Seharian menguruskan kerja rumah, menyiapkan makanan, memasak dan mengemas sememangnya memenatkan. Ditambah pula dengan karenah anak-anak yang menambahkan kepenatan. Namun itu semua tidak menjadi rungutan buat ibu kerana merasakan ianya satu tanggungjawab. Tapi suami jangan pula lepas tangan, kenalah ringan tangan tolong isteri. Tak gitu?
Perkongsian suami, Khairul Abdullah ini papa kena baca. Banyak benarnya dalam kata-katanya. Terlalu banyak pengorbanan seorang isteri yang papa suami tak nampak atau tak ambil kisah. Kena baca ni!
Tahukah kita yang rutin menjaga anak, memasak, mengemas, mencuci dan banyak lagi tu adalah sangat-sangat menekan (stress) dan memenatkan? Cubalah kalau berani.
Tahukah kita yang para isteri sangat mengharapkan pertolongan bagi melaksanakan kerja-kerja rumah atau menjaga anak-anak walaupun cuma sekali seminggu?
Tahukah kita yang para isteri sebolehnya walaupun sekali, mereka nak si suami rasa bagaimana rutin 24 jam mereka dari subuh sehinggalah ke tengah malam. Penat ya amat.
Tahukah kita yang para isteri selalu mendambakan “me time” mereka? Sebolehnya mereka ingin bangun pagi dan keluar bagi mendapatkan “me time” tersebut dan suamilah yang melakukan segalanya di rumah.
Tahukah kita yang ada lelaki yang seumur hidupnya tidak pernah mencuci pinggan di sinki walaupun pinggan sendiri. Hanya tinggalkan di atas meja laksana seorang raja dari kecil hingga ke tua bangka?
Ads
Tahukah kita yang ada para suami yang seumur hidupnya tidak pernah sekalipun menukar lampin anaknya, bukan anak orang lain, dan bukan juga anak patung. Tetapi anak dari benihnya sendiri. Apatah lagi untuk melihat dan menyentuh najis. Mulia sangat gamaknya.
Tahukah kita yang ada para suami yang tidak pernah kenal mop ataupun penyapu? Katanya itu hanya kerja orang perempuan. Ibunya, adiknya atau isterinya dan juga pembantu rumahnya sahaja.
Tahukah kita yang ada para isteri rasa diperhambakan? Suami asyik keluar malam pergi teh tarik bersama kawan, isteri di rumah kelaparan sebab tak sempat makan.
Tahukah yang kita sering berkata Allah menjanjikan syurga buat isteri yang taat di dalam menguruskan rumahtangga. Habis rumah tangga sekarang ini neraka? Hanya isteri yang merasa siksanya dan kita bersenang dan bermewah sahaja?
Tahukah kita yang Rasulullah SAW (selawat) juga membantu isteri baginda di dalam hal rumahtangga? Baginda mengasihi dan membantu meringankan apa yang dibebani.
Ads
Tahukah kita yang sebenarnya isteri kita memendam rasa? Ada hati terluka apabila nampak kita bermalas-malasan menonton tv sedangkan dia bersusah payah melakukan segalanya?
Tahukah kita yang adalah tidak berdosa sama sekali jika kita membantu meringankan beban isteri di rumah? Tidak, tidak berdosa yer tuan-tuan sekalian.
Pastinya Allah mengasihi insan-insan yang memudahkan pekerjaan dan urusan insan-insan yang lain apatah lagi isteri sendiri.
Menjadi suri rumah terutamanya yang sepenuh masa, apatah lagi yang punyai anak ramai adalah sangat memenatkan. Anda tidak boleh bayangkannya selagi mana anda sendiri tidak merasainya.
Ads
Sudah-sudahlah menjadi suami tipikal yang berlagak seperti raja. Balik kerja penatnya mengalahkan orang kerja angkut batu bata. Kalau kita penat, isteri di rumah 100 kali ganda penatnya. Kalau kita stress isteri di rumah 100 kali ganda lagi stressnya.
Saling bantu membantulah. Tak hilang macho suami jika tolong basuh berak dan tukar lampin anak atau tolong vakum dan mop atau juga tolong sidaikan baju.
Pesanan buat kaum ibu, hentikanlah mendidik anak-anak lelaki anda untuk menjadi seorang tuan dan raja. Dah besar panjang pinggan sendiri pun tak angkat ke sinki sebab mak tak bagi. Esok bila dah kahwin maka di pulak buat kat bini.
Pesanan buat para suami pula, ingat, kalau kau ada anak perempuan esok-esok dia pulak kena buli dengan laki macam kau buli bini kau sekarang.
Satu lagi, weekend nanti cuba kau izinkan isteri keluar berjoli. Kau cuba jaga anak-anak, mengemas rumah, buat laundry serta masak sendiri.
Baru kau rasa. Barulah kau tahu menghargai.
Kredit: Khairi Abdullah
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pelik juga kenapa anak asyik terkena demam dan dijangkiti selesema. Kadang-kadang tu, ambil masa nak baik. Kasihan tengok anak, hidung tersumbat dan badan pula panas. Mereka jadi tak selesa dan kerap meragam. Sudahnya, dengan kita sekali tak cukup rehat sebab nak pantau keadaan anak.
Menurut penulisan Dr. Ahmad Luqman Bukhari, masalah jangkitan pada salur pernafasan dan telinga ni biasa berlaku pada bayi dan kanak kanak yang selalu terdedah pada penghawa dingin. Sebab itulah anak mudah sangat kena selesema dan demam.
Biarpun penulisan Dr. Luqman dibuat dua tahun lepas, tetapi info ini masih boleh diguna pakai sehingga hari ini.
Ikuti penjelasan lanjut darinya;
Terkejut besar masa dapat tahu dari kawan saya yang ada pesakit cilik baru berusia setahun tapi kerap sangat demam, selsema dan berhingus.
Paling mengejutkan rupa-rupanya bila diperiksa, jangkitan tu melarat sampaikan gegendang telinga budak tu dah pecah dan boleh nampak nanah kuning mengalir keluar!
Kawan saya tu bertugas sebagai doktor dekat bahagian Telinga, Hidung dan Tekak (ENT). Katanya selalu jugaklah dia jumpa kes begini sebenarnya.
Masalah jangkitan pada salur pernafasan dan telinga ni biasa berlaku pada bayi dan kanak kanak yang selalu terdedah pada penghawa dingin. Pasang aircond terlalu sejuk pun boleh jadi punca batuk selsema tapi yang lebih membahayakan bila aircond tu jarang diselenggara.
Kita duk ingatkan udara sejuk tu bersih dah ditapis, padahal aircond tu sebenarnya penuh dengan habuk dan hama. Habis berterbangan dalam rumah kemudian masuk dan melekat dekat saluran pernafasan anak-anak.
Itu yang budak budak senang sangat jatuh sakit walaupun sekarang ni asyik berkurung dalam rumah. Kita pun tak senang duduk bila lihat dia orang tak aktif, terbaring je nampak tak bermaya.
Kawan saya tu pesan bila guna penghawa dingin tu berpada-padalah. Mesti servis ikut waktu yang sepatutnya. Usah pandang remeh benda ni sebab ia boleh beri kesan besar pada kesihatan bayi dan kanak kanak kat rumah kita.
Tolong sampaikan pesanan ni pada mak ayah yang lain jugak ya. Mudah mudahan keluarga kita semua sihat belaka dan jauh dari penyakit.
Semoga perkongsian dari doktor ini sedikit-sebanyak dapat memberi sedikit pengetahuan kepada kita semua tentang kesihatan anak serta penggunaan aircond. Benar, kita mahukan keselesaan buat mereka tetapi jangn sampai menjejaskan kesihatan anak.
