Apabila hidup berumah tangga, apa yang berlaku pada pasangan, masing-masing kena ambil tahu. Ibaratnya orang kata susah dan senang mesti bersama. Tiada lagi istilah ‘aku kau’ yang boleh menyebabkan salah seorangnya akan makan hati.
Begitu juga bila isteri yang bertanya salah ke buka HP suami?
Seperti yang dikongsikan oleh saudara Muhammad Hassan, dia mempunyai pendapat tersendiri sebagai seorang suami.
Secara peribadi ia tidak salah. Kita suami isteri ini tiada apa nak berahsia. Mungkin ada yang berkata. Alah lantak dialah, takda masa nak tengok HP suami lah.
Namun sebagai suami isteri jika dalam HP itu ada perkara yang tidak elok, berwhatsapp bukan-bukan. Itulah tanggungjawab kita untuk menegur dan mencegah.
Jika terlalu banyak berahsia, sampai masanya nanti ia akan jadi ‘barah’ dalam rumah tangga.
Terlalu menjaga privacy sehinggakan rahsia kita itu orang luar lebih tahu dari pasangan kita.
Kita suami isteri ini saling melengkapi, cubit peha kanan, peha kiri terasa sakit. Tiada apa yang nak berahsia. Melainkan ia suatu keaiban lampau. Itu tidak perlulah diceritakan.
Terlalu banyak berahsia juga akan menjejaskan komunikasi suami isteri. Buatkan pasangan rasa kurang dipercayai.
Jadi ada eloknya juga jika isteri semak apa yang ada dalam HP suami. Tahu password HP suami. Tidaklah nanti jika suami mati sampai ke sudah tak boleh nak buka HP. Masalah juga kan.
Namun, terpulang hak masing masing. Benda kecil selesai baik baik. Kita mahu suami isteri paling bahagia hingga ke syurga.
Baik untuk saya, mungkin tidak untuk kakak abang.
Sumber: Muhammad Hassan @ EncikMatt
#LelakiBurQa
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)