“Tak Pernah Beli Makanan Baby” Maryam Masak Sendiri Untuk Anak, Gigih Masak Malam!

Share

Jerit perih membesarkan anak sememangnya tidak mudah. Boleh dikatakan sebaik mata celik hingga ke malam hari, semuanya diperuntukkan waktu untuk si kecil. Ini juga yang dilalui oleh Maryam You Narae, anak kelahiran Korea Selatan yang ini menetap di negara kita.

Menurut perkongsian pasangan ini di Instagram mereka, Durian Kimchi, inilah rutin tanpa henti Maryam setiap masa. Semuanya demi memastikan anak sulung mereka, Rina terjaga dengan baik sepanjang masa.

Malah menurut Ryzal Ibrahim, suami kepada Maryam, isteri tersayangnya itu akan memasak makanan anak mereka setiap malam. Tidak kenal erti penat namun inilah kegigihan Maryam demi memastikan Rina cukup khasiat dan membesar dengan sihat.

“Beberapa hari lepas Maryam datang tunjukkan saya mesej seorang ni yang gelakkan Maryam bagi anak makanan frozen? Saya tengok setiap story Maryam dia reply seperti tiada sijil UPSR.

“Saya dah malas nak layan sebenarnya tapi tengok riak muka Maryam macam terasa seperti dia ibu yang tidak sayangkan anak bagi makanan frozen.

“Saya bagitahu Maryam orang macam ni dia nak perhatian saja, sebab Maryam tak pernah reply mesej dia rasanya. Saya minta Maryam block dia. Kalau dia disini, minta ‘unfollow’ kami.

“Maryam dari awal pagi sampai sebelum tidur, hampir semuanya dia buat untuk Rina sehinggakan diri sendiri tak terjaga,” tulis Ryzal berkongsi selepas kritikan wargamaya selepas dikatakan memberikan anaknya makanan sejuk beku.

Sanggup angkut balik kampung barang anak

Bahkan kata Ryzal lagi, betapa gigihnya Maryam, dia akan memasak setiap malam dan kemudiannya barulah disimpan ke dalam peti sejuk untuk memudahkan kerjanya pada keesokkan hari. Semuanya dilakukan sendiri dari pagi hingga ke malam.

“Makanan ‘baby’ tu Maryam buat tiap malam untuk makan esok pagi sampai makan malam.

“Sehingga sekarang, Maryam tak pernah beli makanan ‘baby’ di luar, semuanya dia buat sendiri. Malah, ketika balik Kelantan, kami sanggup bawa Sterilizer, Baby Mattress, Food Processor dan barang lain hantar dengan kereta ke Kelantan khas untuk Rina. Kami balik naik flight sebab risaukan jarak perjalanan yang jauh kerana Rina.

“Seorang ibu akan faham Maryam dan apa kami buat demi anak,” tulisnya berkongsi.

Dalam pada itu, usaha Maryam yang menyediakan sendiri makanan anaknya setiap malam dipuji malah konsep sejuk beku tidak dirasakan salah kerana itulah cara yang dilakukan oleh ibu bekerjaya lain. Terbaik Maryam!

 

 

Menarik:

Published by
SRM