Tahu tak mak ayah di rumahlah tempat anak-anak untuk bermain dengan bebas. Bukan di taska mahupun di tadika mereka. Rumahlah tepat paling selesa untuk mereka. Namun jangan dibiarkan anak bermain sendiri atau memahami mereka setiap kali mereka bermain.

Anak-anak boleh hilang idea dan kurang eksplori bila asyik ditegur atau dimarahi ketika bermain. Bantulah anak kembangkan ideanya semasa bermain. Bukan hanya boleh membantu mereka berfikir bahkan bonding pun makin kuat.

Inilah yang disampaikan oleh Ahli Terapi Cara Kerja, Pn Ayesha Sairi. Jadi, mak ayah jangan bazirkan masa anak-anak, bantu dan sokonglah mereka supaya mereka dapat bereksplorasi dengan sebaiknya.


 

Tak Rugi Pun Main Sama-Sama Dengan Anak, Bantu Anak Kembangkan Ideanya, Makin Bijak!

Rumah tempat bermain.

Ada yang kreatif terlebih dengan berusaha untuk membawa masuk scooter board dalam terowong mainan. Kita raikan kreativiti dia dengan biarkan dia mencuba.

Sekiranya berjaya, kita raikan dengan berikan tepukan dan katakan “wah, abang dah berjaya masukkan scooter board dalam terowong.

Selepas ini, nak buat apa?”. Tanyakan kepada anak mengenai idea yang dia ada. Sekiranya bersesuaian, kita boleh biarkan anak terus mencuba. Sekiranya ideanya kurang sesuai, boleh bimbing mereka dengan lontarkan idea yang sesuai dan selamat.

Sekiranya anak kita gagal mencuba dengan pelan asal mereka, kita boleh terus bertanya idea mereka.

Tak Rugi Pun Main Sama-Sama Dengan Anak, Bantu Anak Kembangkan Ideanya, Makin Bijak!

Sekiranya sesuai dan selamat, katakan pada mereka, “tidak mengapa, teruskan mencuba, jangan mengalah. Mama ada di sini”.

Boleh juga kita bertanya mereka “Abang nak Mama tolong?”.

Kita boleh tunjuk cara atau modelling kepada mereka. Jangan hanya beri arahan. Kebanyakan kanak-kanak tidak dapat memproses arahan yang kompleks.

Arahan sebaiknya disertakan dengan tunjuk cara secara terus kepada mereka. Sesetengah kanak-kanak perlukan bantuan visual untuk mereka dapat melakukan sesuatu perkara.

Secara ringkasnya:
1. Beri galakan dan sokongan moral kepada anak apabila mereka melakukan sesuatu perkara terutamanya perkara yang baru. Perkataan yang kita keluarkan dan reaksi yang kita tunjukkan akan mencorakkan pemikiran anak.

2. Tunjuk cara itu mempunyai dua komponen. Beri arahan (lisan) dan tunjuk cara (pergerakan). Kedua-dua aspek ini sangat membantu dalam meningkatkan perkembangan anak-anak mengikut tahap perkembangan mereka.

Tak Rugi Pun Main Sama-Sama Dengan Anak, Bantu Anak Kembangkan Ideanya, Makin Bijak!

3. Kreativiti nombor dua. KESELAMATAN nombor satu. Pastikan anda berada berdekatan saat anak mahu menjadi kreatif.
Bersama-sama kita pastikan perkembangan anak mencapai tahap yang sepatutnya.

Mungkin lain kali boleh buat perkongsian mngenai aktiviti yang boleh digunakan dengan mainan yang ada dalam gambar ni.

Artikel berkaitan: Tak Kisah Mainan Murah Atau Mahal, Jangan Biarkan Anak Main Sendiri, Bantu Otaknya Berkembang!

Hentikan Tabiat Asyik Beli Mainan Untuk Anak, Anak Akan Mula Hilang Minat Bermain

Nak relaks, jom cuci mata di SINI.

Nak macam-macam info? Jom join telegram Pa&Ma D Parents https://t.me/pamadparents

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI