Tak Salah Nak ‘Me Time’ Sekejap, Buat Apa Ibu Suka Boleh Recharge Tenaga!

Share

Mungkin ada yang merasakan ‘me time’ tak penting, tapi sebenarnya ia sangat membantu iu untuk kekal positif dan sentiasa bersemangat. Sesekali bila buat apa kita suka dapat merangsang aura bahagia dalam diri. Tak perlu lama pun tak apa, janji apa yang kita buat tu berkualiti.

Lumrah untuk seorang isteri dan ibu mengutamakan keluarganya. Tak salah nak buat begitu, tapi sesekali beri ruang untuk diri sendiri berehat sebentar dan recharge tenaga yang hilang. Ingatlah, ibu tunggak kekuatan keluarga. Jika kita tak sihat, terganggulah urusan sekeluarga.

Berikut adalah panduan yang boleh dilakukan untuk menggembirakan diri sendiri. Pada masa yang sama, anda sebenarnya membantu ahli keluarga turut sama rasa bahagia. Kalau anda sihat dan gembira, barulah keluarga pun turut ceria.

Kredit foto: Facebook Emy Haznida Hazairul Sham
1. Ambil untuk tidur sekejap

Sejak ada anak, rutin tidur anda tidak lagi seperti dulu. Dalam kebanyakan masa, tidur anda tidak lagi benar-benar lena. Betul bukan?

Kesihatan fizikal dan dalaman penting untuk membolehkan anda meningkatkan produktiviti diri sama ada menguruskan hal kerja ataupun rumah tangga. Jadi, cari masa untuk tidur sebentar di siang hari. Dapat 10 – 15 minit tidur berkualiti sudah cukup untuk anda ‘mengecas’ tenaga.

2. Rajin keluarkan peluh

Luangkan sedikit masa, sekurang-kurangnya tiga kali seminggu untuk bersenam ringan. Tidak perlu ke gimnasium pun. Cukuplah sekadar membawa anak ke taman permainan di dalam kawasan perumahan. Anda boleh bermain bersama anak sambil mengeluarkan peluh.

Dengan bergerak aktif, anda kurang berisiko jatuh sakit seperti demam, batuk dan selesema. Malah, pakar perubatan mengakui aktiviti bersenam membantu anda merembeskan hormon endorfin yang turut digelar hormon gembira.

3. Membeli-belah untuk diri

Kebanyakan ibu lebih mengutamakan keperluan anak-anak apabila ada duit lebih. Naluri ibu memang begitu. Anda akan akan belikan pakaian mahupun alat permainan untuknya. Walaupun ada masanya teringin membeli baju, tudung, beg tangan atau kasut baru, semuanya dipendamkan kerana mahu menggembirakan si anak.

Jangan begitu. Apa kata ada peruntukkan wang yang ada dengan sebahagian daripada untuk diri sendiri dan separuhnya pula untuk anak-anak. Baru adil. Bukan apa, diri anda sendiri pun perlu diutamakan juga.

4. Perlu ada ‘me time’

Jangan sesekali menganggap masa me time sebagai tanda anda mementingkan diri. Anda perlukannya. Ahli psikologi juga menekankan hal ini. Setiap manusia memerlukan masa bersendirian untuk membantu diri kembali segar selepas meluangkan masa untuk diri berseorangan tanpa memikirkan hal-hal lain yang mengusutkan fikiran.

Sumber foto: www.shutterstock.com

Untuk merealisasikan hal ini, cuba berbincang dengan suami dan alihkan sementara tanggung jawab yang biasa anda lakukan kepadanya. Sebaik-baiknya pada hujung minggu atau waktu hari minggu yang bersesuaian. Dapat satu jam dalam seminggu pun sudah cukup.

5. Cari hobi yang anda suka

Dahulu mungkin anda ada hobi tersendiri. Namun, sejak ada anak, ia terpaksa dikuburkan lantaran kekangan masa. Mungkin ada yang suka membaca buku, melukis, berkebun, berenang dan sebagainya. Jadi, cari masa yang sesuai untuk terus melakukan aktiviti ini terutamanya ketika anda diberi lampu hijau oleh suami untuk ada me time sendiri.

Sumber foto: www.shutterstock.com
6. Belajar kemahiran baru

Anda sebenarnya perlu meningkatkan kualiti diri dan menambah kemahiran tertentu. Jadikan ini sebagai salah satu manfaat buat diri. Anda boleh belajar membuat kraf, menjahit, membuat kek dan lain-lain.

Nampak remeh, tetapi ia secara tidak langsung dapat memotivasikan diri untuk berasa lebih yakin diri Manalah tahu, boleh juga ia dimajukan sebagai sumber pendapatan melalui perniagaan suatu hari nanti.

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)

Jom, join Gathering Ibu Hamil Menawan sekarang! Banyak aktiviti dan hadiah menarik menanti dan penampilan istimewa Pn. Nad Masrom. Klik DAFTAR segera di sini https://toko.ideaktiv.com/product/gathering-mama-hamil-menawan-pama-x-numom/

Published by
Emy H