Tiap kali lalu depan kedai, bau roti boy memang menusuk kalbu. Kadang yang tak mahu beli pun jadi terbeli. Dapat pula makan yang panas-panas lagi sedap ditambah pula dengan keranggupan toppingnya.

Jika mama ada kepakaran untuk buat sendiri roti, sebenarnya boleh je buat. Cuma rajin atau tak je. Namun bagi yang nak buat roti boy ekspres, boleh guna roti putih. Tak perlu buat doh roti, guna roti keping sahaja.

Boleh cuba resipi di bawah. Confirm laku keras, sekejap je licin anak-anak makan.

Tak Perlu Uli Doh, Buat Roti Boy Guna Roti Keping. Makan Panas-Panas Ranggup!

RESIPI ROTI BOY GUNA ROTI KEPING

Bahan-bahan topping:

4 tsp instant coffee
2 tsp air panas
1 biji telur
70 gram gula aising
80 gram tepung gandum
80 gram butter

Cara-cara:

1. Satukan semua bahan-bahan topping kecuali butter.

IKLAN

2. Bila dah sebati, baru masukkan butter dan adun sebati.

Tak Perlu Uli Doh, Buat Roti Boy Guna Roti Keping. Makan Panas-Panas Ranggup!

3. Masukkan adunan ke dalam piping bag.

4. Paipkan adunan ke atas roti yang telah disusun di atas loyang pembakar.

5. Bakar pada suhu 100 darjah celsius menggunakan api atas sahaja selama 20-30 minit (bergantung kepada oven masing-massing) supaya topping masak dengan sempurna dan roti masih lembut.

Tak Perlu Uli Doh, Buat Roti Boy Guna Roti Keping. Makan Panas-Panas Ranggup!

IKLAN

6. Dah siap, makan panas-panas sedap!

Tak Perlu Uli Doh, Buat Roti Boy Guna Roti Keping. Makan Panas-Panas Ranggup!

Lihat video penuh:

@yayaamirul semalam nak makan rotiboy tapi dah petang jadi takdanya nak uli doh, kita buat rotiboy express! 🤍 #rotiboy #cookingtiktok #minivlogs ♬ One Way Ticket (To The Blues) – Tanja Thomas

 Kredit: TikTok @yayaamirul & myresipi.com

Anak dah boleh merangkak laju? Ayuh mama papa yang ada baby comel-comel tu, inilah masanya untuk sertai Baby Merangkak Race! Daftar sekarang di link ini: https://toko.ideaktiv.com/product/simpan-sspnxpama-baby-merangkak-race/

IKLAN

Tak Perlu Uli Doh, Buat Roti Boy Guna Roti Keping. Makan Panas-Panas Ranggup!

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)

 

 

 

 

 

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI