Bermain anak patung atau teddy bear selalu dikaitkan dengan perempuan dan ‘kelembutan’. Pantang sungguh kita apabila melihat anak lelaki berminat dengan anak patung. Pegang pun tidak boleh. Takut anak jadi ‘lembut’.
Apa masalahnya jika lelaki menjadi seorang yang lembut?
Dalam dunia sekarang ini di mana saban hari kita mendengar tentang kes keganasan rumahtangga, kes dera, kes pukul, kes buli, kes rogol, kes ‘road rage’ hingga membawa kematian, maka apa yang diperlukan adalah KELEMBUTAN. Itulah yang hilang dari jiwa dan hati si pelaku.
Masalahnya dengan kita, kita menggalakkan anak lelaki menjadi gagah tidak kena caranya. Apabila anak lelaki bermain kasar yang keterlaluan, kata kita “Biasalah boys”. Apabila anak lelaki tolak tidak mengikut giliran, kata kita “Biasalah boys”. Apabila anak lelaki menumbuk menendang rakan lain, kata kita “Biasalah boys”. Apabila anak lelaki suka menonton cerita atau bermain ‘game’ yang ganas, bunuh membunuh, kata kita “Biasalah boys.”
Itukah yang kita harapkan dari anak lelaki?
Menjadi seorang yang KASAR dan GANAS?
Bermain anak patung membantu perkembangan sosial dan emosi kanak-kanak. Tidak kiralah kanak-kanak lelaki atau perempuan.
Ads
Selalunya bagaimana anak lelaki melayan anak patung adalah cerminan bagaimana dia melihat ibubapa melayan kanak-kanak.
Cara anak lelaki bercakap dengan anak patung adalah cerminan bagaimana dia biasa mendengar ibubapa bertutur dengan kanak-kanak. Dia akan meniru.
Jika anak lelaki tidak pernah melihat si ayah peduli tentang penjagaan diri dia dan adik beradiknya, maka anak lelaki itu juga mungkin akan kekok untuk ‘melayan’ anak patung itu.
Bermain adalah cara terbaik untuk kanak-kanak memahami tentang dunia di sekelilingnya dan bermain juga adalah cara terbaik untuk kanak-kanak melatih skil penting yang perlu ada pada dirinya sebagai orang dewasa.
Ads
Bermain dengan anak patung mengajar kanak-kanak baik lelaki atau perempuan supaya menjadi seorang yang peduli pada kanak-kanak, dan memastikan keperluan kanak-kanak itu dipenuhi.
Bermain dengan anak patung juga mendidik anak untuk memahami emosi dan membantu perkembangan empati yang semakin kurang dalam dunia sekarang hingga menyebabkan masalah dera, buli dan keganasan baik di dunia nyata mahupun di dunia siber.
Tidak semua kanak-kanak baik lelaki mahupun perempuan akan terus berminat dengan anak patung sampai bila-bila. JANGAN PANIK!
Dedahkan juga kanak-kanak kepada permainan lain untuk mereka meneroka minat mereka. Kadang-kadang dari anak patung kanak-kanak akan beralih kepada patung askar atau patung superhero yang menjadi kegemaran mereka. Mereka akan menggunakan skil yang sama apabila bermain dengan anak patung, teddy bear, atau patung-patung yang lain cumanya plot penceritaan ketika bermain itu sahaja yang berbeza mengikut kreativiti mereka.
Ads
Tidak ada salahnya juga jika ANAK PEREMPUAN hendak bermain dengan kereta atau kapal terbang mainan. Itu juga sebahagian dari penerokaan. Tidak ada salahnya kanak-kanak perempuan turut sama panjat pokok bersama kanak-kanak lelaki. Itu adalah skil fizikal yang penting.
Cumanya pastikanlah kanak-kanak perempuan memakai seluar panjang agar skirtnya tidak tersangkut ataupun skirtnya tidak terselak.
Bermain anak patung menyediakan kanak-kanak untuk memiliki skil peduli (caring), memupuk (nurturing) dan memahami (understanding). Inilah kelembutan yang kita mahu ada pada anak–anak lelaki kita disamping dia pandai berlari, melompat, berguling, memanjat, menendang dan menumbuk objek yang sepatutnya.
Oleh itu biarlah anak lelaki belek dan belai anak patung. Perhatikan dia. Main dengan dia.
Selepas melalui fasa yang kritikal dan berjaya menjalani pembedahan Germ Cell Tumor setahun lalu, buah hati rakyat Malaysia, adik Ainul Mardhiah kini dari sehari ke sehari banyak menunjukkan perkembangan positif.
Bukan sahaja semakin aktif bermain tetapi difahamkan Ainul sudah pandai duduk sendiri dengan stabil dan mula merangkak.
Melalui perkongsian bapa Ainul, Ahmad Safiuddin di Facebooknya dia berkongsi keletah adik Ainul apabila mereka terjaga jam 4 pagi mendapati si kecil sedang duduk dan siap nak cabut wayar oksigen lagi. Bukan main cerdik Ainul sekarang!
‘Pukul 4 pagi, Ainul tengah duduk’
Mamanya terjaga Ainul tengah duduk sambil tutup trachy dan keluarkan suara. Ya, pukul 4 pagi dan tengah duduk Ainul memang dah boleh duduk, tapi Ainul perlu didudukkan. Bukan duduk dengan sendiri. Tapi sejak kebelakangan ini, Ainul mula belajar duduk sendiri secara perlahan-lahan.
Cumanya, terkejut lah kan tiba-tiba kami bukak mata, tengok-tengok dia tengah duduk siap cabut oksigen lagi. Allah mengucap panjang kami hahaha. Mana tak risau, dia tidur pakai tiub oksigen, kalau setakat tubing oksigen sahaja tercabut ok lagi. Kalau yang tercabut tu trachy? Mahu tak kecoh pukul 4 pagi tu.
Sekarang waktu Ainul qada’ main
Alahai anak. Ini baru duduk. Kalau dia dah tahu berjalan nanti, lagi haru malam-malam. Buatnya kami tengah tidur dia gasak berjalan, memang naya. Dia sebab ainul ni tak keluar suara. So kadang-kadang kami tak perasan bila malam. Start malam ni, walid kena OT lah jaga ainul. Tapi apa pun, ini bukan marah, tapi kelakar. Pukul 4 pagi ajak orang main, apahal.
Bila walid ambik dia and then letak bawah ketiak, dia menangis lepas tu dicungkil-cungkilnya hidung dan mata kita sebab nak ajak main. Ini video mama dia record siang tadi. Ainul dah mula belajar merangkak. Dulu sangkut tang kaki dia tu, tak lepas-lepas nak keluar. Now dah nampak dia dah reti keluarkan kaki.
Alhamdulillah. Umur hampir 2 tahun. Sekarang waktu dia qada’ main dia untuk setahun yang lepas. Lambat sikit tak apa anak, inshaAllah usaha kamu akan membuahkan hasil di kemudian hari. Kami semua tahu bahawa kamu ini seorang pejuang.
Sumber : Ahmad Safiuddin
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
“Dia lambat cikgu. Saya suapkan je. Cepat.” “Sepah nanti. Nak kemas lagi.”
“Dia memang macam itu. Tak pandai lagi.”
Inilah andaian ibu bapa dan pemahaman kita untuk tak bagi anak makan sendiri. Sebenarnya hanya dengan mengizinkan anak kita makan sendiri dan bersepah itu adalah normal.
Berikut perkongsian dari Terapis Cara Kerja, Nurul Sheriena.
Sedangkan lidah lagi tergigit. Apatah lagi anak kecil yang baru faham tangan boleh digunakan untuk suap makanan ke dalam mulut.
Persoalannya peluang diberi ke tidak?
Ya kita benar. Jika ke majlis atau keramaian bagi bantu Tuan Rumah logik juga untuk kita bantu. Tapi jika di rumah juga kita suapkan atau orang lain suapkan.
Mari saya kongsikan 3 jenis salah faham yang selalu kita dengarkan.
1. Anak tidak pandai.
Dulu kita juga tidak lah sebijak sekarang pakai fork and spoon kan? Kita sudah beribu kali ulang pergerakan itu dan memori untuk pergerakan itu sudah disimpan di otot kita. Our muscle memory help us to do the movement as smoothly as possible.
Tapi untuk anak umur 2 atau Umur 2 atau 3 atau 4?
2. Anak makan bersepah.
Pernah atau tidak kita dewasa kadangkala makan nasi jatuh luar pinggan?
Atau nasi melekat di pipi? Ha biasalah tu bagi anak kecil baru hendak kumpul pengalaman makan dan suap sendiri.
Eye hand coordination baru hendak praktis. Lepas makan minta anak kemas sama sama.
Lama sedikit time bonding kan. Dengan peluang yang diberi, maka bila anak sudah mahir pembinaan new neuron pathway untuk kemahiran baru ini akan tercipta dengan jayanya.
3. Anak makan lambat.
Ini tidak pelik. Kebanyakan anak hendak makan warming up lama sedikit. Macam nombor 1 dan 2, anak baru ada pengalaman ini sudah pasti fasa cuba jaya gagal dan cuba lagi berulang kali berlaku. Inilah proses kemenjadiaanya.
Ibu ayah perlu sabar. Sambil anak cuba jaya ibu ayah jemput makan sekali kan.
Ini antara 3 salah faham jika kita mahu anak kita makan berdikari perlu mulakan di rumah.
Belajar konsep duduk untuk makan bersama-sama. Bukan bersama-sama telefon ya.
Kadangkala kreativiti ibu ayah yang DIY atau buat sendiri dapur mainan untuk anak perempuannya lebih bermakna dan paling penting membantu merangsang imaginasi anak.
Sememangnya sokongan dan penglibatan ibu dan ayah dalam setiap perkembangan anak termasuk bermain bersama-sama membantu si kecil menjadi lebih seronok dan belajar banyak perkara.
Lebih menyeronokkan sekiranya ibu dan ayah boleh merealisasikan impian anak mempunyai dapur mainan sendiri. Tak semua orang mampu membelikan anak dapur mainan yang lengkap kerana harganya boleh tahan mahal sehingga mencecah ratusan ringgit.
Kreativiti yang ditunjukkan oleh Puan Hafizah Nordin dan suaminya dalam menyediakan kelengkapan dapur mainan untuk anak-anak perempuan mereka boleh dicontohi oleh ibu bapa lain.
Pretend play di dapur mainan yang seolah-olah sama seperti dapur sebenar sudah tentu membantu anak-anaknya menjadi kreatif dan otak mereka berkembang dengan baik kerana dapat belajar sambil bermain.
DIY DAPUR MAINAN ANAK *MODAL RM50* murah janji anak seronok main BARANG BELI DARI KEDAI ECO RM2
1. WALLPAPER 5 ROLL 2. PERIUK KUALI KECIK2 3. BEKAS PLASTIK PINK 4. PAIP PLASTIK 5. SINKI PUN GUNA MANGKUK STAINLESS STEEL BELI KT ECO 6. BAKUL PLASTIK PUTIH BUAT MESIN BASUH 7. PENYANGKUT LEKAT DINDING 8. LAPIK KAKI ECO
*LAIN2 BARANG DAH MEMANG ADE KT RUMAH* – KOTAK BELI STOK LAMPIN ANAK ( KOTAK AP2-APA PUN BOLEH) – MAINAN MASAK2 ANAK kumpul balik semua yang bersepah – MASKING TAPE – GAM
Cara buat kotak kabinet mainan
Mesin basuh mainan
Kabinet dapur mainan
Peti sejuk mainan
Sinki & Oven mainan
Seronoknya anak-anak boleh main masak-masak dengan dapur mainan sendiri. Tak kacau dah dapur ibu kan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.