Orang kata walaupun wanita tahu sakitnya bersalin macam mana, tapi demi anak kekuatan itu datang dengan sendirinya. Biarpun menahan kontraksi berjam-jam, ada yang akhirnya kena buat pembedahan tetap reda demi menyelamatkan nyawa. Itu pengorbanan seorang wanita bergelar ibu.

Bagi Datin Seri Nur Shahida yang kini sedang hamil anak kelimanya, perasaan tak sabar dan gemuruh semakin dirasainya.

“Tak sabar nak bersalin walaupun tahu nak bersalin tu sakit. Tapi lagi tak sabar sebab sakit pinggang dan kaki selalu krem.

“Lagi 2 atau 3 minggu Insya Allah sampai masanya. Kalau saya tak gugur bulan puasa hari tu mesti dah twin dah baby dalam perut saya ni.

“Namun kuasa Allah tiada siapa boleh halang dan mungkin Allah lebih tahu saya tak mampu nak jaga sampai dua jadi dia ambil yang satu. Kesimpulannya berbaik sangkalah dengan aturan Allah SWT,” katanya.

Sebelum ini Datin Shahida pernah memuatnaik gambar ujian imbasan kandungannya di instagram dengan hanya satu janin sahaja yang dapat diselamat manakala janin yang kedua tidak dapat diselamatkan.

NAMUN DIA TETAP BERSYUKUR KERANA MASIH DIKURNIAKAN REZEKI UNTUK HAMIL DAN MEMPUNYAI ZURIAT DAN DIA BERSYUKUR ALLAH MENGURNIAKAN DIA DENGAN NIKMAT ANAK-ANAK.

Alhamdulillah walaupun satu dah gugur masih ada 1 lagi yg sangat2 sihat, kata doktor.

Dia  percaya Allah bg saya byk nikmat…. anak saya ramai….. sedangkan byk. lagi mereka2 yg ikhtiar nak hamil belum merasakan lagi…… sepatutnya saya bersyukur Allah limpahkan banyak rezeki untuk saya…. apalah sangat diduga dgn sedikit ujian.

Menerusi posting terdahulu, Datin Shahida menjelaskan dia mengalami pendarahan yang teruk dan akhirnya menyebabkan keguguran pada salah satu kembar yang dikandungnya itu kerana terlalu aktif dan mungkin faktor stres dengan kerja.

Sumber: ig Datin Seri Nur Shahida