Tak Sakit Jari Picit Acuan, Ni Cara Mudah Buat Tat Nenas Gulung, Senang!

Share

Bukan saja menggentel inti bahkan menerap doh tat nenas juga memakan masa yang agak lama. Semuanya kerana proses mengadunkan yang sedikit merumitkan.

Nak cara mudah dan paling penting tak sakit jari memicit, idea yang dikongsikan oleh Zai Zanarchi ini anda boleh cuba. Senang sungguh!


Salam. Saya nak share cara saya buat tat nenas gulung. Selama 16 tahun berniaga tat nenas, ni cara saya guna. Tak sakit jari memicit dengan acuan.

Ratakan adunan dan gelek hingga rata.

Buat tebal dalam 0.4cm. Roller ni untuk corakkan garisan. Jadi tak perlu tekan kuat-kuat. Tekan sikit jer tp roll berulang kali.

Tekan sikit jer pastu roll sampai corak dia nampak clear. Lepas canaikan nipis. Kalau tekan kuat dengan roller, memang akan rosak doh tu.

Potong dalam 2 inci atau kurang sikit. Tengok pada ketebalan doh.

Saya bakar biasa 150’c untuk 30 minit.

Selamat mencuba!

Menarik: Aduhai Berketak-Ketak, Usia Nak Masuk 3 Bulan, Anak Neelofa Dah Nak Pandai Meniarap!

Jangan abaikan keselamatan si manja ketika berada dalam kereta. Belajar tentang fungsi car seat serta ketahui kecederaan yang akan berlaku kerana impak kemalangan. Ketahui lebih lanjut tentang car seat di E-Workshop Sayangi Nyawa Anak Anak Dalam Kereta, Let’s Buckle Up!

Daftar secara PERCUMA di https://toko.ideaktiv.com/product/sayang-nyawa-anak-dalam-kereta/

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Published by
SRM