Tak Perlukan Pengganti, Lebih Bahagia Hidup Bersama Anak-Anak. Rita Terharu Anak Bagi Kek Pisang Di Hari Jadinya

Share

Pelakon popular Rita Rudaini sebak dan terharu menerima kek pisang daripada dua anaknya, Airit Rayyan Rizqin dan Airit Rafqa Arjuna sempena hari jadinya yang ke-43.

Rita berkata, dia tidak menjangka kedua-dua anaknya akan membuat kejutan itu selepas pulang dari sekolah.

“Sejujurnya, tindakan mereka itu buat saya tersentuh. Pulang sekolah, mereka berikan dua hiris kek pisang yang dibeli di kantin dan ucap ’selamat hari jadi mummy’. Memang sedih dan sebak. Walaupun kek pisang, tapi mereka ingat.

“Mereka tahu hari jadi saya. Macam Rayyan bukan saja tarikh lahir saya, tapi juga adik, nenek dan sepupu dia ingat.

“Jadi pada hari jadi saya tidak menjangka dia akan bawa balik kek pisang,”

Rita berdoa dan berharap pada usia itu dia terus diberi kesihatan baik supaya dapat membesarkan dua anaknya.

“Soal sambutan hari jadi, tidak berharap pun. Kalau boleh tak nak sambut sangat sebab sudah tua, cukuplah. Tidak ada ‘feel’ nak sambut. Kalau ada, adalah sebagai tanda orang ingat.

“Apa yang penting, saya diberi kesihatan yang baik supaya dapat besarkan anak sampai mereka dewasa dan sihat tubuh badan. Itu saja saya mahu,” katanya.
Ditanya soal jodoh, Rita tidak menolak takdir dan ketentuan Allah SWT.

“Kalau boleh sudah tak nak. Tapi, kalau ditakdirkan Allah hantar seseorang, saya terima saja. Moga yang baik-baik untuk anak,” katanya.

Sumber: Hmetro

Published by
NuFa