Walaupun nampak mudah namun bukan semua roti jala dapat disediakan dengan baik oleh kita semua. Adakalanya kiraian roti jala menjadi besar dan tidak cantik, malah ada juga bancuhan tidak kena dan tidak lembut seperti yang disediakan seperti mak-mak kita.
Langkah demi langkah untuk amatur atau yang belum pernah mencuba menyediakan roti jala ini patut anda ikuti. Perkongsian resipi dan langkah daripada Puan Najwa Abd Razak ini nampak mudah. Rugi kalau anda tak cuba!
Bahan-bahan:
2 cawan tepung gandum
2 cawan air
2 sudu besar minyak masak
1 biji telur
secubit garam
Pewarna makanan
Dalam mangkuk, masukkan semua bahan kecuali pewarna kuning. Kacau sedikit semua bahan.
Kalau anda rajin boleh kacau guna whisk sampai semua sebati. Kalau kurang rajin, boleh la kisar semua bahan guna blender dan titikkan pewarna kuning.
Masukkan adunan tepung ke dalam botol muncung 3. Beli botol yang muncungnya tidak berlubang, kita perlu potong muncung tu sendiri. Potong sedikit sahaja hujung muncung.
Kirai roti jalan dalam kuali. Boleh kirai ikut selera sendiri sama ada suka kira jalanya bulat atau segi 4 macam ni.
Lipat dan gulungkan jalanya. Siap..selamat mencuba.
Cadangan hidangan, roti jala + kuah kari.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tauhu Bunga Krup Krap Penuh Inti. Cicah Dengan Sos Cili Thai, Memang Terbaik!
Jika anda peminat tauhu begedil atau tauhu sumbat, ini ada lagi satu resipi wajib anda cuba. Namanya tauhu bunga. Intinya seperti tauhu begedil cuma tidak menggunakan ubi kentang.
Bahan utama untuk menghasilkan tauhu bunga ini menggunakan tauhu putih, beberapa jenis sayuran dan inti ayam atau daging. Bagi anda yang pertama kali hendak menikmatinya, pasti tak akan menyesal kerana teksturnya ranggup di luar dan lembut di dalam.
Berikut perkongsian dari Puan Noris Nora dan patut anda cuba.
Sebelum viral tauhu bergedil, saya suka buat tauhu sumbat goreng @ tauhu terbalik @ tauhu bunga ni…
Tips – adunan inti tu macam cekodok lembut-lembut, jika kering sangat, sila tambah telur. Kegunaan telur tu untuk melekatkan semua bahan-bahan inti dalam kulit tauhu.
TAUHU TERBALIK (Tauhu Bunga)
* 25 biji tauhu kering
-potong X di atas tauhu dan terbalikkan. Keluarkan isi tauhu kering jika ada, nanti campur dengan tauhu putih untuk inti
* 5 biji tauhu putih – di lecek.
* 2 pokok daun bawang (boleh ganti dengan bawang besar)
* 2 pokok daun sup
* 1/2 batang carrot di sagat panjang
* 2 biji cili merah besar di hiris.
* 3 biji telur
* Serbuk perasa ayam
* Garam
* Lada sulah
(Boleh juga tambah ayam, daging, tapi kena tumis sedikit dulu supaya masak)
Cara-cara membuatnya:
– Gaul semua bahan-bahan ni sampai sebati. Sumbat dalam tauhu terbalik tu..
– Masa nak goreng, masukkan bahagian bunga dulu dalam minyak, tekan sekejap, masak hingga garing, baru terbalikkan.
– Tak perlu celup telur lagi semasa hendak menggoreng. Tauhu ni sedap garing-garing. Rangup sangat kulitnya.
– Makan dengan sos cili thai homemade atau sos pencicah.
Kredit Resipi: Noris Nora
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Baby Pun Boleh Makan Nasi Goreng Kampung, Ibu Ini Kongsi Resipi Mudah Ikut!
Sebagai ibu, salah satu fasa yang membuatkan kita teruja adalah ketika menyediakan makanan untuk anak tersayang. Lagi-lagi bila mereka dah mula belajar makan, banyak resipi yang kita cuba untuk pastikan anak kenyang dan mendapat khasiat yang secukupnya.
Selain bubur atau segala jenis puri saat anak menginjak usia enam bulan, bila si manja dah besar sikit mulalah ibu lebih teruja untuk explore lebih banyak jenis menu untuk menarik minat anak untuk makan.
Baca Juga:
Resipi One Pot Nasi Ayam Superdaddy, Mudah Nak Buat. Rasa Confirm Terangkat!
Buat Sendiri Serbuk Cendawan, Tambah Rasa Dalam Masakan. Sedap!
Menu orang dewasa pun, jika pandai diolah akan sesuai dengan selera anak. Sebagai contoh, nasi goreng kampung. Untuk orang dewasa mungkin kita lebih sukakan rasa pedas cili api, tetapi sebenarnya boleh juga dibuat untuk anak.
Farisha Sofea, seorang ibu yang cukup rajin memasak pelbagai jenis makanan yang sesuai untuk anak-anak berkongsi resipi Nasi Goreng Kampung Versi Baby ini.
💓 NASI GORENG KAMPUNG VERSI BABY 💓
Bahan-bahan:
Bahan Tumbuk:
Bawang putih
Bawang merah
Ikan bilis
Bahan Lain:
Minyak untuk menumis
1 cawan nasi sejuk
1/2 sb serbuk sayur Fawwaz The Little Kitchen
1 sb serbuk bilis Fawwaz
1 sb serbuk ayam Fawwaz
Isi ayam
Telur
Sayur kangkung
Cara-cara :
1. Panaskan minyak di dalam kuali.
2. Masukkan bahan tumbuk dan tumis sehingga naik bau.
3. Masukkan isi ayam dan pastikan ayam masak sepenuhnya.
4. Pecahkan telur dan biarkan telur masak seketika sebelum dikacau.
5. Kemudian masukkan pula nasi sejuk dan gaul sebati .
6. Masukkan serbuk sayur, serbuk bilis dan juga serbuk ayam sebagai perasa makanan bayi.
7. Akhir sekali masukkan sayur kangkung. Biarkan sayur masak seketika.
8. Tutupkan api dan tuang dalam pinggan.
Siap, selamat mencuba!
Senang saja nak buat nasi goreng ni, anak pun bertambah selera kerana ada rasa ikan bilis. Tidaklah rasa nasi kosong saja kan? Untuk mommies yang sedang mencari-cari menu mudah tetapi sedap untuk anak, bolehlah cuba resipi ini.
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Resipi Ayam Goreng Rangup Ala KFC, Berkeruping Cantik, Siap Coleslaw, Padu!
Sesekali raikan anak dengan makanan kegemaran mereka, anak-anak pasti menghargainya. Apatah lagi bila meraikan anak dihari istimewa mereka seperti hari jadi dan sebagainya. Sebut sahaja KFC anak confirm melompat.
Hari jadi kali ini apa kata mama buat sendiri, tak perlu beli. Resipi perkongsian Ida Zaida ni memang superb!
Beli jiwa anak-anak hari ni dengan masakkn ayam ala kfc untuk hari jadi anak sulung, tu pun dah cukup seronok. Saya sertakan sekali resepi.
Ayam goreng ala kfc guna tepung bestari sahaja. Untuk ayamnya, saya ikut step by step mcamana yang tertulis di pek bungkusan tepung bestari. Dan saya ikut you tube.
Mula-mula potong dan bersihkan ayam macam biasa dan toskan ayam. Kemudian saya campurkan sedikit air ke dalam bekas yang saya letak 4-5 sudu besar tepung goreng bestari. Kacau sebati ye. Pastikan adunan tak cair ye, adunan kena pekat. Kemudian masukkan ayam dalam adunan. Gaul sebati, perap ayam selama 20-30 minit.
Selepas cukup masa perapan, panaskan minyak dalam periuk/kuali, minyak banyak ye sbb ayam goreng ni kalau nak dapatkan hasil yang memuaskan kena pastikan goreng dengan cara deep fry.
Sebelum goreng, saya gaulkan ayam perap tadi dalam tepung goreng bestari kering dulu, golek-golekkan ayam sehingga tepung bersalut agak tebal dan sempurna pada ayam.
Bila minyak dah cukup panas, terus goreng. Api jangn kuat ye, sederhana je. Takut nanti kalau api terlalu besar tepungnya dah cukup masak, tapi isi dalam ayam pulak yang tak masak.
Tak perlu balikkan banyak kali, kalau kerap balikkan takut tepung akan terlerai dari ayam. Maka tak jadi laa rupa ala-ala kfc gitu.
Kentang Putar & Kuah
Bahan2 ( 3 – 4 orang )
Untuk kentang:
6 biji kentang
2 sudu besar susu segar
garam secukup rasa
1 sudu teh lada sulah
Kentang dipotong kecil, nak lagi cepat potong dadu macam nak buat inti karipap.
Rebus dengan air separas kentang. Tambahkan garam.
Bila kentang dah empuk, masakkan sehingga air hampir kering, angkat, tos seketika dan terus dilecek/kisar dalam food processor hingga halus.
Masukkan susu dan lada sulah. Sesuaikan rasa dan sedia dihidang bersama kuahnya nanti.
Bahan kuah:
600ml air
1/4 cawan susu segar
1 kiub pati ayam
1/2 biji bawang besar holland – cincang halus
1 sudu besar butter
2 sudu besar tepung gandum
2 sudu besar sos lea & perrins
1 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil serbuk lada putih
serbuk lada hitam kasar secukupnya
2 sudu kecil kicap pekat
Garam secukup rasa
Masak air dengan kiub pati ayam, masukkan ke dalam mangkuk. Ketepikan.
Cairkan mentega dan tumis bawang hingga bawang layu, seterusnya masukkan tepung gandum. Kacau atas api kecil hingga tak melekat pada tepi periuk.
Tuang air rebusan pati ayam tadi sedikit demi sedikit sambil dikacau supaya tak bergentel. Kemudian tuangkan susu segar.
Masukkan sos lea & perrins dan sos tiram, juga kicap pekat (kicap untuk bagi warna). Masukkan juga serbuk lada hitam, serbuk lada putih dan garam, rasa dulu sebelum letak garam ye. Masaklah ikut pekat mana yang disukai.
____________________________________________________________
Coleslaw
Bahan:
1/2 biji kobis – potong dadu kecil
1/3 carrot – potong dadu kecil
1/8 bawang holland – potong dadu kecil
4-5 sudu besar mayonis
1 sudu besar gula pasir
5 sudu besar susu full cream ( kalau takde, boleh guna susu cair je)
3 sudu besar Buttermilk (kalau takde boleh gantikan dgn plain yogurt)
1 sudu kecil cuka
Sedikit garam
Kobis dan lobak merah potong dadu kecil. Ketepikan.
Dalam mangkuk yang lain, masukkan bawang, mayonis, gula pasir, susu, buttermilk, cuka dan garam. Kacau rata.
Satukan kobis, lobak merah dan bahan-bahan lain. Kacau sehingga sebati, sesuaikan rasa.
Nak lebih sedap, buat awal dan perap semalaman terlebih dahulu dalam peti sejuk.
Menarik: Risaunya Anak Suka Makan Manis Sampai Gigi Rosak, Ini Cara Ibu Ayah Nak Atasinya/
KELAS ONLINE BREASTFEEDING PERCUMA dengan daftar Pa&Ma BF VIP Eksklusif member! Hanya RM20 sahaja. Daftar https://toko.ideaktiv.com/product/pama-bf-vip-eksklusif/
Mama jom rileks jap, klik link NI!
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI