Siapa yang tak bersyukur bila dikurniakan dengan pasangan yang langsung tak cerewet dalam segala hal. Pelakon, Rozita Che Wan meluahkan rasa syukur dikurniakan suami yang tidak cerewet dalam hal urusan rumah tangga sepanjang 10 tahun mendirikan rumah tangga.
Malah tambah Che Ta lagi menerusi perkongsian di TikTok, suaminya, Zain Saidin tidak pernah menyuruhnya melakukan kerja rumah.
Sempena ulang tahun perkahwinannya yang ke 10 tahun, ibu kepada tiga cahaya mata ini berkongsi rasa syukurnya dikurniakan suami yang baik.
“Alhamdulillah syukur untuk 10 tahun yang membahagiakan walaupun saya kadang-kadang jadi singa.
“Untung kami dapat suami macam Zain. Paling tidak cerewet, tak pernah suruh kami kemas rumah, basuh baju dan pinggan,” ujarnya.
Bahkan tambah Che Ta lagi, suaminya tidak menghalang jika dia pulang lewat ke rumah jika ada tugasan sebaliknya sangat menitikberatkan mengenai solat dan aurat.
“Saya keluar lepak balik pukul 4 pagi pun dia tak tanya.
“Yang dia akan tanya, sayang sudah solat? Yang dia akan tegur hanya kalau aurat saya ternampak,” katanya.
Che Ta juga turut menitipkan pesanan agar mencari pasangan yang tahu menjalankan tanggungjawab sebagai suami dan bukan yang memiliki kemewahan semata-mata.
“Tak perlu lelaki kaya untuk rumah tangga yang bahagia janji tahu tanggungjawab masing-masing.
“Cari yang tahu agama dan praktikkannya bukan hanya tahu agama tapi jadi penunggang. Nauzubillah. Sebenarnya dalam apa juga keadaan dalam hidup ini, sederhana itu utama,” katanya berkongsi.
Terdahulu, Che Ta yang kini sedang berkuarantin selepas disahkan positif COVID-19 terpaksa membatalkan hasrat meraikan ulang tahun perkahwinan ke-10nya bersama Zain.
Menarik: Lara Pernah Menangis Tak Mahu Balik Rumah, Scha Al-Yahya Akui Tegas Bab Pelajaran Anak!
Berita baik untuk pasangan yang sedang merancang untuk hamil! Pelajari ilmu kesuburan, bawa pulang goodies istimewa serta peluang menang hadiah lumayan. Daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/pama-romantika-hi-tea/
Sertai ‘Komuniti Pa&Ma Ikhtiar Hamil‘ untuk mengikuti pelbagai tip kesuburan dan kehamilan serta pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma bersama pakar.
Klik : https://t.me/+ocjF2NSo9pFjNTU1
https://chat.whatsapp.com/JcDPcXwwhrh4v052XOEmAG
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!