Masalah jaundis atau kuning adalah keadaan yang biasa dialami bayi selepas beberapa hari dilahirkan. Biasanya keadaan ini berlaku sekitar dua atau tiga hari dilahirkan. Apabila bayi jaundis, kulit atau mata putih akan menjadi kekuningan.
Mengikut fakta perubatan, keadaan ini berlaku disebabkan peningkatan kadar bilirubin dalam darah bayi yang baru dilahirkan. Walaupun ia adalah masalah biasa, ibu bapa mesti sentiasa peka dan perlu mengikut arahan doktor atau jururawat untuk mengambil bacaan darah bayi secara berkala.
Sekiranya tiada masalah, jaundis akan turun dalam masa seminggu atau dua minggu dilahirkan, jika selepas itu masih ada lagi, ia dalam kategori prolong jaundis. Cuma jika masih berterusan masalah kuning, pemeriksaan lanjut harus dilakukan.
Ikuti perkongsian Puan Leeya Yaakub yang berkongsi kisah mengenai arwah anak sulungnya dan peringatan buat semua ibu bapa.
JANGAN PANDANG RINGAN TENTANG KUNING ANAK!!
Assalamualaikum semua.. Posting ni adalah peringatan untuk ibu-ibu semua!! Posting ini mungkin panjang sedikit jangan skip ya, baca sampai habis..
Video dibawah adalah video arwah anak saya meninggal akibat radang hati yang membawa kepada kanser hati, perginya anak syurga saya pada 20/10/2022 sewaktu dia berusia 1 tahun 8 bulan.
Selepas 4 hari kelahirannya arwah kuning dan bacaan kuning berpanjangan sehingga 2 minggu, bacaan kuning kembali normal 4.9 selepas hari ke 14.. (saya tidak pasti mengapa hari ke 14 bacaan jadi normal, mungkin ada sedikit kesilapan masa ambil darah tu)
Sepanjang hari-hari saya memang perasan mata arwah kuning tapi saya berfikir mungkin arwah mmg sejenis orang yang bermata kuning.
Dipendekkan cerita Sewaktu dia berusia 2 bulan, saya pos video dia di story fb, Ramai yang pm bgtau mata Anak kuning.
Tanpa berfikir panjang saya terus refer arwah ke klinik kesihatan, perkara pertama doktor tanya adalah najis dia, adalah najis dia normal atau pucat, saya bagitau doktor kata najis arwah memang pucat, masa tu doktor angguk dan doktor minta izin untuk ambil darah untuk melihat bacaan fugsi hati.
Selepas beberapa hari dapat keputusan bacaan hati arwah tidak normal dan perlu refer pakar Muar.
Ketika berjumpa pakar Muar, mereka terus refer ke pakar Johor Bahru untuk proses pembedahan ambil sample hati.
Dan keputusan dari sample hati sangat-sangat memilukan kami suami isteri.. Anak saya didapati mempunyai masalah hati (Singkatan penyakit hati PFIC TYPE 2) penyakit hati yang sangat jarang ditemui.
Arwah di refer ke pakar Kuala Lumpur.. hati ibu mana tak sebak bila doktor kata jangka hayat anak saya tidak lama. Rasa nak meraung di situ.
Arwah jalani kehidupan tidak seperti kanak-kanak lain, kerap sakit. 24jam hidup dia dengan saya, tak pernah berenggang pun, mungkin Allah nak bagi nikmat untuk saya bersamanya sebelum Allah ambil nyawanya. Saya rindu arwah.
Posting ini adalah peringatan untuk semua.. Tolong !!!! Tolong !!!! Tolong !!!! Titik berat tentang kuning anak, ini perkara serius. Kalau doktor minta anak untuk admit wad tolong akur.
Semoga semua anak-anak kita dalam lindungan dan dijauhi dari perkara-perkara yang tidak diingini Amiin.
Kredit: Leeya Yaakub
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI