Melihat keletah Azad Jazmin, rata-rata peminat pasti tergelak kerana aksinya yang sporting dan kelakar melayan isteri, Eira Syazira dan anak-anak.

Setiap apa yang dilakukan oleh Azad jelas menampakkan dia seorang bapa yang bertanggungjawab walaupun sibuk dengan komitmen kerja.

Tak Pernah Tak Kelakar. Netizen Suka Gelagat Azad Layan Anak, Sangat Sempoi!

Paling mencuit hati adalah aksinya dengan anak, Ammara Sofea Rose yang memang ada chemistry. Apa yang Azad buat, Ammara pasti boleh boleh buat. Sekali tengok memang satu kepala.

Bagi Azad, apa yang dilakukannya itu bukan ‘buat-buat’ tapi ia adalah realiti kehidupannya sekeluarga. Paling kagum Azad juga tak kekok menguruskan ketiga-tiga anak perempuannya.

Selain itu, gelagat Ammara yang sempoi dengan melakukan aksi spontan bersama Azad memang betul-betul membuktikan Ammara anak ayah.

Peminat Suka Cara Azad & Eira Didik Anak

Apa yang membuatkan peminat suka keluarga Azad dan Eira ni, mereka tak memaksa anak-anak. Sebab tu Ammara jenis yang suka mencuba.

IKLAN

@azadsyazirarose ??? #pakazadbuathallagi ?

A post shared by E I R A S Y A Z I R A (@eirasyaziraofficial) on

Mungkin orang tengok cara Azad macam tak serius dengan anak tapi sebenarnya seorang yang penyayang.

Dia juga jenis yang suka melayan anak-anak. Sebab tu apa yang Azad buat, Ammara mudah ikut. Setakat ini paling menonjol Ammara pun boleh cakap bahasa Tamil.

Kredit: ig azadsyazirarose

IKLAN

 

 

 

 

IKLAN

 

 

 

 

 

 

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI