Bermain anak patung atau teddy bear selalu dikaitkan dengan perempuan dan ‘kelembutan’. Pantang sungguh kita apabila melihat anak lelaki berminat dengan anak patung. Pegang pun tidak boleh. Takut anak jadi ‘lembut’.
Apa masalahnya jika lelaki menjadi seorang yang lembut?
Dalam dunia sekarang ini di mana saban hari kita mendengar tentang kes keganasan rumahtangga, kes dera, kes pukul, kes buli, kes rogol, kes ‘road rage’ hingga membawa kematian, maka apa yang diperlukan adalah KELEMBUTAN. Itulah yang hilang dari jiwa dan hati si pelaku.
Masalahnya dengan kita, kita menggalakkan anak lelaki menjadi gagah tidak kena caranya. Apabila anak lelaki bermain kasar yang keterlaluan, kata kita “Biasalah boys”. Apabila anak lelaki tolak tidak mengikut giliran, kata kita “Biasalah boys”. Apabila anak lelaki menumbuk menendang rakan lain, kata kita “Biasalah boys”. Apabila anak lelaki suka menonton cerita atau bermain ‘game’ yang ganas, bunuh membunuh, kata kita “Biasalah boys.”
Itukah yang kita harapkan dari anak lelaki?
Menjadi seorang yang KASAR dan GANAS?
Bermain anak patung membantu perkembangan sosial dan emosi kanak-kanak. Tidak kiralah kanak-kanak lelaki atau perempuan.
Ads
Selalunya bagaimana anak lelaki melayan anak patung adalah cerminan bagaimana dia melihat ibubapa melayan kanak-kanak.
Cara anak lelaki bercakap dengan anak patung adalah cerminan bagaimana dia biasa mendengar ibubapa bertutur dengan kanak-kanak. Dia akan meniru.
Jika anak lelaki tidak pernah melihat si ayah peduli tentang penjagaan diri dia dan adik beradiknya, maka anak lelaki itu juga mungkin akan kekok untuk ‘melayan’ anak patung itu.
Bermain adalah cara terbaik untuk kanak-kanak memahami tentang dunia di sekelilingnya dan bermain juga adalah cara terbaik untuk kanak-kanak melatih skil penting yang perlu ada pada dirinya sebagai orang dewasa.
Ads
Bermain dengan anak patung mengajar kanak-kanak baik lelaki atau perempuan supaya menjadi seorang yang peduli pada kanak-kanak, dan memastikan keperluan kanak-kanak itu dipenuhi.
Bermain dengan anak patung juga mendidik anak untuk memahami emosi dan membantu perkembangan empati yang semakin kurang dalam dunia sekarang hingga menyebabkan masalah dera, buli dan keganasan baik di dunia nyata mahupun di dunia siber.
Tidak semua kanak-kanak baik lelaki mahupun perempuan akan terus berminat dengan anak patung sampai bila-bila. JANGAN PANIK!
Dedahkan juga kanak-kanak kepada permainan lain untuk mereka meneroka minat mereka. Kadang-kadang dari anak patung kanak-kanak akan beralih kepada patung askar atau patung superhero yang menjadi kegemaran mereka. Mereka akan menggunakan skil yang sama apabila bermain dengan anak patung, teddy bear, atau patung-patung yang lain cumanya plot penceritaan ketika bermain itu sahaja yang berbeza mengikut kreativiti mereka.
Ads
Tidak ada salahnya juga jika ANAK PEREMPUAN hendak bermain dengan kereta atau kapal terbang mainan. Itu juga sebahagian dari penerokaan. Tidak ada salahnya kanak-kanak perempuan turut sama panjat pokok bersama kanak-kanak lelaki. Itu adalah skil fizikal yang penting.
Cumanya pastikanlah kanak-kanak perempuan memakai seluar panjang agar skirtnya tidak tersangkut ataupun skirtnya tidak terselak.
Bermain anak patung menyediakan kanak-kanak untuk memiliki skil peduli (caring), memupuk (nurturing) dan memahami (understanding). Inilah kelembutan yang kita mahu ada pada anak–anak lelaki kita disamping dia pandai berlari, melompat, berguling, memanjat, menendang dan menumbuk objek yang sepatutnya.
Oleh itu biarlah anak lelaki belek dan belai anak patung. Perhatikan dia. Main dengan dia.
Anak-anak memang sukakan rutin. Tindakan Imam Muda Asyraf membacakan hadis bersama anak-anak dan isteri adalah rutin yang baik yang boleh dipraktikkan & dicontohi semua.
Bapa kepada tiga anak iaitu, Aisy Raihan, Aisy Abdurrahman dan Setiaku Aisyah, ini telah berkongsi cara didikan yang dilakukannya. Kata Asyraf, rutin selalunya diambil oleh isterinya, Nur Husna Yusoff tetapi kali ini diberikan kelapangan masa untuk melaksanakannya.
Pendakwah muda ini juga turut mengakui yang anak-anak memang bijak memerhati walau pun mereka tidak menumpukan perhatian. Lebih-lebih lagi bagi anak yang sedang aktif, menunjukkan sesuatu di depan mereka akan membuatkan mereka terbiasa.
Asyraf malah mengakui anak sulungnya, Aisy sangat meminati kisah dan hadis dan tidak sabar untuk menunaikan umrah Mac nanti.
imammudaasyraf Seperti biasa. Faham atau tidak perkara kedua. Yang penting kelibat duduk sambil mengambil berkat hadith itu menjadi rutin yang dibiasakan pada mata anak-anak.
TELINGA TIDAK MEMAHAMI TAPI MATA MEMERHATI
Telinganya tidak memahami. Namun matanya belajar memerhati. Walau bermain handphone sekalipun, ianya satu kejayaan bagi membawa AbduRahman yang seaktif Ultraman Batman untuk duduk di depan.
ANAK TIDAK SABAR TUNAI UMRAH MAC INI
Bagi Aisy pula, dia sangat meminati cerita, hadith dan sebagainya. Manakan tidak, semangat beliau apabila hajat untuk menunaikan umrah di Mekah pada cuti sekolah Mac ini tak sabar dinanti. Doakan kami bersama ke sana.
Jarang sempat membaca bersama mereka. Selalu ummi yang mengambil peranan. Tapi kali ini Aisyah pun teruja duduk bersama Abah.
TIADA YANG MUSTAHIL WALAU PUN SEBARIS HADIS
Mungkin agaknya Abah mimpi apa malam ini tiada kuliah. Apapun selamat malam anakku. Tiada apa yang mustahil walau sebaris hadith.
Sedangkan al-Qa’nabi mampu berubah watak dari peminum Nabiz (memabukkan) kepada perawi paling tsiqah dalam al-Muwatto’ hanya kerana sepotong hadith dari Imamnya Syu’bah.
Separation anxiety adalah satu fasa perkembangan anak manusia. Ia petanda anak normal dan sihat. Ia berpunca bila otak anak telah ada kesedaran tentang kewujudan dirinya didunia ini berserta dengan individu-individu lain. Ia buat anak sedar, penjaganya boleh pergi meninggalkannya pada bila-bila masa. Maka anak jadi takut dengan jarak dan perpisahan, walau dekat dan sekejap kerana anak belum ada fahaman yang betul mengenai konsep ini.
Separation anxiety paling awal muncul sekitar usia 6 bulan. Separation anxiety tidak akan hilang. Ia akan kekal dalam diri anak sepanjang dia membesar. Cuma, ‘takut berenggang’ itu berkembang dalam bentuk yang berbeza seiring peningkatan usia anak. Ikuti perkongsian daripada Konsultan Tangisan & Tidur Bayi PERTAMA Malaysia, Puan Uswatun.
Ini tip saya hadapi separation anxiety anak, mana tahu ada yang bermanfaat buat anda. Rasa takut anak AKAN BERKURANG DAN TERKAWAL bila ibubapa berjaya ajarkan konsep berpisah secara SIHAT kepada anak❤️
Usah di tanya soalan berapa lama perlu amalkan semua ini sebelum anak boleh kurang takut berenggang.
Seperti yang saya telah sebut, separation anxiety TIDAK akan hilang dalam diri anak. Maka semua tip yang dikongsikan BUKAN UNTUK DI CUBA-CUBA TETAPI UNTUK JADI AMALAN TETAP SETIAP MASA, SEPANJANG MASA.
Bila jadi amalan biasa, anak pun terbiasa dengan cara dan kelakuan anda, maka anda lihat anak juga akan perlahan-lahan mengubah cara dia berkelakuan bila bersama anda. Anak yang chill dan tenang itu selalunya memang belajar dari melihat chill dan tenangnya kedua ibubapanya ✌️
Wow! Bestnya mommies dapat me-time dengan bff di Muzium Negara. Ada sharing dari pakar, games menarik dan hadiah lumayan untuk dimenangi. Jom, daftar sekarang di SINI
Perasan tak ada waktu-waktu tertentu anak kita yang tidur dah lama tiba-tiba bangun dalam keadaan menangis seolah-olah macam tak puas tidur.
Kadang tu ibu bapa siap marah lagi si kecil atasa alasan tidur dah berjam-jam, bangun tetap juga merengek. Ok sebelum anda menambahkan lagi bad mood anak pada hari itu, ini 5 sebab kenapa anak menangis bila bangun tidur.
Perkongsian dari penulis ilmu keibubapaan, Taufiq Razif ini sangat membantu.
#1 – Sleeping Discomfort
Tilam tak sesuai, pampers terlampau penuh, panas dan berpeluh pun boleh buatkan anak kita menangis masa dia bangun. Rasa tak selesa tu yang buatkan anak kita nak melalak je bila bangun.
#2 – Feeling hungry
Bila anak dah tidur 8-10 jam tanpa makan minum ni memang buatkan perut anak bagi signal untuk diisi lah. Tu yang bangun bangun je terus melalak mintak susu tu. Pedih perut la katakan.
#3 – Anxiety Awakening
Bila bangun-bangun je mak ayah dah tak ada depan mata memang boleh trigger rasa cemas anak. Ni normal je. Lebih kurang Separation Anxiety juga macam anak jadi cemas bila kita hantar dia ke rumah pengasuh atau dia tak nampak kita bila kita ke tandas atau ke dapur.
Cuma Anxiety Awakening ni adalah anak rasa cemas bila bangun tidur sebab kita tak ada depan mata dia. Tu yang dia melalak cari kita tu.
#4 – Sleep Inertia
Bila anak bangun bangun je dia rasa groggy, rasa mengantuk sangat sangat dan rasa nak melalak, tu mungkin anak kita tengah kena Sleep Inertia.
Sleep Inertia ni terjadi sebab :
💤 Kita bangunkan dia masa dia tengah dalam fasa Rapid Eye Movement Sleep (REM sleep). Bahasa mudahnya adalah kita bangunkan dia masa dia tengah nyenyak sangat tidur
💤 Masa kita kejut tu level hormon Melatonin yang menyebabkan anak kita mengantuk tu masih banyak lagi. Tu yang anak kita melalak sebab dia masih mengantuk sangat lagi
Biasanya akan ambil masa 30 minit – 1 jam juga untuk anak kita betul betul recover daripada Sleep Inertia tu. Fuh!
#5 – Lack of Quality Sleep
Bila kualiti tidur anak tak cukup, emosi anak akan mudah terganggu. Tu yang dia jadi irritable sikit. Contohnya jadi mudah nangis tanpa sebab setiap hari ataupun jadi mudah mengamuk tanpa sebab setiap hari.
Sebab tu lah sebelum tidur tu :
💤 JANGAN main gadget atau tengok TV beberapa jam sebelum waktu tidur. Takutnya bila kita tutup lampu pun mata anak masih terkebil kebil tak boleh tidur sebab ‘blue light’ daripada gadget tu boleh buatkan anak susah tidur
💤 Jangan bagi anak terlalu penat sangat sebelum tidur. Berpada pada lah kalau nak bagi anak bermain sebelum tidur sebab bila anak terlalu penat pun tidurnya boleh terganggu sebab badan dan otak dah jadi Overtired
Tolong sampaikan ilmu ni pada pasangan masing masing dan juga semua ibubapa di luar sana sebab ilmu ni tersangat la penting bagi ibubapa yang masing ‘berperang’ dengan perangai anak masing masing.
Dr Afifah Hidayah kongsi pengalaman amalkan Baby-Led Weaning — kaedah bayi makan sendiri sejak enam bulan. Teknik moden ini bantu anak belajar berdikari dan gembira ketika waktu makan.