Debaran makin terasa buat penyanyi bersuara lantang, Ernie Zakri yang kini menanti detik melahirkan bayi sulungnya.
Dalam pada ‘menunggu hari’ Ernie dan suaminya, Syamel turut mengadakan majlis bacaan doa selamat agar kelahiran bayi pertama mereka dipermudahkan kelak.
Namun bukan hanya majlis doa selamat, rupanya Syamel turut membuat kejutan buat Ernie dengan mengadakan baby shower untuk isteri tersayang.
“Syukur Alhamdulillah. Berkesempatan untuk buat Doa Selamat for anak solehah.
“Tak sangka ada sekali Baby Shower untuk kita,” tulisnya ringkas di Instagram.
Menerusi Instagramnya, Ernie dan Syamel turut memuat naik video dan beberapa keping gambar ketika majlis kejutan itu berlangsung.
Ads
Terharu dengan kejutan suami, Ernie dilihat mengalirkan airmatanya. Malah melihat Ernie sebak, Syamel turut sama mengalirkan airmata.
Menurut kata Ernie, dia sendiri tidak menyangka kejutan yang dibuat suaminya malah mengharapkan doa dari semua agar kelahiran bayi perempuan mereka itu dipermudahkan Allah SWT.
“Terima kasih shurami surprise kan kita, rasa macam birthday pula. Sweet sangat la pula BangMel ni. Alhamdulillah, doakan semoga selamat segalanya. Aamin,” tulisnya lagi.
Ads
Doa suami pastinya mengiringi isteri tersayang. Syamel turut membingkiskan doa buat Ernie agar kelahiran dipermudahkan.
“Semoga doa yang baik-baik mengiringi dirimu selamanya bumil ku ❤️.
“Berkesempatan buat surprise baby shower dan doa selamat, panjang ceritanya. Nanti Bangmel post video ya,” tulisnya.
Tak sabar tunggu baby lahir, nak persiapkan mental dan fizikal sebelum si manja lahir nanti. Mahu belajar segalanya tentang ilmu persediaan urus bayi selepas lahir? Jom sertai E-Workshop Pa&Ma: Misi Mama Sambut Baby! Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/pama-e-workshop-misi-mama-cantik-sihat/
Kalau musim buah-buahan, ramai yang tahu makan je tapi nama buah apa pun tak tahu. Kali ini kita cabar adik-adik BK, agaknya diorang tahu tak nama-nama buah yang ada dalam dunia.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kanak-kanak berusia 22 bulan yang mengalami pendarahan dalaman pada otak selepas terjatuh dari bangunan tinjau di Taman Rekreasi Wetland Setia Alam kini ditidurkan.
Menurut laporan Astro Awani, Ibu saudaranya kanak-kanak tersebut memaklumkan, Zaid Harith ditidurkan sepenuhnya untuk mengelak bahagian sensitif itu mengalami kecederaan lebih serius.
“Zaid ditidurkan sepenuhnya untuk elak ‘second brain injury’. (Masa jatuh semalam ‘first brain injury’. ‘Second brain injury’ adalah apa-apa injury selepas jatuh, yang disebabkan oleh faktor lain).
“Kepala belah kiri bengkak sebab ada pendarahan bawah ‘scalp’, tengkorak sebelah kiri retak, namun pendarahan di otak sangat kecil, tak significant, mungkin tak perlu operation.
“Bahagian anggota badan, organ lain semua ok tak ada apa-apa, Alhamdulillah. Cuma doktor kata Zaid kurang stabil. Tekanan darah agak rendah,” kongsi Huda menerusi perbualan bersama ibu mangsa juga merupakan adik iparnya di laman Twitter miliknya pada Isnin.
Dalam kejadian pada pagi Ahad itu, mangsa dipercayai terjatuh dari aras dua bangunan tinjau di Taman Rekreasi Wetland Setia Alam akibat lantai kayu patah.
Mengulas lanjut, Huda yang mewakili keluarga adiknya itu turut memohon semua mendoakan agar Zaid tidak perlu menjalani pembedahan dan dijauhkan daripada sebarang komplikasi, jangkitan atau apa-apa risiko dari ubat, darah atau sebarang prosedur dilakukan.
“Jazakumullahu khayran semua atas doa, bantuan dan sumbangan dalam pelbagai bentuk. Kami sangat-sangat menghargainya dan sangat perlukan doa dari semua,” katanya.
