Melihat anak membesar di depan mata sememangnya saat paling membahagiakan bagi semua ibu. Begitu juga bagi pelakon dan usahawan, Mawar Rashid yang tidak sabar melihat dua anaknya membesar dengan sihat.
Malah kata Mawar lagi menerusi Instagramnya, dia tidak sabar melihat dua anaknya, Raden Muhammad Rafael, 2 tahun dan Raden Seri Rossabella Cinta yang kini berusia 6 bulan membesar malah mahir dalam pelbagai hal.
Menerusi entri itu, kata Mawar, dia mahu kedua anaknya itu mahir bertutur dalam dialek negeri Kelantan.
Tidak hanya mahu anaknya pandai bertutur dialek Kelantan, bahkan ibu berdarah campuran Siam ini juga turut mahu anaknya menguasai dua bahasa lain iaitu Siam dan Indonesia.
Dia yang berdarah keturunan Kelantan dan Siam ini turut mahu anaknya pandai berbahasa Indonesia kerana suaminya, Raf Yaakob mempunyai darah keturunan dari seberang.
“Hi my BFF.
“Tak sabar nok tunggu awok besar, panda kecek kelate, panda kecek siam + indo(sbb daddy nya ada darah Indonesia gituw)
“Sama tak muka kitorang?,” kongsi Mawar di Instagramnya.
Menerusi entri itu, Mawar turut berkongsi gambarnya bersama anak keduanya, Cinta yang sudah pun berusia enam bulan.
Jelas si kecil Cinta cukup comel dan manis persis ibunya. Malah Cinta juga memiliki sepasang mata yang cantik malah dipuji oleh wargamaya.
Mawar dan Raf mendirikan rumah tangga pada tanggal 9 November 2017.
View this post on Instagram
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dengan sepasang cahaya mata, Raden Muhammad Rafael, 2 tahun dan Raden Seri Rossabella Cinta yang kini berusia 6 bulan.
Menarik:Cinta Masih Menyusu, Tak Sanggup Berpisah Lama Dengan Anak, Mawar Rashid Bawa Anak Pergi Kerja
Pa&Ma dengan kerjasama 9 bulan 10 hari nak bagi webinar PERCUMA tanda terima kasih atas sokongan follower semua selama ini.
Webinar ‘Aku Tak Takut Beranak’ menampilkan barisan speaker-speaker hebat dan berpengalaman dalam bidang keibubapaan seperti Ustaz Don, Ustaz Kazim Elias, Dato’ Dr Fazley Yaakob, Dr Rizal Abu Bakar, Dr Maiza Tusimin dan Dr Afida Sohana.
Selain berpeluang menceduk ilmu yang dikongsi, anda juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah sebab ada 70 hadiah best yang ditawarkan termasuklah sebuah handphone.
So apa yang anda kena buat untuk dapat HADIAH CABUTAN BERTUAH tu?
Just daftar je kat SINI. FREE je tau Webinar ni!
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI