Keibubapaan

“Tak Pernah Terbayang…” Rita Rudaini Tak Sangka Mampu Galas Tanggungjawab Sebagai Ibu Tunggal

Share

Rita rudaini atau nama sebenar Rita Rudaini Mokhtar, 47, membesarkan dua anaknya Airit Qaqa Arjuna dan Airit Rayyan Rizqin sebagai ibu tunggal sejak tahun 2013.

Ibu tunggal kepada dua anak lelaki ini rajin berkongsi perkembangan anak-anaknya di Instagram. Dalam pada itu, ramai turut memuji pelakon wanita ini yang disifatkan sebagai tabah membesarkan dan mendidik anak-anak seorang diri. Baru-baru ini, Rita memuatnaik video kompilasi gambar dia bersama anak-anak dari mereka kecil sehingga kini.

Rita bersama Rayyan dan Arjuna

 

Menerusi perkongsiannya dia Instagram, dia meluahkan rasa syukur atas perjalanan hidupnya sebagai ibu tunggal dan diberikan tenaga, kekuatan dan emosi oleh Allah.

“Tak pernah terbayang waktu mereka sekecil ini, aku dah galas tanngungjawab sorang-sorang” kata Rita.

Tambah Rita, bukan senang untuk mengharungi liku-liku perjalanan untuk membesarkan anak-anak berseorangan. Berat mata memandang berat lagi bahu memikul.

Sumber foto: Instagram Rita Rudaini

Walaupun hidup bertiga, Rita menyatakan keluarga itu bersyukur, terasa indah dengan pengalaman dan bahagia dengan cara tersendiri. Dia kini sudah bergelar ibu tunggal selama 10 tahun.

Terdahulu, Rita dan Aidil (pemain bola sepak) berkahwin pada tahun 2008 namun pasangan itu bercerai pada September 2013.

Rata-rata warganet meninggalkan komen kata-kata semangat dan berkongsi rasa yang sama:

Published by
Humaira