Biasanya kalau ada mainan anak yang rosak, kita akan kutip semuanya dan terus dibuang. Sebabnya kita tak mahu terlalu banyak mainan yang dimpan dan akan buat rumah bersepah pula nanti. Jadi lebih baik lihat semula mainan yang ada, kalau rosak eloklah dibuang.
Artikel Menarik: [Dah Besar Dia Tak Peluk Cium Dah. Ayah Ni Kongsi Cara Buat Anak Rasa ‘Dekat’ Dengan Kita!]
Menurut Terapis Pertuturan, Zuraida Shahime, sekiranya ada mainan yang rosak jangan terus dibuang. Sebenarnya menggunakan mainan tersebut, ibu ayah boleh ajarkan sesuatu kepada anak-anak.
Artikel Menarik: [Susah Fokus & Dengar Arahan, Ibu Ini Kongsi Efek Tonton Kartun Jenis ‘Fast-Paced’!]
Katanya lagi, ibu ayah boleh ajarkan tentang kesan dan akibat. Sebagai contoh, jika anak tak menjaga mainan mereka dengan baik ia boleh tercabut dan patah. Paling bagus, dengan mainan rosak ni ibu ayah boleh ajarkan perkataan baru dalam situasi yang natural seperti “Alamak, tercabut.”
Tonton video ini;
@zuraida.shahime Mainan anak rosak? Eh jangan buang dulu! #TikTokGuru #LearnOnTikTok #JomBelajar #rizaloptometris #speechperak ♬ I LOVE YOU – Kevin Rater
Artikel Menarik: [Baby Sampai ‘Lembik’, Tak Nak Makan & Minum Susu. Doktor Jelaskan Mungkin Kencing Kotor]
Cara ini dapat mengajar anak tentang kehidupan pada masa akan datang dan tak semua perkara sempurna. Sekiranya mereka tak menjaga mainan, ia berkemungkinan rosak, hilang, tak boleh digunakan dan banyak lagi.
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)