Pada Ahad, pihak Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) turut menzahirkan rasa simpati terhadap insiden yang menimpa kanak-kanak terbabit.
MBSA dalam kenyataannya memaklumkan telah membuat semakan segera dan mendapati bangunan tinjau Taman Rekreasi Wetland Setia Alam adalah di bawah pengurusan pemaju Bandar Setia Alam.
“Pihak MBSA akan membantu memanjangkan isu ini kepada pihak pemaju untuk tindakan lanjut bagi mengelakkan insiden yang tidak diingini berlaku.
“Selain itu, pihak MBSA juga akan memaklumkan kepada pihak pemaju untuk membuat penyelenggaraan dan pemantauan secara berkala bagi taman-taman awam yang masih belum diserahkan kepada MBSA,” kata kenyataan itu.
Apa Perlu Buat Kalau Anak Terjatuh Atau Terhentak Kepala? Terdapat 8 situasi kesan daripada terjatuh yang menyebabkan hentakan kepala yang dikongsikan oleh Dr Kamarul.
1. Lebam
Ini tanda kecederaan tisu badan seperti otot, tendon, lemak, kulit dan kapilari (salur darah halus). Jika keadaan lebam sangat keras, besar, dan berwarna sangat gelap, bawa jumpa doktor. Khuatir berlaku hematoma iaitu pendarahan di bawah kulit.
2. Luka
Jika ternampak darah, periksa saiz luka. Jika lebih lebar dari lebar satu jari, perlu bawa jumpa doktor. Sementara itu, cuci sekali dengan air bersih, kemudian tekap. Tak usah cuci berulang kali. Darah hanya akan berhenti bila kita tekap luka
3. Retak
Jika ada nampak keadaan ganjil pada bentuk kepala anak, cuba raba kepalanya. Khuatir ada keretakan pada tengkorak. Hanya keretakan sehingga tulang tengkorak terbenam atau terangkat dapat dirasa. Jika tak pasti, bawa jumpa doktor.
4. Menangis Tidak Henti (Inconsolable Cry)
Jika anak kecil (berumur kurang 3 tahun) menangis tanpa boleh dipujuk, kemungkinan anak mengalami sakit kepala. Sakit kepala berpanjangan mungkin akibat kecederaan otak. Bawa jumpa doktor.
5. Pandangan Kabur
Bahagian otak yang memproses penglihatan terletak pada bahagian belakang kepala. Jika terhantuk di bahagian belakang kepala dan selepas itu pandangan jadi kabur, mungkin ada kecederaan otak. Bawa jumpa doktor dengan segera.
6. Pengsan
Selepas terhantu dan anak tidak sedarkan diri, mungkin berlaku kecederaaan otak. Kecederaan otak yang boleh berlaku adalah: gegaran (Concussion), lebam (Contusion), atau pendarahan. Bawa jumpa doktor.
7. Muntah
Kadang-kadang lepas terhantuk, anak akan muntah. Tetapi jika anak muntah berterusan, ia mungkin tanda ada kecederaan otak. Muntah-muntah ini boleh disebabkan kerana tekanan dalam otat meningkat. Bawa jumpa doktor.
8. Sawan
Ini juga salah satu tanda berlakunya kecederaan otak. Simptom sawan adalah, anak mata naik ke atas, mulut berbuih, bibir biru, kejang leher serta tangan dan kaki, terkencing, terberak, dan lain-lain. Jika berlaku salah satu simptom ini, jumpa doktor.
Apa Perlu Buat Jika Anak Terjatuh Atau Terhantuk Kepala?
Sebahagian simptom atau keadaan yang disebutkan diatas kadang-kadang tidak terjadi serta merta selepas terjatuh atau terhantu kepala, mungkin berlaku lewat sedikit. Mungkin seharian. Jadi ibubapa perlu pantau anak-anak dalam masa 24 hingga 48 jam selepas kejadian
Jika tiada tanda-tanda yang membimbangkan, boleh beri Paracetamol dan letakkan tuaman ais pada kawasan yang terhantuk untuk mengurangkan sakit dan mengelakkan bengkak yang besar. Boleh tuam selama 5-10 minit dan diulang 3 kali sehari.
_
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
“MasyaAllah” itulah kata-kata spontan apabila melihat kecomelan anak sulung Uyaina Arshad iaitu Raja Urhan bin Raja Syahiran selepas hari ke-49 kelahiranya.
