Sekali lagi hati Datin Eina Azman tersentuh apabila melihat kesakitan yang ditanggung oleh seorang bayi yang mempunyai masalah ekzema kronik.
Terbaru dalam instagramnya, Eina Azman tampil lagi sekali membantu seorang bayi perempuan berusia 5 bulan untuk berjumpa pakar kulit bagi merawat ekzema di muka dan beberapa bahagian badan yang turut mengalami masalah itu sejak usianya 2 bulan.
“Keadaan baby Afiya kulit dia dah mengelupas dan pedih-pedih berdarah. Jadi alhamdullilah today all the way from Kluang, Johor family Kak Yani datang bawa baby Afiya…
“…untuk mencuba rawatan di klinik pakar yang Eina sering bawa budak-budak yang ada sakit kulit. Hopefully kulit baby Afiya akan cepat sembuh,” tulisnya.
Eina turut berharap rawatan ini boleh membantu mengurangkan kesakitan baby Afiya dan boleh membesar dengan baik seperti kanak-kanak lain yang seusianya.
“Mungkin sebelum ini dia hanya merengek sebab tak selesa, gatal dan pedih. Harapnya selepas ini masalah itu tak menganggunya lagi,” katanya.
Eina juga turut berkongsi sekiranya ada sesiapa yang ingin membantu Afiya boleh beri sumbangan ke akaun BSN ibunya, 0310529000248278 BSN (NURUL ELYANI).
Tahun lalu Eina juga turut membantu beberapa bayi dan kanak-kanak yang menderita masalah sama untuk mendapat rawatan pakar.
ARTIKEL BERKAITAN [Doktor Sarankan Buat Ujian Darah Untuk Tahu Masaah Alahan Punca Anak Ekzema Sebelum Rawatan Diberi]
Antaranya derita dua beradik menghidap penyakit kulit (ekzema) iaitu Mohamad dan kakaknya, Lela Safiya selain adik Thaqif Arjuna yang menetap di Pulau Pinang sebelum mendapatkan rawatan di Kuala Lumpur.
Bantuan yang dihulurkan Eina atas dasar nalurinya sebagai seorang ibu. Sebagai ibu tengok anak sakit sikit pun kita susah hati apatah lagi jika hari-hari dengar anak merengek dan menangis tak selesa.
Sumber: IG eina azman