Tidak dinafikan, ada sesetengah anak yang sukar dikejutkan dari tidur. ‘Liat’ sungguh, panggillah berapa kali pun masih tidur lagi. Bila berlaku di awal pagi dan perlu mengejar masa untuk ke sekolah dan sebagainya, kadang-kadang boleh buat kita jadi nak marah kan?
Kalau mama papa fikir nak mudah kejut dengan jeritan atau pergi dekat dan cubit anak, itu bukanlah adab yang betul. Bukan saja emosi anak tercalar, ia juga mempengaruhi kesegaran mereka untuk sepanjang hari.
ADAB BANGUNKAN ANAK DARI TIDUR
Cara atau adab membangunkan anak yang tidur, anak yang masih bayi, kanak-kanak , remaja atau dewasa:
1. Beri salam kepada anak yang sedang tidur
2. Sentuh hujung ibu jari kakinya dan goyangkannya perlahan -perlahan.
Ads
3. Panggil namanya dengan lembut dan teruskan menggoyang kakinya.
4. Kalau masih belum bangun, kuatkan sedikit suara dan goyang badannya.
5. Teruskan memanggil namanya dan panggillah sayang, manja atau anak.
6. Bangunkan sambil memujinya contoh: “Bangun sayang, anak umi yang baik, anak umi yang soleh, anak umi yang rajin.”
Ads
7. Setelah anak bangun, usap kepalanya sambil berucap dengan lembut agar ia mandi , solat subuh dan bersegera ke sekolah untuk menjadi anak yang bijak pandai.
8. InsyaALLAH , anak anda akan bangun dengan badan yang segar dan otak yang cerdas kerana dibangunkan dengan penuh kasih sayang.
Akhirnya, anda merancang untuk mendapatkan anak. Tahniah! Jangan risau! Anda akan menjadi ibu/bapa yang baik. Namun begitu, sebelum bermulanya perjalanan ini, tidak salah jika anda ingin mengajak teman hidup anda untuk mempersiapkan diri dari segi emosi, fizikal dan mental sebelum menempuh fasa hidup yang baru.
Berikut merupakan 5 perkara yang perlu anda lakukan bersama pasangan anda sebelum anda cuba untuk mendapatkan anak. Ikuti artikel ini untuk maklumat selanjutnya.
1. Rancang kewangan anda
Perancangan kewangan adalah merupakan perkara utama yang perlu dilaksanakan sebelum anda membuat keputusan untuk mendapatkan anak. Bak kata pepatah “Mereka yang gagal merancang merancang untuk gagal”, pastikan anda mengambil kira segala kos keperluan bayi seperti kos lampin, peralatan, baju dan lain-lain. Mula menyimpan duit sedikit demi sedikit. Cara yang paling mudah adalah dengan meletakkan objektif spesifik jumlah wang simpanan setiap minggu/ bulan.
Di Malaysia, terdapat pelbagai inisiatif kerajaan yang dibuat khas untuk membantu rakyat tempatan. Pelan wang simpanan sejak kecil seperti ADAM50 dan TAWAS (oleh kerajaan negeri Selangor) boleh memberikan manfaat jangka masa panjang buat anak-anak anda. Kaji berkenaan dengan bantuan kerajaan yang boleh dipohon bagi memudahkan anda dalam merancang kewangan anda. Pastikan masa depan anak anda terjamin dan tidak terbatas disebabkan masalah kewangan.
2. Berhenti merokok!
Secara amnya, merokok membahayakan kesihatan. Kajian telah menunjukkan bahawa merokok adalah punca kepada 100 jenis kanser, yang 9 daripadanya adalah jenis kanser paru-paru. Ia juga dapat memberikan komplikasi serius terhadap fetus yang sedang membesar seperti bayi pramatang, kecacatan kekal pada mulut dan keterencatan perkembangan otak kekal.
Penting bagi anda dan pasangan anda untuk berhenti merokok bagi menjamin kesihatan diri seterusnya fetus yang sedang membesar. Tiada gunanya jika isteri anda berhenti merokok / tidak merokok namun anda masih merokok kerana kesan daripada asap rokok tidak tertumpu kepada orang yang menghisap sahaja, malah orang di sekeliling yang terbau asap tersebut. Masih belum terlambat untuk anda berhenti jadi jika anda menghadapi masalah, dapatkan bantuan dan nasihat daripada doktor untuk berhenti merokok sekarang.