Jom, meriahkan Pa&Ma Gala 2022 Reunion X TYT dan anda berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik! Sharing istimewa dari Dayah Bakar & Tasha Manshahar tentang cara penjagaan anak serta demo urutan istimewa dari Aunty June (TYT).
Mulianya hati Datin Rebecca Nur Al-Islam apabila mengambil anak angkat perempuan yang dilahirkan 8 Disember lalu.
Bayi perempuan yang diberi nama Nur Aurora Riana Norazam penyeri baru dalam hidup ahli keluarganya selepas kelahiran, Nor Ahmet Al-Reaggan, yang dilahirkan 18 Julai lalu.
Menerusi instagramnya, keterujaan memiliki Nur Aurora adalah pemberian yang sangat berharga dari Allah SWT.
Saya perkenalkan pada dunia, inilah anak perempuan saya Nur Aurora Riana Nor Azam
Ahmet dah dapat adik baru. Ahmet dan Aurora kembar (tahun yang sama lahir)
Rebecca juga menjelaskan, mempunyai anak yang ramai adalah satu rezeki yang Allah nak bagi. Mummy akan jaga Aurora sama seperti abang dan kakak yang lain.
Rebecca juga berkongsi, Aurora seolah-olah tak sabar nak jumpa mummy kerana tarikh sepatutnya dia lahir adalah Januari 2019 dan proses kelahirannya juga sangat mudah kerana lahir di rumah.
“Semuanya kuasa Allah dan Dia lebih mengetahui segalanya. Mummy juga sangat lega apabila doktor mengesahkan Aurora sangat sihat dan kuat,” jelasnya.
Kini Rebecca dah memiliki 8 orang anak dengan perkahwinannya bersama suaminya Dato’ Norazam lima orang, manakala dua anak dengan hasil perkahwinan suaminya terdahulu serta Aurora yang terbaru.
Benarlah kata orang, anak ramai bukan sahaja rumah makin meriah, tetapi rezeki pun sentiasa murah.
Sumber: ig rebeccanuralislamahmad
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Apa yang menyebabkan “Karies Gigi Botol Susu” atau lebih dikenali dengan Early Childhood Caries?
Menurut Doktor Digi, Dr Azila Mohd Kassim, sebab utama ialah kerana gula yang terkandung dalam makanan ringan seperti coklat, lollipop malah susu formula boleh terhakis di gigi anak anda.
Jika anak anda mempunyai kebiasaan tidur atau berjalan-jalan dengan botol susu ia boleh menyebabkan gula sering disimpan di mulut anak anda.
Proses risikonya seperti berikut:
⚡Gula yang senang dijajah oleh bakteria-bakteria
⚡Bakteria boleh menghasilkan Asid
⚡Asid boleh menyumbang kepada kerosakan gigi
Ingat ya anak anda memerlukan gigi susu yang sihat untuk mengunyah makanan dan bercakap. Jadi bukan orang dewasa sahaja kena check gigi, anak-anak kecil pun kena periksa gigi juga.
Tak comel takpa janji gigi tak hitam🤗
CEGAH KARIES GIGI SUSU
1. Mulakan memberus gigi anak anda apabila gigi pertama sudah tumbuh.
2. Gunakan ubat gigi berflorida
• Secalit nipis umur kurang 2 tahun
• Sebesar saiz kacang ‘pea’ 2-5 tahun,
• 2 minit x 2 kali sehari
3. Jangan biarkan anak anda tidur sambil menghisap botol susu.
4. Jangan kongsi sudu/garpu atau merasa makanan sebelum menyuap kepada anak anda.
5. Elakkan gula ke dalam botol susu.
6. Pantau tahap pengambilan gula dan kekerapan pengambilan makanan ringan.
7. Tidak terlalu awal untuk membawa anak anda untuk menjalankan pemeriksaan gigi.
8. Pastikan pemeriksaan gigi dilakukan sebelum kanak – kanak berumur satu tahun.
9. Jika anak anda mengalami sakit gigi atau bengkak sila dapatkan rawatan segera.