Tak sah kalua tak mencium anak setiap hari. Bagi Uyaina Arshad yang kini sedang berpantang anak keduanya, mencium bayinya menjadi amalan wajibnya setiap hari.
Menerusi media sosialnya, Uyaina turut berkongsi kelebihan cium bayi bagi ibu-ibu yang ramai tak tahu. Jom ikuti perkongsian ibu anak dua ini.
“My favourite bau. Siapa gomol anak korang macam ni jugak kita geng!
“Anyway, nampak macam biasa je kan kiss baby? But I wanna share this amazing info with all the Mamas about the health benefits of kissing your babies.
“Tahu tak dengan mencium bayi, sebenarnya kita mengambil kuman yang hidup di kulit mereka melalui mulut kita, dan kemudian berubah menjadi antibodi dalam susu ibu?
Ads
“Jadi dengan menyusukan bayi, anda sebenarnya menghasilkan antibodi yang diperlukan dan menghantarnya melalui susu ibu untuk memperkuat bayi anda melawan bakteria-bakteria tersebut secara dalaman dan kekal imun terhadap jangkitan.
“Hanya dengan ciuman dari seorang ibu, imun badan anak kita akan menjadi lebih kuat,” kongsi Uyaina menerusi kapsyennya.
Pun begitu pesan Uyaina, biar hanya ibu yang melakukan amalan ini tetapi tidak orang lain terutama orang yang datang berkunjung kerana ia membawa kuman kepada bayi itu sendiri. Elakkan!
Ads
“So Mamas, kiss your babies a lot! 🥰 Mama je tau. Orang lain yang bukan mak baby tu jangan cium anak orang sebab boleh bawak penyakit kat baby tu. Hope this helps,” kongsinya lagi.
Terdahulu, Uyaina selamat melahirkan bayi keduanya pada 17 Mei yang lalu dan kini sedang berpantang.
Sekiranya anda memegang seorang bayi comel, mesti anda biasa membiarkan si kecil itu menggenggam jari anda. Rasa macam “awww kiutnya!” kan?
Sememangnya normal bagi seorang bayi untuk menggenggamkan tangan seperti penumbuk atau menggenggam objek lain seperti jari. Rupa-rupanya ada fakta saintifik di sebalik kejadian ini.
Ia merupakan salah satu tindakan refleks primitif melibatkan anggota badan yang dipanggil Palmar Grasp Reflex yang sering terjadi pada seorang bayi. Tindakan refleks ini akan terjadi setiap kali anda menyentuh tapak tangan mereka.
Refleks ini mula terbentuk ketika bayi masih lagi berada dalam perut ibu. Ia mula terjadi sekitar minggu ke-16 dalam kandungan dan berlanjutan sehingga usia bayi 5 atau 6 bulan selepas dilahirkan.
Kadang-kadang cengkaman bayi boleh menjadi begitu kuat sehingga menyebabkan ibu menyangka anak dia seorang superhero.
Walaupun tak ada jari atau objek lain, ada kalanya bayi tetap akan menggenggam tangan dengan kuat. Tapi adakah anda tahu kenapa mereka asyik genggam tangan dengan kuat?
Satu kajian yang dibuat ke atas 27 orang bayi telah menunjukkan degupan jantung bayi menjadi lebih tenang apabila mereka memegang jari ibu. Ini mungkin salah satu keajaiban yang Allah kurniakan kepada manusia. Genggaman tangan si kecil yang melingkari jari ibu boleh menyebabkan mereka berasa tenang dan selamat serta-merta.
Bayi yang baru dilahirkan tidak mempunyai pengetahuan meluas tentang dunia luar atau apa yang sedang terjadi. Mungkin inilah sebab mereka menggenggamkan tangan dengan kuat agar berasa lebih terjamin dan selamat.
Apa-apapun, ibu serta ahli keluarga yang lain juga akan mempunyai ikatan yang lebih mesra dengan bayi apabila bersentuhan melalui genggaman erat begitu.
Bagaimana cara ibu ayah memantau perkembangan si Manja sejak dari 0 – 6 bulan pertama?
Baru-baru ini saya ada buat physio untuk bayi. Dah masuk 6 bulan masih belum meniarap, kepala pun flat. Rupanya mereka tak didedahkan dengan ‘tummy time’. Ibu bapa beri alasan tak tahu.
Pernah dengar ‘Tummy time’ ?
Tahukah ibu ayah apa peranan Tummy time?
Disini serba sedikit saya kongsikan manfaat bersama #aulorababy saya. Ammar dan Humaira.
Tummy time adalah dimana, si manja diletakkan diposisi meniarap ( dibawah pantauan ibuayah) selama beberapa minit dan beberapa ketika. Ia sebenarnya bermula dari awal kelahiran di dalam mggu ke 2.
