Kehamilan

“Tak Sabar Jumpa Cinta Hati “, Bakal Bersalin Dalam Masa Terdekat, Mawar Rashid Mohon Doa Dipermudahkan!

Share

Pelakon Mawar Rashid meluahkan rasa terujanya untuk bertemu dengan bayi keduanya dalam masa terdekat ini. Katanya dia tidak sabar untuk bertemu bayi yang bakal diberikan nama Raden Seri.

Malah kata Mawar lagi, melalui pemeriksaan bulanannya, dia dan bayi di dalam kandungan baik-baik sahaja. Malah kini semakin bersedia untuk melahirkan bayinya sambil ditemani suami, Raf Yaakob.

“Mommy & papa can’t wait to see you Cinta Hati @radenserirc” katanya ringkas menerusi instagramnya.

Malah Mawar juga turut meminta maaf andai ada salah atau mengguriskan hati sesiapa sambil memohon doa agar bayinya, Raden Seri dipermudahkan kelahirannya.

“Minta maaf salah silap kalau Mawar terguris hati sesiapa. Semoga Mawar selamat melahirkan puteri Raden Seri,” tulisnya lagi. 

 

Malah menerusi entri berlainan di instagramnya, Mawar turut memberitahu akan perkembangannya dan bayi di dalam kandungan beberapa hari lalu.

“Checkup on our Raden Seri. So far Alhamdulillah baby Girl sihat. Mommy pun sihat. Doakan kami semua dapat harungi moment birthday Raden Seri dengan sihat, tenang & mudah.

“Papa gonna be my best supporter on that day. Last time masa lahirkan Rafael, ada mummy and papa but this time, just mommy & papa. Semoga Allah S.W.T makbulkan doa-doa kita & lindungi kita,” tulisnya.

Kata Mawar lagi menerusi satu entri berlainan, dia sendiri tidak percaya bayinya, Raden Seri bakal dilahirkan tidak lama lagi.

“Serious tak percaya kurang dari sebulan Mawar akan lahirkan baby. Cepat betul masa berlalu,” kongsinya lagi.

Mempersiapkan diri untuk bersalin kelak, Mawar sudah pun melakukan pelbagai persiapan termasuklah memanjakan dirinya khusus untuk bertemu dengan insan tersayangnya. Kata Mawar, persiapannya seolah-olah seperti hendak menyambut hari lahir bayi.

Mawar juga turut memohon doa agar dipermudahkan kelahiran bayi keduanya kelak.

“Doakan Mawar & baby selamat.. dan semua dipermudahkan,” katanya lagi.

Mawar dan suami, Raf Yaakob mendirikan rumah tangga pada 9 November 2017 dan dikurniakan cahaya mata lelaki pelengkap bahagia mereka, Rafael pada 13 Mac lepas.

Kredit: @mawarashid

Artikel berkaitan: Lagi Sebulan Nak Bersalin, Mawar Rashid Manjakan Diri, Melawa & Mengidam Barang Kemas Sejak Awal Kehamilan

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Published by
SRM