Telatah anak kecil ni memang menghiburkan. Ada saja perangai mereka yang buat ibu ayah ni lupa segala masalah. Geram bila tengok! Memang kehadiran anak ni menjadi penyeri dalam hidup kita.
Normal untuk seorang bayi akan menangis apabila terasa lapar dan mahukan susu. Begitu juga dengan video yang dikongsikan oleh ibu menerusi akaun TikTok nardhamzah ini apabila anaknya seakan-akan tak puas hati bila diberikan susu lambat.
Membebel dalam bahasa sendiri, bayi ini dilihat seperti memarahi si ayah yang sengaja mengusiknya dengan melambatkan pemberian susu. Comel betul dia marah!
Warganet yang menonton video ni juga terhibur dengan kecomelan bayi ini;
Ads
Memang cute lah awak dik! Semoga terus membesar dengan sihat dan menjadi anak yang baik. Didoakan juga semoga keluarga mereka sentiasa di dalam rahmat Allah SWT dan dilindungi selalu.
Betullah, bila tengok muka anak ni buat kita rasa bahagia. Memang tak ingat segala bebanan kerja yang ada. Bila ada anak ni, kehidupan berubah dan suasana dalam rumah pun tambah harmoni dan seronok saja.
Tidur diketahui amat penting dalam pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak. Kanak-kanak yang tidak mendapat tidur yang cukup bukan sahaja akan berasa letih, tetapi juga akan membuatkan mereka hilang tumpuan.
Ni saya kongsikan tempoh masa tidur anak seperti yang disaran oleh United Kingdom National Health Service (NHS).
Umur seminggu
Siang : 8 jam
Malam : 8 jam 30 minit
Umur sebulan
Siang : 6-7 jam
Malam : 8-9 jam
Umur 3 bulan
Siang : 4-5 jam
Malam : 10-11 jam
Umur 6 bulan
Siang : 3 jam
Malam : 11 jam
Umur 12 bulan
Siang : 2 jam 30 minit
Malam : 11 jam
Begitu juga dengan tidur siang, ia sama pentingnya dengan tidur malam. Teruskan membaca artikel ini bagi mengetahui manfaat tidur siang dan mengapa ianya penting untuk kanak-kanak.
Mengapa tidur siang penting?
Bukan orang dewasa sahaja memerlukan tidur siang, tetapi kanak-kanak juga amat memerlukannya. Tidur siang atau meridap merupakan kunci untuk memastikan kanak-kanak mendapat rehat yang sepatutnya diperlukan oleh mereka setiap hari. Bukan itu sahaja, manfaat tidur siang juga adalah untuk pembangunan fizikal dan mental di alam kanak-kanak.
Manfaat tidur siang
Terdapat beberapa manfaat tidur siang atau meridap. Antaranya adalah:
Membantu anak belajar- Satu kajian ke atas kanak-kanak prasekolah mendapati bahawa tidur siang dapat membantu mereka melakukan lebih baik ketika bermain mainan yang melibatkan memori.
Kanak-kanak kekal cergas- Beberapa kajian mendapati kanak-kanak cenderung untuk makan lebih banyak, terutama makanan yang tidak sihat, apabila mereka tidak mendapat tidur yang cukup. Justeru, ia membuatkan mereka cenderung mendapat obesiti. Kanak-kanak yang cepat letih juga tiada cukup tenaga untuk bergerak aktif dan bersenam.
Mood lebih baik jika tidur cukup- Anak yang tidak cukup tidur akan menunjukkan tantrum dan meragam. Malahan, ada kajian yang menunjukkan bahawa kanak-kanak yang melangkau meridap akan kurang gembira dan menunjukkan reaksi yang teruk pada kejadian yang mengecewakan.
Bila perlu melangkau tidur siang?
Keputusan untuk melangkau meridap boleh dibuat berdasarkan tingkah laku kanak-kanak dan jumlah tidur malam mereka. Berikut adalah keadaan bila ibu bapa boleh melangkau anak tidur pada waktu siang:
-Jika anak anda mudah terlelap di malam hari.
-Anak nampak cukup rehat pada siang hari.
-Kanak-kanak jarang tertidur semasa dalam kereta ataupun ketika menonton TV.
-Tidur siang adalah perlu untuk setiap bayi dan kanak-kanak, tetapi ibu bapa juga perlu tahu akan keperluan tidur siang mengikut peringkat usia anak mereka. Jika anda dapati anak kerap letih dan seperti tidak cukup tidur, maka mungkin anda perlu mengajar anak untuk tidur siang.
Dalam beberapa minggu pertama, ibu mungkin tertanya-tanya macam mana nak tahu bayi dah kenyang atau tak, cukup ke susu yang diberikan dan macam-macam lagi.
Menurut Baby Centre kebanyakan bayi baru lahir mahu menyusu lapan hingga 15 kali sehari pada tiga atau empat hari pertama kehidupannya. Ramai bayi yang masih menyusu 10-12 kali sehari selepas minggu pertama. Bayi akan terus menyusu begini sehingga satu minggu lagi sebelum mengurangkan penyusuan ke lapan hingga 10 kali sehari.
Susukan bayi anda sekerap yang dia kehendaki. Anda dapati bahawa anda tidak boleh lagi melakukan kerja harian biasa dalam beberapa minggu pertama semasa menyempurnakan rutin menyusukan bayi.
Bagaimanapun, perkongsian dari Puan Sharifah Syazreen Al-idrus mengenai macam mana nak tahu baby newborn dah kenyang atau belum sangat menarik.
Perasan tak masa susukan anak, mula-mula dapat susu tu genggaman tangan dia kuat, tandanya dia tengah dahaga.
Lepas tu lama kelamaan genggaman dia makin loose/relaxed tandanya dah kenyang.
Jadi nak tahu baby dapat susu cukup atau tak, kena peka dengan genggaman tangan dia. Senang kan!
Bayi 12 bulan ke bawah tidak perlu suplemen. Paling mustahak berikan mereka susu ibu dan makanan pejal (bagi bayi enam bulan ke atas) yang seimbang.
Menurut Dr. Roliza Ibrahim, Pakar Kanak-Kanak DEMC Specialist Hospital, sekiranya bayi kurang makan sekali pun, kekurangan nutrien boleh ditampung dengan pengambilan susu ibu atau formula. Susu ibu terutamanya mempunyai banyak nutrien penting yang dihasilkan bagi memenuhi keperluan bayi pada semua peringkat usia.
PERBAIKI PEMAKANAN BAYI
“Daripada mengambil suplemen, lebih baik ibu bapa memperbaiki pemakanan anak dengan mempelbagaikan jenis dan seimbang. Bagi bayi yang berusia 6 bulan ke bawah, para doktor kebanyakannya akan mengelakkan daripada membekalkan ubat-ubatan. Sekiranya perlu memberikan ubat-ubatan sekali pun, doktor akan berhati-hati dan memberikan preskripsi ubat-ubatan sekiranya ia benar-benar diperlukan sahaja. Jika anak dalam keadaan sihat, maka suplemen tidak perlu,” kata Dr Roliza.
Kepada bayi berusia 6 hingga 12 bulan yang mengalami masalah kesihatan atau kekurangan nutrisi, pemantauan dilakukan oleh doktor yang merawat berdasarkan carta pertumbuhan bayi untuk satu tempoh. Sekiranya berat badan tidak mencapai tahap yang ditetapkan, bayi sakit atau graf tidak meningkat doktor akan terlebih dahulu mencadangkan ibu bapa menukar jenis/ jenama susu (formula) atau memperbaiki kualiti dan variasi pemakanan bayi.
Pemberian suplemen hanya dilakukan setelah pemantauan doktor mendapati bayi memerlukannya. Ia termasuk keputusan ujian darah dan catatan graf pertumbuhan. Setelah semua faktor diambil kira, barulah suplemen diberikan kepada bayi dalam satu tempoh yang singkat.
Minyak ikan dan prebiotik dicadangkan pengambilannya kepada kanak-kanak yang berusia setahun ke atas sahaja sekiranya mereka sering selesema atau batuk.
KENAPA SUPLEMEN TIDAK SESUAI UNTUK BAYI?
Ibu bapa perlu memahami anatomi tubuh bayi di mana kebanyakan organ penting masih belum matang sepenuhnya. Dua organ yang paling terkesan akibat daripada pengambilan suplemen ialah buah pinggang dan hati di mana kedua-dua organ ini perlu menapis dan menyerap bahan lebihan yang dikumuhkan oleh tubuh.
Jika orang dewasa pun boleh mengalami kerosakan buah pinggang dan hati yang kekal akibat pengambilan suplemen, bayi apatah lagi. Oleh itu, ibu bapa berhati-hati lah dalam memberikan makanan tambahan atau suplemen kepada bayi.
Sekiranya zat tersebut sudah mencukupi, tubuh tidak akan menyerap sebaliknya akan disingkirkan dan kedua-dua organ ini. Ini secara tidak langsung menambahkan bebanan kepada kepada orang-organ ini.
BAYI TIDAK PERLUKAN SUPLEMEN UNTUK KULIT!
Sifat semula jadi kulit bayi ialah gebu dan halus. Bagi bayi yang mempunyai masalah ekzema, Dr Roliza menegaskan pengambilan suplemen bukanlah penyelesaian. Perkara pertama yang perlu difahami ialah kulit kering yang disebabkan oleh ekzema ialah disebabkan oleh kelainan pada kulit yang tidak boleh mengekalkan kelembapan.
Bagi menangani ekzema pada bayi ialah mengelakkan punca pencetus pada peringkat awal dan menyapu krim pelembap untuk membantu kulit sentiasa lembap.
Pengambilan suplemen bukan sahaja tidak selamat untuk jangka masa panjang kepada bayi, malah ia tidak perlu dilakukan kerana tidak akan dapat menghilangkan ekzema seperti yang didakwa.
DHA DARIPADA IKAN
Susu, sama ada susu ibu atau susu formula sudah memadai untuk menyalurkan zat dan nutrien kepada bayi. Sekiranya ibu bapa mahu bayi mendapat cukup Docosahexaenoic acid (DHA), lebih baik berikan hidangan ikan dalam sajian harian.
Menurut Dr. Roliza ikan mempunyai kandungan DHA yang tinggi dan sangat baik untuk perkembangan otak anak. Ikan seperti salmon dan boleh dimasukkan ke dalam bubur bayi yang berusia 12 bulan ke bawah dan elakkan suplemen.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Seorang pelajar perempuan berusia 15 tahun, Muna Qaisara Muhammad Budiman dilaporkan hilang sejak Sabtu lalu. Orang ramai diminta untuk membantu mengesan pelajar itu segera.