Membesar dan mendidik anak seharian tidak mudah namun kegigihan wanita bernama Farah Lee ini seharusnya dipuji. Bukan hanya membesarkan anak tunggalnya Maream Esabel dengan penuh kasih sayang bahkan cukup ilmu agama buat Maream.
Terbaru menerusi Instagramnya, Farah berkongsi caranya mendidik anaknya bersolat. Tidak memaksa sebaliknya hanya mengajak anak kecil itu untuk turut bersamanya bersolat. Itu cara mudah yang dilakukan Farah.
Kata Farah, tidak perlu mengikut gaya orang lain tetapi dia punya cara dan pendekatannya sendiri dalam mendidik anak bersolat.
“Bangun-bangun harini nak solat subuh dengan omma, lepastu ambik iqra nak baca.
“Farah tak pernah paksa Maream solat or baca iqra. Tapi selaluuuu ajak. Sebab I know bila dorang buat sebab nak buat, baru ada ‘hati’,” kata Farah berkongsi.
Malah kata Farah lagi, memaksa akan hanya membuatkan anak merasa tidak selesa. Belajarlah beri anak ruang, baru mereka lebih selesa untuk melakukan sesuatu dengan kehendak mereka.
“Macam iqra ni, baru few times je dia baca tapi cepat je ingat. Dan Farah terus fokus pada makhraj yang tepat. Solat pun sama, bila dia ready dia sendiri akan tanya how to do, what to say.
“Haritu masa bulan puasa, dia tetiba nak hafal doa buka puasa. Dia mintak Farah tulis dalam rumi atas kertas. Sebelum tidur dia baca ulang-ulang, bangun tidur esoknya terus cari kertas tu dan hafal lagi. Tak sampai sehari dia terus ingat.
“Hebat kan otak anak-anak bila kita bagi mereka ruang. Dia pun happy sebab tak dipaksa-paksa, tengking-tengking – so learning happens much easily and effectively,” kongsi Farah lagi.
Namun kata pengacara Mak Muda yang bersiaran di Astro Oasis ini lagi, ada waktunya kita harus bertegas dengan anak namun perlulah mengikut situasa yang sesuai.
“Akan tiba satu tahap umur yang kena bertegas sikit, but not yet.
Bukan berlembut sangat, apatah lagi memanjakan, tapi sebab ia adalah satu proses.
Dan rasulullah adalah orang yang terpaling meraikan proses ini,” kongsi Farah lagi.
Perkongsian Farah itu pastinya turut dihujani dengan pelbagai reaksi malah mengagumi usaha ibu muda ini dalam membesarkan anak perempuannya sendirian.
Maream Esabel, anak tunggal Farah ini kini sudah pun berusia enam tahun. Semoga teruslah menjadi anak solehah dan pendamping setia ibunya.
Menarik: Tak Ada Mainan & Barang Mainan Mahal Pun, Mahu Maream Hidup Sederhana, Cara Farah Lee Didik Anak
Ada gambar anak minum susu yang cute-cute? Jom share dengan Pa&Ma dan anda mungkin berpeluang memenangi hamper barangan bernilai RM100. Muat naik gambar anak anda di SINI.
Pa&Ma dengan kerjasama 9 bulan 10 hari nak bagi webinar PERCUMA tanda terima kasih atas sokongan follower semua selama ini.
Webinar ‘Aku Tak Takut Beranak’ menampilkan barisan speaker-speaker hebat dan berpengalaman dalam bidang keibubapaan seperti Ustaz Don, Ustaz Kazim Elias, Dato’ Dr Fazley Yaakob, Dr Rizal Abu Bakar, Dr Maiza Tusimin dan Dr Afida Sohana.
Selain berpeluang menceduk ilmu yang dikongsi, anda juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah sebab ada 70 hadiah best yang ditawarkan termasuklah sebuah handphone.
So apa yang anda kena buat untuk dapat HADIAH CABUTAN BERTUAH tu?
Just daftar je kat SINI. FREE je tau Webinar ni!
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Kredit: @farahlee_