Latihan Tummy Time ini menggalakkan si manja membina otot leher, badan ( trunk/ core muscles) menjadi kuat disamping membantu merangsangkan koordinasi tubuh badan untuk pergerakan yang seterusnya seperti :
✅ Memusingkan tubuh badan ( Rolling over )
✅ Merangkak ( Crawling )
✅ Menggapai/ Mencapai ( Reaching )
✅ Bermain ( Playing )
Tahukah ibu ayah, apabila si manja terlalu lama berada di dalam keadaan baring menelentang ( supine lying) dan tanpa pergerakan kepala kiri ke kanan ia menggalakkan otot leher si manja menjadi ketat dan cenderung mendapat Torticollis ( kepala senget sebelah ) kerana otot menjadi spasm.
Dan permukaan kepala simanja menjadi rata atau Flatened head kerana impak daripada graviti dan kekerapan bahagian occipital menerima tekanan . ( Hard surface )
Jadi ia cukup memberi kesan kepada pertumbuhan bayi anda.
Our constantly advice, ibu ayah keraplah melakukan beberapa aktiviti bersama si manja seperti:
✅ Neck Rotation activities
✅ Tummy Time
✅ Repositioning baby
Disini saya ada sediakan beberapa contoh untuk ibu ayah melatih anak untuk meniarap atau melakukan tummy time.
Bayi yang mengalami masalah kulit seperti ekzema sememangnya merisaukan mama dan papa. Hal ini kerana mereka cukup sensitif dengan perubahan cuaca, pemakanan dan kebersihan persekitaran yang mempengaruhi tahap kesihatan mereka.
Secara umum, penyakit kulit seperti ekzema sememangnya menjadi lumrah bagi bayi kecil. Ekzema ialah keadaan kulit yang kering dan gatal pada satu jangka masa tertentu. Penyakit ini biasanya menyerang si kecil berusia bawah dua tahun. Realitinya ekzema sememangnya tidak dapat dipulihkan, tetapi dapat dikawal dengan mengelakkan faktor pencetus, menjaga pemakanannya dan memastikan kulitnya sentiasa lembap.
Ekzema juga dikenali sebagai ekzema atopik atau dermatitis. Atopik bermakna kecenderungan mendapat penyakit seperti ekzema, asma dan alergi. Kesannya adalah sama iaitu kulit kering, gatal, merah dan merekah. Pada situasi tertentu ia yang kadangkala bernanah dan berdarah.
Lokasi tumpuan ekzema lazimnya ialah tangan, muka, leher, siku dan belakang lutut. Perlu diketahui bahawa ekzema menyebabkan kulit tidak dapat berfungsi secara normal. Penyakit ini membuatkan kulit bayi anda lebih senang diserang infeksi dan alergi yang boleh membuat keadaan lebih teruk.
SIAPA BERISIKO MENDAPAT EKZEMA?
Punca terjadinya ekzema tidak diketahui tetapi masalah kulit ini lazimnya berlaku dalam keluarga tertentu dan mempunyai perkaitan genetik dan sejarah keluarga yang kuat bagi penghidap tiga penyakit iaitu ekzema, asma dan demam (hay fever) atau dikenali sebagai atopic triad. Hubungan kekeluargaan pada peringkat pertama dan kedua yang menghidap salah satu dari tiga penyakit ini akan memiliki risiko untuk dijangkiti sama ada ekzema atau asma.
Ekzema menyebabkan kulit bayi anda mungkin bertompok-tompok merah dan sering gatal. Namun pada masa-masa tertentu radang tersebut boleh menjadi lebih teruk dan mungkin memerlukan rawatan yang lebih intensif. Pun begitu, ibu bapa boleh bertindak mengawal punca yang mencetuskannya seperti pemakanan, keadaan sekeliling yang bebas habuk dan mengelakkan kulit mereka kering dengan menggunakan produk penjagaan diri seperti losen dan krim yang bersifat organik.
MAKANAN YANG PERLU DIELAKKAN
Bagi bayi yang disahkan mempunyai ekzema, lebih baik anda jauhi daripada makanan yang mencetuskan kegatalan. Bagi bayi yang masih di bawah enam bulan dan menyusu susu ibu, si ibu yang perlu mengelakkan mengambil makanan ini.Cari makanan pengganti yang mempunyai khasiat yang sama.
Susu lembu
Telur
Kacang tanah
Tepung gandum
Ikan yang gatal seperti ikan tongkol, ikan bilis dan sebagainya.
Udang, sotong dan kerang-kerangan .
Soya dan produknya.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.