Uyaina yang juga pengacara dan juga pelakon akhrinya berkongsi wajah cahaya matanya itu menerusi perkongsian di laman Instagram.
Memilih pakaian Melayu tradisional sebagai busanan pilihan mereka sekeluarga yang berwarna hitam keemasan, Raja Syahiran turut mengenakan tanjak sebagai aksesori melengkapkan lagi pakaian tradisional. Tanjak bewarna keemasan turut dipakaikan kepada bayi mereka untuk sesi bergambar keluarga.
“Akhirnya sempurna.. Raja Urhan bin Raja Syahiran.. Our first born. Our pride.”
Uyaina turut menitipkan doa buat cahaya mata sulungnya itu agar sentiasa dalam lindungan-Nya.
“May you be clothed with His blessings, always, dear son..”
“Mama Baba love you so much!”
Rata-rata warga maya teruja melihat kecomelan bayi sulung Uyaina dan Raja Syahiran.
Sudahkah anda berdua membuat pilihan nama untuk si kecil dalam kandungan? Nama apa agaknya yang menjadi pilihan? Adakah ia nama moden, klasik, ciptaan sendiri atau diambil daripada perkataan-perkataan indah dalam bahasa tertentu?
Pemberian nama kepada anak seharusnya mempunyai makna yang baik. Hal ini kerana nama itu bakal ‘digalas’ oleh si kecil. Malah ada juga yang mengatakan nama pilihan itu adalah ‘doa’ kepada si pemiliknya.
Walau apa pun nama pilihan anda, pastikan ia yang terbaik buat si kecil yang bakal dilahirkan dalam masa terdekat ini. Untuk membantu anda mendapatkan pilihan nama yang terbaik, jom baca aspek-aspek yang perlu dititikberatkan ini.
1. Nama trending
Ramai ibu bapa teruja untuk memberikan nama bakal anaknya dengan nama yang sedang trending pada masa kehamilannya itu.
Dah namanya popular, jadi ia bukanlah sesuatu yang menyenangkan apabila akan ada ramai kanak-kanak yang mempunyai nama yang sama.
Apabila anak anda ini berada di alam persekolahan nanti, akan timbul kesulitan kepada pihak sekolah dan gurunya apabila terpaksa memanggil nama penuh (termasuk nama bapa) kerana mungkin ada lebih daripada satu orang memiliki nama itu.
2. Maksud dalam pelbagai bahasa
Selalunya orang Melayu meletakkan nama yang diambil daripada bahasa Arab. Ada juga yang di ambil daripada bahasa lain.
Jika mahu mengambil nama daripada bahasa Arab, tanyakan pendapat daripada orang yang mahir berbahasa Arab terlebih dahulu. Langkah ini perlu dilakukan bagi memastikan maksud nama itu adalah yang baik dan bukan sebaliknya.
Dalam masa yang sama, anda boleh gunakan carian di Internet untuk mengetahui maksud nama pilihan dalam pelbagai bahasa lain. Manalah tahu maksid nama itu dalam bahasa Arab indah tetapi sebaliknya pula dalam bahasa lain.
3. Ejaan dan sebutan
Jika boleh, pastikan ejaan nama pilihan adalah sama dengan cara anda menyebutnya. Ia memudahkan anda dan diri anak itu sendiri juga kelak.
Tidak perlulah anda menggunakan ejaan yang berbetit-belit untuk disebut mahupun dieja dan ditulis. Bukankah nanti menyusahkan anda sendiri mahupun orang lain. Paling penting ingat tentang anak yang bakal ‘membawa’ nama itu seumur hidupnya.
Bayangkan kesusahan yang bakal dilaluinya apabila perlu behadapan dengan situasi menulis borang atau ketika menulis butiran diri di kertas peperiksaan.
4. Nama panggilan
Hindari diri daripada memilih nama yang mempunyai suku kata yang pelik sehingga boleh menyebabkan ia menjadi bahan ejekan kawan-kawan anak anda. Pasti ia boleh mengganggu tahap keyakinan diri anda. Kasihan dia.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Cuti sekolah ini pasti ada yang mengambil kesempatan nak khatankan anak. Memang tak dinafikan kaedah sekarang buatkan luka pada tempat khatan sembuh dengan cepat, tapi untuk ibu yang pertama kali nak jaga anak berkhatan, tentu ada gusarnya.