“Tak Sanggup Lihat Kesakitan..” DS Aliff Syukri Temui Adik Ainul Mardhiah Serah Sumbangan

Share

Tidak sanggup melihat kesakitan yang ditanggung adik Ainul Mardhiah, Dato’ Sri Aliff Syukri melawat anak istimewa ini untuk menyerahkan cek sumbangan.

Adik Ainul Mardhiah yang berusia 8 bulan diuji dengan barah dan kini terpaksa menahan kesakitan ketumbuhan pada bahagian lidah yang membesar. Aliff Syukri yang melawat sendiri bayi ini menyerahkan sumbangan kepada bapa Ainul.

Aliff Syukri melalui post Instagram berkongsi video yang dirakam ketika lawatan berharap sumbangan yang diberikan dapat meringankan beban si kecil ini. Dia juga turut meminta para follower beliau mengaminkan doanya agar si kecil ini dapat bernafas dan makan seperti bayi yang lain.

Bapa kepada lima anak ini juga mengakui terlalu sedih melihat Ainul Mardhiah & tidak sanggup melihat kesakitan yang ditanggung tubuh kecil itu.

Sumber: aliffsyukriterlajaklaris

Artikel berkaitan:|“Saya Nak Jumpa Adik Ni…,”Tersentuh Lihat Bayi Derita Kanser, Aliff Syukri Nak Bantu Ainul|

|Cuba Dapat Rawatan Pakar Kanser UK, Bapa Harap Ainul Mardhiah Kuat Dan Berpeluang Sembuh|

Published by
Azma ML