Anak kecil ni sememangnya penyeri hidup kita. Ada saja perangai mereka yang buat kita terhibur . Kadang-kadang tak perlu buat apa, hanya dengan mimik muka dah boleh mencuit hati.
Seperti yang dikongsikan ibu ini menerusi akaun TikTok nanabteabah, menunjukkan gelagat anaknya yang sedang merajuk. Biarpun dipanggil berkali-kali, tetap tidak diendahkan. Yang lucunya, apabila anaknya keluar bilik air dengan mulut yang dimuncungkan.
Tambah merajuk bila disuruh keluar pula untuk tanggalkan seluar dan lampinnya terlebih dahulu. Mungkin tak puas hati, itu yang muncung panjang sedepa dia bagi pada si ibu.
Comel betul awak ya, semoga awak membesar dengan sihat dan menjadi anak yang bijak. Jangan merajuk-rajuk selalu, nanti lekas tua!
Adat hidup berumah tangga, sesekali berselisihan faham itu normal. Berkongsi hidup pastinya menerbitkan rasa tidak puas hati sesama dua insan. Biarpun saling menyayangi, pasti akan bergaduh jua. Pergaduhan itu ada baiknya, supaya setiap pasangan saling mengenali dan menjadi lebih matang.
Sesekali bergaduh manja tiada salahnya agar kedua-dua saling meluahkan perasaan yang terpendam. Ia juga dapat menjadikan sesebuah perkahwinan itu lebih harmoni dan bahagia kerana suami tahu kemahuan isteri dan isteri pula sedar akan keinginan suami.
Pun begitu, janganlah selalu bergaduh. Pertengkaran yang berlanjutan atau semakin teruk kerana tiada kata sepakat untuk berbaik semula (ego masing-masing) menyebabkan rumah tangga tidak bahagia dan sentiasa ‘panas’.
Sesetengah pergaduhan melarat dan memberi kesna kepada hubungan suami isteri. Lebih dahsyat lagi, sehingga ia menggugat keharmonian sesebuah perkahwinan dan berlaku perkara yang tidak diingini (penceraian).
Setiap pasangan terutamanya yang mempunyai anak, berfikirlah secara matang. Fikirkan kesan jangka panjang dari perbuatan anda. Jangan sesekali membuatkan anak menjadi mangsa dan bertoleransilah sesama kalian berdua.
Jika rumah tangga anda tidak tenteram, asyik bergaduh sahaja bolehlah diamalkan petua ini. Tidak sukar dan boleh diamalkan oleh kedua-duanya. Hanya perlukan satu gelas air suam yang dicampurkan dengan secubit garam. Kemudian, dibacakan:
Al Fatihah 3x Al Ikhlas 3x Baca Surah Yusof ayat 1-6 Ya Latif 7x Selawat 7x
Minumlah setiap hari, moga-moga dapat membantu pasangan anda yang panas baran untuk lembut hatinya. Untuk pasangan yang sering bergaduh tanpa sebab pun boleh amalkan, semoga ia membantu mengembalikan romantis seperti awal perkahwinan dahulu.
Sebaiknya dibuat dua kali sehari pada setiap pagi dan malam sebelum tidur. Buatlah dengan yakin, mudah-mudahan Allah SWT membantu untuk melembutkan hati suami dan isteri yang sering bergaduh untuk lebih mesra dan saling mencintai.
Seperti kita sedia maklum, pelakon Abby Abadi memang sering melakukan kerja-kerja amal terutamanya membela nasib ibu yang tidak berkemampuan untuk menjaga bayi mereka. Malah dia sendiri turut mempunyai tiga orang anak angkat.
Baru-baru ini menerusi akaun instagram miliknya Abby memaklumkan dia memerlukan bayi yang tidak mampu dipelihara oleh ahli keluarga. Tujuannya adalah untuk menjamin masa depan yang baik untuk bayi yang dilahirkan.
“Saya memerlukan bayi yang tidak mampu dipelihara. Macam pelik je bunyinyakan tapi itulah dia.
“Saya menyeru pada adik-adik, kakak-kakak, ibu-ibu yang tidak mampu menjaga bayi mereka. Jika segan untuk berurusan dengan jabatan-jabatan yang sepatutnya, boleh berurusan dengan saya untuk saya berikan masa depan yang lebih baik buat bayi itu.
“Tak kisah warganegara atau bukan warganegara, asal dari manapun, sama ada sah atau tidak sah.
“Saya akan usaha untuk bantu mendapatkan penjaga yang baik dan mampu menjaga dengan penuh tanggungjawab.
“Yang sudah lahir dialu- alukan. Kalau belum lahir kita bincang dan rancang awal ye. Mesej saya secara peribadi,” katanya.
Abby berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Entri tersebut mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata memuji usahanya serta mendoakan urusannya itu dipermudahkan.
Terdahulu, Abby membantu ramai ibu bapa untuk mendapatkan anak angkat dari penjaga yang tidak mampu memelihara anak mereka.
Abby juga mempunyai tiga orang anak angkat iaitu Muhammad Daiyan Fayyadh dan Maisara Dayana Fathia yang masing-masing berusia 2 tahun serta Maira Darda Farisa yang baru berusia 6 bulan.
Sekadar info, Abby mendirikan rumah tangga dengan Muhammad Faizal Zakaria pada 14 Ogos 2015.
Pasangan itu dikurniakan bayi pra-matang tahun lalu, namun meninggal dunia selepas 70 hari dilahirkan.
Menerusi perkahwinan pertamanya bersama Norman Hakim, Abby mempunyai tiga cahaya mata, Mohamed Danish Hakim, 17, Marissa Dania Hakim, 14, dan Maria Danisah Hakim, 11.
Semoga usaha murni Abby dipermudahkan dan lebih ramai nasib ibu dan bayi terbela dengan apa yang dilakukan ini.
Saksikan Episod ke 8, PA&MA Journey Bersama JoviaNina pada 14 Oktober 2020, jam 9 malam dan ulangan pada Ahad, 18 Oktober jam 9.30 pagi hanya di Astro Ria saluran 104/124.
Jom join Virtual Merangkak Race kami. Mudah je kali ni hanya hantar video anak merangkak secara virtual. Dengan Tema SUPERHERO video paling kreatif dan menarik akan berpeluang dipilih sebagai pemenang dan memenangi hadiah berupa wang tunai yang akan dikreditkan dalam akaun SSPN anak.
Jangan lepaskan peluang dan cepat-cepat hubungi nombor telefon yang tertera! Siapa tahu rezeki anak yang baru boleh merangkak tu!
Ayuh apa tunggu lagi, daftarlah sekarang di https://wa.link/lchyq4 !!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Seminggu yang lalu, bekas pelakon siri muzikal Glee, Naya Rivera dilaporkan hilang di Tasik Piru di Selatan California. Menurut laporan media, dia dan anaknya Josey Hollis Dorsey dikatakan bersiar-siar dengan bot yang disewa sebelum anaknya ditemui bersendirian tiga jam kemudian.
Namun semalam, misteri kehilangan pelakon tersebut akhirnya terjawab apabila mayatnya ditemui di tasik berkenaan. Naya dipercayai mati lemas dan dikenal pasti berdasarkan pakaian terakhir yang dipakai.
Sherif daerah Ventura Bill Ayub, dalam satu kenyataan berkata, tidak terdapat sebarang unsur jenayah atau bunuh diri setakat ini.
Menurut anaknya yang berumur 4 tahun, dia dan ibunya ada turun berenang namun ibunya tidak timbul-timbul.
Pihak polis percaya, Naya Rivera menggunakan seluruh tenaga yang ada untuk membawa anak ke bot tetapi tidak cukup kuat untuk menyelamatkan diri sendiri.
Malah, anaknya yang berumur empat tahun pernah memberitahu polis ibunya membantu dia kembali ke bot tetapi sebaik sahaja menoleh ibunya sudah tenggelam.
Kata polis lagi, aktiviti berenang sememangnya dibenarkan di tasik berkenaan tetapi kebiasaannya hanya untuk rekreasi kapal air. Selepas ini, mungkin petisyen akan dibuka untuk melarang aktiviti berenang di tasik yang meragut nyawa itu.
Kronologi kejadian menunjukkan pada jam 1 tengah hari, 8 Julai, Naya Rivera menyewa satu bot di Tasik Piru, yang terletak 60 batu daripada Los Angeles. Tiga jam kemudian, lebih kurang jam 4 petang, sebuah bot yang lain membunyikan penggera selepas melihat seorang budak lelaki sedang tidur bersendirian di atas bot yang hanyut.
Jam 6.30 petang, pihak polis dan keselamatan melakukan proses pencarian untuk memeriksa sekiranya ada mangsa lemas. Pada masa yang sama, polis menemui kereta Naya Rivera di kawasan parking. Seterusnya, jam 10.30 malam, polis mengesahkan pelakon siri muzikal popular Glee tersebut hilang selepas pencarian menggunakan helikopter di kawasan tasik tidak menunjukkan sebarang tanda.
Keputusan untuk memiliki anak bukanlah sesuatu yang mudah bagi kebanyakan pasangan hari ini. Selain perlu bersedia dari segi emosi dan fizikal, ibu bapa turut memikirkan kos sara hidup, penjagaan anak, kestabilan pekerjaan serta kemampuan untuk membesarkan keluarga dalam keadaan ekonomi yang semakin mencabar.