Tak perlu berkira dengan anak dan isteri, malah berkat kita mendahulukan keluarga, anak dan isteri pasti ada ganjarannya kelak. Rezeki makin bertambah-tambah.
Perkongsian Siti Suryani Yaakop ini bukti kecukupan seorang suami dalam kehidupannya malah mampu hidup selesa bila mana sentiasa menjadikan anak dan isteri serta keluarga orang paling utama dalam hidup.
Di tempat kerja saya ni ada seorang ‘abang’. Abang tak abang juga pasal lagi berapa tahun nak pencen dah dia.
Abang ni seorang je yang bekerja. Isteri dia suri rumah. Ada anak 4 orang. Dari dulu sampai sekarang memang dia seorang saja yang bekerja cari rezeki untuk keluarga.
Kadang saya teruja nak belajar dari orang-orang macam ni. Macam mana dengan bekerja seorang diri dapat tanggung keluarga. Dan cukup semua. Siap ada 2 biji rumah pula lagi. Kisah begini lebih dekat dengan realiti. Kisah kebanyakan kita sehari-hari.
Saya perhatikan abang ni. Isteri dan keluarganya adalah paling atas buat dia lebih dari semuanya.
Di ofis ni dia makan biasa-biasa. Kadang beli nasi dengan kuah kari saja. Ada masa nak sedap sikit letak ayam satu. Banyak masa dia makan apa yang ada. Janji perut kenyang dia kata.
Tapi setiap hari Isnin dia akan bercerita. Semalam makan udang celup tepung di Kuala Selangor. Ada masa pagi-pagi datang kerja dia bagitahu ada kedai Western yang sedap. Semalam dia ke sana dengan anak isteri. Sebab isteri ajak pergi.
Rupanya dia tak makan sedap di ofis sebab dia nak makan sedap dengan keluarga dia. Untuk dia takpa lah yang biasa-biasa. Supaya dia boleh bagi untuk keluarga yang extravaganza.
Kalau buat makan-makan di luar yang tak mampu dia bawa semua, dia rela tak pergi. Dia kata tak sampai hati nak makan sedap tanpa ada anak isteri. Lepak-lepak lepas kerja tu memang takda. Nak balik cepat. Nak tengok di rumah ada apa kena buat.
Kalau isteri sakit dia cuti. Biar demam biasa pun. Katanya macam mana nak tinggal. Nanti siapa yang nak masak. Takkan isteri yang sakit tu pula nak masak. Takkan dibiar dia seorang nak urus anak.
Saya ceritakan kisah ini supaya kita perhati. Dalam saat ramai berkisahkan suami kena sediakan emas. Suami kena sediakan duit sebanyaknya. Suami kena bagi harta benda. Di tiktok dan media sosial merata-rata orang tunjuk hadiah dan mewah yang suami bagi pada isteri. Lalu kadang mengusik kentalnya hati kita yang rasa sudah cukup serba serbi.
Kadang suami kita usaha bekerja bagi rezeki buat semua. Buat kita. Dan ada juga keluarga dia. Kadang dah buat berbagai cara. Tapi rezeki dia cukup seperti itu sahaja. Secukup rasa. Tak mewah tapi ada semua.
Tapi dia ada banyak nilai baik. Yang kecil-kecil. Yang kadang masa dia tiada baru kita terasa betapa besarnya nilai kecil yang dia buat pada kita. Benda yang kadang tak nampak. Sebab dia bukan bentuk material.
Dan dia atas semuanya. Yang mencari rezeki adalah kita. Tapi yang memberi kecukupan adalah Dia. Yang beri bahagia itu bukanlah pada banyaknya. Tapi yang beri bahagia itu adalah pada berkatnya. Berkat pada dua-dua hati yang saling berusaha bahagia membahagia.
Menarik: Satu Bilik Dia Tawaf, Demam Pun Aktif, Anak Kedua Dato’ Siti Nurhaliza Dah Pandai Berjalan
Ketahui fungsi caresat di E-Workshop Sayangi Nyawa Anak Dalam Kereta, Let’s Buckle Up! Daftar secara PERCUMA di https://toko.ideaktiv.com/product/sayang-nyawa-anak-dalam-kereta/
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!