Anak-anak kecil sebenarnya perlu dirangsang derianya supaya dia bijak menggunakan kesemua anggota tubuh dan tidak kekok untuk menggunakannya. Malah cara ini juga merangsang sensori anak sekaligus meransang perkembangan otak anak sebaiknya.
Tak perlukan kos yang mahal dan berlebih-lebihan sebaliknya gunakan sahaja beberapa elemen atau barang alatan dapur kita untuk merangsang sensori si kecil kita. Ada banyak kesannya jika mereka dirangsang sebaiknya. Perkongsian oleh ibu ini, Puan Umairah Jamaah ini mama boleh cuba. Mudah saja.
Kak Mai ada share berkaitan kepentingan untuk deria-deria dirangsang sejak awal usia. Apa akan jadi jika perkara ini diabaikan.
Penting untuk ibu ayah rangsang sistem deria yang ada pada tubuh anak-anak dari awal usia. Supaya perkembangan deria anak-anak berlaku dengan baik. Mengikut perkembangan usianya.
1. Alfactory -bau
2. Visual – penglihatan
3. Auditory- pendengaran
4. Gustatory – merasa
5. Vestibular – daya keseimbangan badan
6. Tactile- sentuhan
7. Proprioceptive – pergerakkan otot dan sendi
Tahu apa akan jadi. Jika anak ada masalah dengan perkembangan deria-deria itu?
• Tidak suka menyentuh atau berjalan di atas rumput / pasir.
• Rimas ketika potong kuku / rambut.
• Rimas ketika berada dikalangan orang ramai. Juga tak sabar menunggu.
• Sentiasa lap tangan atas bahagian tubuh. Dari kotoran atau benda melekit seperti tanah, pasir, makanan.
• Cerewet bab makan. Hanya makan texture tertentu sahaja.
Banyak lagi kesan lain yang mungkin akan berlaku pada anak. Jika tiada rangsangan awal diberikan. Kali ini Kak Mai share dengan semua kita guna bahan-bahan yang sedia ada di rumah saja. Jimat kos hehehehe. Ya, ini yang kita mahukan. Jom scroll gambar. Apa bahan-bahan yang boleh kita gunakan untuk rangsang deria anak-anak. Moga bermanfaat untuk semua.
Kulit Buah
Buah-buah yang ada minta anak kupas sendiri kulitnya. Bantu kuatkan kemahiran motor halus. Sejak dari usia 1 tahun lebih dah boleh bagi. Kulit jangan dibuang. Tengok gambar seterusnya untuk tahu kegunaan. Selain buah telur rebus pun anak boleh kupas sendiri. Kulit buah sangat best sebab texture yang berbeza. Ada yang licin, mengerutu, berbulu kasar dan halus, tajam. Nah kita ajar simbol abjad atau nombor guna kulit buah. Minta anak-anak buat lukisan pun bagus.
Kekacang
Kacang paling best sebab texture dia licin. Juga ada bunyi yang mampu ransang deria pendengaran anak-anak. Bagi bayi, celupkan saja tangannya ke dalam bekas yang berisi kacang. Kami buat aktiviti transfer. Pindahkan bahan dari bekas A ke bekas B. Aktiviti ini sangat menguji kemahiran anak-anak. Latih daya fokus, koordinasi tangan dan anak mata.
Hampas Kelapa
Ajak anak perah santan sama-sama. Selain dapat pupuk nilai kerjasama. Mereka dapat belajar masak. Yeay.
Beras
Kak Mai yakin majoriti ada beras kat rumah kan. Nah, boleh minta anak ramas atau tulis kat atas beras. Untuk baby celupkan tangannya ke dalam beras. Tengok tangan comelnya nanti mula bergerak sendiri untuk meramas. Latih otot dan sendi di tangannya juga untuk bergerak.
Pelbagai jenis rempas ratus yang boleh digunakan. Yang bestnya rempah ratus ada bau yang uniq. Mampu rangsang deria sentuhan dan deria bau mereka. Harum. Bagus kita dedahkan bau rempah sejak awal usia. Bagi mereka familiar dengan rempah ratus kita yang ada pelbagai bau, bentuk, warna dan rasa. Cuma minta anak ramas dan bau. Mudah. Tiada istilah kotor. Pastikan basuh tangan mereka dahulu ya mak-mak. Kami buat begini. Kalau tak ada benda ini. Usah kome risau. Sebab boleh DIY guna kotak terpakai.
Plastik antara material yang ada unsur tactile dan bunyi tersendiri. Biarkan anak kecil meramas plastik. Pastikan ibu ayah pantau 100% aktiviti ini. Elakkan anak beraktiviti sendiri. Semua bahan ada risikonya.
Ini paling mudah. Pelbagai fabric yang ada. Kita minta baby pegang dan jalan / merangkak kat atas fabric-fabric yang ada. Contoh fabric yang ada unsur tactile satin, tuala, alas kaki, kain kapas dan banyak lagi. Mudah saja untuk kita rangsang deria sentuhan dan bau anak kecil. Guna bahan sedia ada di rumah saja.