Fobia sangat bila anak demam suhu tinggi. Suhu naik mencanak walau pun masa untuk makan ubat masih lama. Ikuti panduan doktor ini.
Mariam selalu fobia sekiranya anaknya Mia berusia empat tahun demam. Dia tidak tahu cara tepat menghadapi keadaan anak demam terutamanya apabila suhu naik mencanak sedangkan anak sudah dijerlum kepala dengan air dan ditanggalkan pakaian. Paling cemas ialah apabila ubat yang sepatutnya diambil satu jam lagi tapi suhu badannya sudah naik ke 38° hingga 40° Celcius.
Apabila dibawa ke klinik, ujian darah dilakukan dan anak kecil ini disyaki diserang denggi kerana kandungan platelet dalam darahnya menurun. Setelah empat hari ujian diulang dan platelet semakin meningkat dan doktor yang merawat ia bukan demam denggi. persoalannya apakah jenis demam yang dialami Mia sebelum itu, adakah ia jangkitan kuman atau influenza?
DEMAM SUHU TINGGGI TANDA JANGKITAN KUMAN
Menurut Dr Rosni Jamalludin, Pakar Pediatrik KPJ Klang Specialist Hospital, demam bersuhu tinggi merupakan salah satu daripada gejala-gejala jangkitan virus. Terdapat banyak jenis virus yang boleh menjangkiti anak-anak seperti denggi, influenza, enterovirus (penyakit tangan, kaki dan mulut atau Hand Foot Mouth Disease–HMFD), rotavirus (cirit birit) dan bermacam-macam lagi. Semua virus tersebut boleh menyebabkan demam bersuhu tinggi dan beberapa lagi gejala lain yang lebih spesifik untuk setiap jangkitan.
#1 Sekiranya si kecil menghidap demam denggi, dia mungkin akan mengadu sakit kepala, sakit sendi dan tulang, sakit perut, muntah dan cirit birit, atau ruam.
#2 Anak yang menghidap jangkitan influenza pula akan mengalami selesema dan batuk.
#3 Sekiranya anak menunjukkan tumbuhnya bintat kecil di tangan, kaki, punggung serta ulser di dalam mulut dia mungkin menghidap HMFD.
#4 Manakala anak yang menghidap jangkitan rotavirus akan mengalami muntah dan cirit-birit.
JANGAN LUPA PANTAU
Apabila anak demam, perkara yang paling utama adalah;
Sekiranya semua tersebut sudah dilakukan dan suhu badan anak puan masih tinggi secara berterusan, berjumpalah dengan doktor untuk mendapatkan pemeriksaan lanjut. Doktor boleh memberikan ubat tambahan untuk mengawal suhu badan anak anda berdasarkan diagnosis dan keadaan anak anda. Sekiranya anak anda dikhuatiri mengalami jangkitan yang serius seperti denggi, doktor akan mengesyorkan pemeriksaan darah. Sekiranya perlu doktor, akan mengesyorkan pemantauan di wad/hospital.
PUNCA KEKELIRUAN UJIAN DARAH
Beberapa ujian boleh membantu doktor untuk mengenal pasti jenis jangkitan. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa kesamaan pada bacaan ujian darah dalam jangkitan virus yang berbeza seperti tahap sel darah putih (white blood cells) dan platelet yang rendah atau menurun. Ujian spesifik untuk mengesan denggi biasanya hanya perlu dilakukan sekiranya kanak-kanak demam bersuhu tinggi secara berterusan selama melebihi tiga atau empat hari.
Ini kerana keputusan ujian mungkin negatif jika dilakukan terlalu awal walaupun sebenarnya pesakit sudah dijangkiti. Begitu juga seperti influenza yang sampel hingus pada awal-awalnya mungkin negatif tetapi jika diulang setelah beberapa hari barulah memberikan keputusan yang positif. Sampel najis pula diperlukan untuk mengenal pasti jenis kuman dalam anak-anak yang mengalami cirit birit.