“Tak Respond & Masih Tak Pandai Sebut Papa Mama”, Dr Say Bimbang Anak ‘Delay’, Bawa Jumpa Pakar!

Share

Ibu bapa mana yang tidak risau melihat setiap perkembangan anak kecilnya. Meniarap sudah, merangkak dan berjalan pun sudah, menunggu anak mengeluarkan perkataan bermakna seperti mama dan papa dirasakan saat yang cukup mendebarkan.

Bimbang anak lambat bercakap dan lebih risau lagi bila mana anak cenderung untuk ‘delay’ dan menunjukkan tanda-tanda mempunyai masalah Autism. Satu ketakutan bagi semua ibu bapa.

Namun inilah yang dihadapi Dr Say Shazril dan isterinya, Dr Azura Abas kini. Kata pasangan ini, sejak usia anaknya enam bulan lagi, anak sulung mereka yang lebih manja dengan panggilan Ace tidak menunjukkan tanda untuk bercakap. Ace tidak mengeluarkan bunyi babble malah tidak memandang wajah ketika kita bercakap dengannya.

Menerusi instagram miliknya, Dr Say turut menceritakan mengenai kebimbangannya mengenai Ace.

“Ceritanya begini, seawal Ace 6 bulan bini dah risau sebab Ace tak babble & tak pandang muka orang sangat. Maka bini bagitau diri dia “takpe tunggu sampai 9 bulan” & bila Ace sampai 9 bulan dia berbunyi sikit maka bini lega.

“Tapi “berbunyi” tu still tak berapa meyakinkan maka bini bagitau diri dia lagi “takpe tunggu sampai 12 bulan pulak” & keadaan ni berlanjutan sampailah Ace 18 bulan.

“Jenuh saya bagitau bini yang “dont worry, Ace looks fine to me maybe perlahan sikit tang percakapan tapi tang perkembangan lain Ace padu gila”. But bini being a bini & a doctor, she couldn’t stop worrying thinking yang Ace ada ciri-ciri AUTISM.

“Terutamanya bila dah Ace 18 bulan ni, panggil namanya jarang sesangat dia respond. Takde meaningful words macam mama/ papa. Bila kami cakap “NO” or “NANAK (taknak)” Ace buat tak tau,” katanya berkongsi.

 

Bawa Ace jumpa pakar

Tidak mahu terus menunggu, pasangan doktor ini sepakat untuk membawa Ace berjumpa dengan pakar. Walaupun terpaksa menunggu sehingga dua minggu, namun harapan mereka untuk mendapatkan pandangan pakar dilihat semakin cerah.

“Tak boleh duduk diam & sentiasa ke sana sini. Kalau hampa google semua ni semestinya akan menjurus kepada Autism. Jadi something needs to be done. Semestinya bini nak jumpa pakar tapi pakar development kanak-kanak kat Malaysia ada beberapa sahaja & appointment untuk berjumpa mereka kena tunggu dekat setahun.

“Maka bini google “child development therapist” & dia terjumpa dengan @fitincdc. Bila nak set appointment katanya kena tunggu 2 minggu, well 2 minggu is better than setahun maka kami set terus. @fitincdc tanya apa Ace suka buat, apa Ace tak suka buat & apa kerisauan kami terhadap Ace maka kami jawab dengan mendalam segala persoalan mereka,” katanya berkongsi.

Pun begitu, menerusi entri keduanya mengenai hal ini, selepas membawa Ace bertemu pakar, ternyata kata-kata dari pakar sudah cukup membuatkan pasangan ini merasa lega. Pun begitu Ace harus dipantau dan dilihat perkembangannya dari semasa ke semasa.

“Ada 2 therapists. Kami bawak beg luggage besar mengandungi pelbagai mainan. Assessment terhadap Ace bermula. Saya & bini intai dari jauh. Takmo kacau takut nanti cerita kami mempengaruhi keputusan Ace. Sejam 15 minit Ace di assess sebab agak mendalam assessment mereka tapi Ace behave well mungkin sebab banyak mainan.

“Selesai assessment, therapists ajak saya & bini untuk bincang keputusan Ace. Sebelum mereka sempat bercerita saya tanya dulu “does Ace have the traits of an autistic boy?”.

“Saya nak get this over with terlebih dahulu sebab perkara ini lah yang merungsingkan saya & bini terutamanya.

“Jawab mereka “we didnt see any traits in him, he didnt flap his hands, he didnt make any repetitive behaviours, he didnt arrange things in line”. Bila saya & bini dengar semua tu kami lega sebab ini yang paling kami takutkan all these while.

Kemudian depa sambung lagi “however we could see that his communication skills are equivalant to an 11 months old boy”. Kami kembali resah,” kata Dr Say berkongsi.

Moga yang baik-baik sahaja buat Ace, lambat sedikit tidak mengapa. Biar lambat asalkan dapat bertutur dengan baik dan bijak dikemudiannya. Semoga Ace cepat bercakap dan sentiasa membuatkan ibu dan ayahnya gembira.

Terdahulu Dr Say disatukan dengan isterinya, Dr Azura Abas 30 Mac 2014 dan kini pasangan sepadan ini dikurniakan seorang anak, Aezriel.

Artikel menarik: Tak Bertentang Mata Apatah Lagi Bersalam, Gaduh Manja Dengan Isteri Dr Say Kongsi Tip Suami Mithali!

Tak Kesian Ke Tengok Isteri Siang Malam Jaga Anak Kita-Dr Say Saran Tip Untuk Suami!

Nak macam-macam info? Jom join telegram Pa&Ma D Parents https://t.me/pamadparents

Kredit: @say_shazril

Published by
SRM