skill bila anak boleh kutip dan letak dalam mulut
  • Anak akan mula bercakap sikit (buat bunyi baby) tak lama lagi
  • Kuantiti 5 – 7 sudu besar
  • Memberi ‘fun’ dan keseronokan waktu makan kepada baby, sambil makan sambil bereksperimen

Jangan risau rumah bersepah atau lantai makan lagi banyak dari anak..tu senang je nak kemas tapi nak bagi anak enjoy makan tu lagi susah😉

Ubah tekstur makanan anak secara perlahan juga bukan secara mendadak

Contoh;

3x makan puri semasa nak introduce tekstur baru, bagi 1x makan lenyek 2x puri
Keesokan hari 2x lenyek dan 1x puri, Seterusnya 3x lenyek.

Kredit:

Baca: “Kesian, Usia 3 Tahun Tapi 13 Perkataan Je Boleh Sebut” Doktor Kongsi Aktiviti Rangsang Perkembangan Anak

Tak Perlu Tunggu Bayi Ada Gigi Baru Nak Tukar Tekstur Makanan, Mama Boleh ‘Explore’ Ikut Usia Anak!

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI