Siapa yang tak bersyukur bila dikurniakan dengan pasangan yang langsung tak cerewet dalam segala hal. Pelakon, Rozita Che Wan meluahkan rasa syukur dikurniakan suami yang tidak cerewet dalam hal urusan rumah tangga sepanjang 10 tahun mendirikan rumah tangga.
Malah tambah Che Ta lagi menerusi perkongsian di TikTok, suaminya, Zain Saidin tidak pernah menyuruhnya melakukan kerja rumah.
Sempena ulang tahun perkahwinannya yang ke 10 tahun, ibu kepada tiga cahaya mata ini berkongsi rasa syukurnya dikurniakan suami yang baik.
“Alhamdulillah syukur untuk 10 tahun yang membahagiakan walaupun saya kadang-kadang jadi singa.
“Untung kami dapat suami macam Zain. Paling tidak cerewet, tak pernah suruh kami kemas rumah, basuh baju dan pinggan,” ujarnya.
Bahkan tambah Che Ta lagi, suaminya tidak menghalang jika dia pulang lewat ke rumah jika ada tugasan sebaliknya sangat menitikberatkan mengenai solat dan aurat.
Ads
“Saya keluar lepak balik pukul 4 pagi pun dia tak tanya.
“Yang dia akan tanya, sayang sudah solat? Yang dia akan tegur hanya kalau aurat saya ternampak,” katanya.
Che Ta juga turut menitipkan pesanan agar mencari pasangan yang tahu menjalankan tanggungjawab sebagai suami dan bukan yang memiliki kemewahan semata-mata.
Ads
“Tak perlu lelaki kaya untuk rumah tangga yang bahagia janji tahu tanggungjawab masing-masing.
“Cari yang tahu agama dan praktikkannya bukan hanya tahu agama tapi jadi penunggang. Nauzubillah. Sebenarnya dalam apa juga keadaan dalam hidup ini, sederhana itu utama,” katanya berkongsi.
Terdahulu, Che Ta yang kini sedang berkuarantin selepas disahkan positif COVID-19 terpaksa membatalkan hasrat meraikan ulang tahun perkahwinan ke-10nya bersama Zain.
Sertai ‘Komuniti Pa&Ma Ikhtiar Hamil‘ untuk mengikuti pelbagai tip kesuburan dan kehamilan serta pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma bersama pakar.
Kebenaran yang diberikan oleh kerajaan untuk pulang ke kampung beraya tahun ini sememangnya satu perkara yang cukup menggembirakan semua. Mana tidaknya, setelah dua tahun tidak beraya, inilah masanya untuk beraya sakan.
Aktiviti kemas beg balik kampung menjadi momen yang ditunggu-tunggu semua. Namun jangan diganggu isteri yang berkobar-kobar hendak berkemas. Hilang fokus boleh buat isteri hilang mood nak berkemas dengan baik. Lengkap, teratur dan rapi. Yang ini suami kena tahu. Jangan ganggu!
Bab kemas beg, jangan bagi tekanan banyak benda kat kepala nak kena bawa hahaha kredit pada tukang taip kelakor ni. Jangan kau pertikai apa bini kau buat.
Jangan ingat kemas beg tu senang. Lagi-lagi anak dah berderet-deret. Walaupun kemas beg tu like kemas BEG je, tapi ia merupakan task paling mencabar bagi seorang isteri.
Dia perlu fikiran yang tenang, mood yang stabil, fokus yang bertumpu dan masa yang optimum untuk lakukan task tu dengan baik. Jangan kau fikir semua baju adalah BAJU.
Baju ni ada banyak jenis baju. Baju balik kampung. Baju untuk masak di malam raya. Baju pagi raya. Baju ke dapur pada hari raya. Baju berjalan ke rumah saudara. Baju casual di malam hari pada hari raya. Tu baru kategori baju isteri tu sendiri.
Belum masuk tudung. Tudung jangan kau ingat satu jenis je. Ada tudung sarung untuk ke dapur. Ada shawl nak pakai pagi raya. Ada tudung bawal nak match dengan baju casual. Inner tudung. Anak tudung.
Pin tudung. Pin ni pun ada banyak kelas. Pin kat telinga kena tajam. Pin kat dagu kene kecik. Pin kat bahu kena besar sikit. Pin kat baju kebaya kena besar gedabak. Pin baju biasa tu pun kena ada takut kain longgar.
Belum baju anak. Uiii..tu lagi banyak jenis. Baju raya. Baju bila dah tengah hari. Baju tidur. Baju ganti kalau baju raya dah comot. Baju kalau tido dalam aircond. Baju untuk turn tidur rumah yang takde aircond. Baju berlubang, baju takde lubang. Tu kalau seorang anak. Kalau ada 5?6?
Suami punya pun dia kena fikirkan jugak. Bukan takat baju melayu je. Butangnya, sampin nya, songkoknya. Itu baru baju.
Baju tu pulak ada dekat 20 pasang yang dia dah siap iron. Siap congak hari pertama baju ni, hari kedua baju ni. Kalau seminggu kau balik kampung, ha memang nak roboh lah handle tangan kat ceiling kereta tu dia sangkut. Silap aribulan boleh melengkung bumbung kereta.
Belum dia nak bawa balik kipas, tilam, bantal selimut, extension, ubat nyamuk letrik dan segala keperluan alat tidur agar tidur suami dan anak anak lena.
Iron pun dia bawak weh! Kasut? Ha..ada kasut raya. Ada kasut kalau nak pergi pasar kat rumah mak nanti. Ada kasut kalau nak jalan jauh. Hmmmmmm. Fuh…tu je.
Tu je? Belummmmmm…Kuih raya, kerepek raya, kek lapis, kek coklat, serunding dan dodol.
Ha…mandi cemane mandi. Sabun mak, sabun anak, sabun bapak tak payah. Dia tibai je sabun apa apa yang ada dalam bilik mandi tu karang.
Shampu, ubat gigi, berus gigi, semua tu mesti cukup. Takde nak main sebat je orang lain punya walaupun dalam bilik air rumah mak tu karang ada dekat 10 jenis sabun mandi sebab semua orang bawak sendiri punya. Ha..ok…cukup dah kot. Nak meletup dah pun beg tu ha.
Eh…ada lagi! Barang mekaaappppp. Bedak anak, bedak mak, shaver bapak, minyak rambut bapak, deodoran aih semualah. Ketip kuku pun dia bawak, Cotton bud dan penyepit bulu ketiak pun ada. Entah bila dia ada masa nak proses pun tak tahu.
Charger handphone..charger charger. Tuuuuu kalau dia tak ingat memang takde le bercaj handphone tu karang.
Dan…dan. Dia siap ada plan kontigensi. Bawak panadol, minyak angin, blood pressure meter, home thermometer, mopiko, tiger balm. Kot anak demam lah, takut anak kene gigit sengkenit lah. Macam macam.
Jarum jahit pun ada, benang, gunting. Kot tertetas jahitan kat ketiak ke, tercabut butang baju raya anak ke. Haaaaa……Ok.
Ada dah semua. Fuhh…legaa. Ok zip beg!
Suami kerjanya apa? Angkat je beg banyak banyak tu susun dalam kereta. Jangan cakap pape. Angkat, susun dan senyum.
Jangan abaikan keselamatan si manja ketika berada dalam kereta. Belajar tentang fungsi car seat serta ketahui kecederaan yang akan berlaku kerana impak kemalangan. Ketahui lebih lanjut tentang car seat di E-Workshop Sayangi Nyawa Anak Anak Dalam Kereta, Let’s Buckle Up!
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Empat bulan selepas melahirkan anak keduanya pada Oktober tahun lalu, pelakon Izara Aishah tampil berkongsi nama buah hati terbarunya.
Menerusi Instagramnya, Izara dan suami sepakat menamakan bayi perempuan comel mereka dengan nama yang cukup indah, Amara Amina.
“My second baby girl, Amara Amina,” tulisnya di Instagram.
Tidak hanya berkongsi nama, bahkan Izara juga turut memuat naik sipi-sipi wajah comel Amira Amina. Memang comel dan persis kakaknya, Irisa Alaia.
Baby comel Amira Amina yang kini berusia empat bulan itu kerap muncul menghiasi Instagram ibunya bersama kakaknya.
Dalam pada itu, ramai yang memuji nama comel Amira yang sedap didengar. Gabungan nama yang ringkas tetapi indah.
Terdahulu, Izara dan suami mendirikan rumah tangga pada 17 November 2017 selepas tiga tahun menyulam cinta. Pasangan ini kini dikurniakan dua orang cahaya mata perempuan, Irisa Alaia, 4 tahun dan Amara Amina, 4 bulan.
Berdepan dengan anak yang kerap merajuk memang memeningkan kepala. Nak biarkan sahaja anak, bimbang tangisannya lama. Nak dipujuk bimbang anak makin menjadi-jadi sikapnya. Buntu.
Jadi apa yang seharusnya mak ayah lakukan bila anak kerap kali merajuk? Menurut perkongsian Penulis Keibubapaan, Mohd Fhais Salim, anak perlu dibiarkan dahulu sehingga reda. Bimbang lama-kelamaan anak akan jadi ‘naik lemak’.
“Anak-anak yang di usia empat tahun dan ke bawah, jika mereka mengamuk, jangan terus pujuk. Jangan terus kita melulu kelam kabut nak redakan dia punya emosi. Sabar.
“Memang betul kadang kita serabut kepala. Kita memang streslah tengok budak-budak mengamuk. Kadang dia mengganggu ketenteraman jiwa kita.
“Tapi sebenarnya silap. Kalau kita terus pujuk setiap kali dia mengamuk, makin lama rajukkan dia tu boleh makin parah.
“Sebaliknya, kalau anak mula mengamuk, jangan pujuk tapi kita ajar dia untuk tenangkan diri. Boleh cuba amalkan teknik kira ke belakang. 10 sampai 1. 10, 8, 10, 9, 8, 7, 6 sampai 1. Kira kuat-kuat, tak apa. Habis kira tu, baru kita slow talk dengan anak.
“Tujuan ni apa adalah kira ke belakang ni sebenarnya dia boleh meredakan emosi kita, stres kita dan kemarahan kita.
“Sebelum nak suruh anak buat, kita buat dulu. Kita tunjuk sebab anak ni dia sangat mudah meniru. Mendengar ni susah sikit. Tapi meniru sangat mudah.
“Jadi, kita ajar, kita buat dan anak akan nampak lama-kelamaan dia akan ikut. So, dalam masa yang sama sebenarnya, kita mengajar anak untuk mengurus diri, mengurus emosi dia, mengurus tingkah laku dia. Dalam masa yang sama juga, kita mendirikan anak tentang kemahiran untuk mengawal diri dia.
“Kalau tengah marah, mengamuk, dia nak buat macam mana. Sebab itulah kita kena biarkan anak ni, dia perlu ada emosional independent. Kemandiri emosional. Maksudnya, mesti ada kemahiran berdikari dengan emosi sendiri.
“Tapi jangan ada harapan tinggi, buat sekali terus jadi. Buat sekali, anak terus jadi matang. Tak lah. Dia perlukan learning journey ni panjang. Mungkin ada yang nak cepat, ada yang nak ambil masa. Tapi inilah step dia.
“Jangan terkejut kalau kita konsisten, istiqamah, praktik, buat depan anak, anak tu yang kira sendiri bila dia rasa marah,” jelasnya berkongsi.
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my
Nak jadi ibu bapa terbaik? Barulah kita dapat didik anak-anak jadi insan cemerlang!
Jom sertai Parenting Summit Online 2025 dengan barisan panel hebat seperti Dato’ Dr. Sheikh Muszaphar, Dr. Say Shazril, Dr. Malar, Ustazah Asma’ Harun & Awal Ashaari dan ramai lagi!
Pendaftaran PERCUMA, untuk 500 ibu bapa pertama sahaja! Lebih seronok, ada peluang menang hadiah lucky draw bernilai sehingga RM3000!
Bila saja anak sudah menginjak ke alam persekolahan, ada beberapa perkara yang mak ayah perlu tekankan pada anak. Ini termasuklah bab menjaga aurat lelaki dan perempuan.