3. Percutian ke tempat menarik
Sokongan moral daripada pasangan adalah merupakan aset berharga sepanjang tempoh kehamilan kelak. Dalam menguatkan jalinan kasih sayang di antara suami dan isteri, pergilah bercuti ke mana-mana negara atau lokasi pelancongan tempatan bagi menenangkan fikiran masing-masing. Kajian menunjukkan bahawa mereka yang mengambil cuti pendek dapat meningkatkan kestabilan emosi dan mengawal tahap tekanan perasaan dengan lebih baik. Kebaikan fisiologikal ini kekal selama 30-45 hari selepas tamat tempoh percutian.
Penting untuk anda mengekalkan tekanan emosi pada paras yang rendah jika anda ingin mencuba untuk mendapatkan anak kerana hormon stres, kortisol, boleh mengurangkan rembesan hormon estrogen, seterusnya menyukarkan proses untuk suami isteri mendapatkan anak. Tiada stres, kurang kortisol, maka akan meningkatlah kebarangkalian anda untuk mengandung. Agaknya sebab itulah banyak babymoon, ye?
Kurangkan minuman berkafein
Jika anda merupakan peminum kopi tegar, ini adalah perubahan yang sukar buat anda. Walau bagaimanapun, perubahan ini penting untuk memastikan kesihatan bakal ibu dan fetus berada pada tahap optimum ketika fasa kehamilan kelak. Kajian telah menunjukkan bahawa pengambilan minuman berkafein bagi wanita mengandung perlu dihadkan kepada 200 mg sehari. Jika melebihi had yang ditetapkan, anda berisiko untuk mengalami keguguran dan bayi lahir pramatang. Panduan pengambilan kafein sehari oleh wanita mengandung secara objektifnya adalah 1 cawan espresso atau 3 cawan kopi segera atau 4 cawan air teh.
Mereka yang kebiasaannya minum kopi pada kepekatan yang tinggi akan melalui fasa withdrawal. Fasa ini kebiasaannya dapat dikenal pasti pada simptom seperti mudah marah, pening kepala dan sembelit. Jika anda melalui simptom ini, usah risau kerana kebiasaannya ia akan beransur pulih dalam masa seminggu dua. Jika ia berlarutan dan mengganggu kualiti hidup anda, sila berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan fizikal dan rawatan susulan.
Pergilah menonton wayang, teater atau konsert siaran langsung
… jika anda berkemampuan. Ini merupakan salah satu perkara yang hanya boleh dinikmati secara penuh sebelum tempoh kehamilan. Ini kerana apabila wanita mula berbadan dua (atau tiga) frekuensi keinginan mereka untuk membuang air kecil akan meningkat, kesan daripada fetus yang sedang membesar menekan pundi kencing ibu. Pergerakan si ibu akan terbatas dan mereka akan cepat penat jadi jika anda merancang untuk menikmati apa jua persembahan siaran langsung, lakukannya sebelum anda mula mengandung.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Setiap ibu dan ayah mengharapkan yang terbaik untuk anak-anak. Bahkan tidak pernah putus doa buat mereka, agar mereka menjadi anak yang baik dan sentiasa diberi perlindungan oleh Allah SWT. Doa kita sebagai seorang ibu mahupun ayah, kita mahukan anak yang menjadi penyejuk hati. Usai selesai solat, tidak pernah lupa untuk kita doakan anak-anak. Pernahkah anda menilai semula erti doa yang anda mohon kepada Allah SWt? Anda sentiasa meminta, tetapi pernahkah bersyukur ada dalam doa?
Inilah yang dikongsikan oleh penulis bebas tentang ilmu keibu bapaan, Adlil Rajiah. Katanya sering mendapat soalan dari ibu bapa lain, bagaimana dia dan suami mendoakan yang terbaik untuk anak mereka. Berkongsi apa yang dia amalkan, kata Adlil dia sentiasa berterima kasih kepada Allah SWT kerana telah mengurniakan dia seorang anak yang mempunyai perlakuan yang baik-baik. Ikuti perkongsian Adlil ini:
So kat Q&A IG story semalam, ramai yang tanya apa amalan atau doa spesifik yang saya amalkan untuk Haikal. . To be honest, saya takde amalan atau doa spesifik. . Apa saje surah/ayat/doa dalam hadis dan quran yg khusus untuk kesejahteraan anak dan keluarga–
amalkan je mana2.
.
Tapi selalunya saya dan suami suka buat doa sendiri je.
Dalam bahasa melayu. Cuma kitorang tukar sikit struktur ayat tu. .
Biasa kan orang doa camni:
.
“Ya Allah jadikan anakku anak yang soleh, taat kepada ibu bapa. Berikan mereka akhlak yang baik. Bla bla..”
.
Tapi kitorang doa camni:
.
“Ya Allah, terima kasih sebab kurniakan kami anak yang soleh, rajin solat, taat kepada kami. Terima kasih kurniakan kami anak yang bijak berfikir, pandai buat keputusan. Terima kasih kurniakan kami anak yang rajin tolong kami. Bla bla..”
.
Just tukar ayat “Jadikanlah” atau “berikanlah” tu kepada “terima kasih sebab”.
.
Pastu masa baca doa tu, baca kuat2, sebut jelas2, dan guna perkataan mudah2 supaya anak faham.
.
So anak yang aminkan kat sebelah kita akan rasa berbunga-bunga dan berkobar-kobar untuk jadi seperti yang didoakan ibu bapa. Dan lama2, dengan izin Allah, anak akan betul2 jadi baik, penyejuk mata ibu bapa. .
Dan sekarang, since Haikal pun dah pandai doa lepas solat, dia pulak yang–
.
“Ya Allah, terima kasih sebab kurniakan aku ibu bapa yang penyayang, penyabar dan pemurah.” . Wah dia pulak yang saiko mak bapak dia balik. .
But this is the power of thank you yang kita selalu underestimate.
Thank you or gratitude is so powerful sampai ada kajian menunjukkan–
by saying thank you or being grateful,
you won’t feel sad, disappointed, angry.
You’ll be in the best state of mind and emotion.
.
Allah sentiasa ikut sangkaan kita, kan?
Bila kita banyak berterima kasih–
lebih banyak lagi nikmat diberi untuk kita terima-kasih-kan.
.
Malam ni masa baca doa tidur, boleh try doa kuat2 camni sebelah anak.
You’ll see the difference, insyaAllah.
Banyak berterima kasih tandanya kita redha dengan pemberian Allah SWT. Tandanya kita bersyukur dengan kurniaan yang diberikan kepada kita. Perkongsian ini sangat menarik dan dapat memberi perspektif baru kepada ibu bapa yang mahu mendoakan anak-anak mereka. Semoga amalan ini dapat menjadikan kita sebagai ibu bapa yang lebih berjaya dan dikurniakan anak-anak yang membahagiakan.
Biasakan anak kita dengan ikan, berbanding ayam, daging, sotong, udang, dan lauk pauk yang lain. Pastikan sekurang-kurangnya 2 kali seminggu mesti kena ada menu ikan. Kalau lebih, lagi bagus.
Kenapa pentingnya bagi anak makan ikan berbanding lauk lain. Dr Mazliana Mazlan ada jawapannya.
60 peratus daripada otak manusia terdiri daripada lemak. Separuh daripada lemak itu adalah DHA.
Anak kita akan bijak jika kandungan lemak dan DHA dalam otak mereka mencukupi. DHA bantu perkembangan fungsi otak anak-anak.
Ikan adalah sumber DHA yang terbaik dan mudah untuk kita dapat dan beri pada anak-anak.
Buat singgang kosong, letak bebawang, halia, kunyit hidup dan lengkuas, sampai habis nasi pun anak saya minta nak makan lagi.
Bagus sangat kalau anak dapat hirup kuah singgang yang tinggi dengan DHA dari ikan, dan juga ramuan anti inflamasi dari bebawang, halia, kunyit hidup dan lengkuas.
Tak perlu ikan kayangan, ikan sardin atau ikan kembung segar di pasar pun dah cukup banyak DHA yang ada. Sesuai sangat untuk anak-anak kita makan. Kita cuba ya, perbanyakkan menu ikan untuk anak-anak, berbanding ayam goreng.
Tinggal lagi 6 hari sahaja webinar Mama Tak Penat Susukan Anak akan berlangsung. Tahniah & terima kasih admin ucapkan kepada 1000 orang yang sudah mendaftar sebagai peserta webinar terbesar ini.
Mohon semua peserta untuk join Telegram Group Mama Tak Penat Susukan Anak di https://t.me/joinchat/a_u8xHQS-09mZDA1 kerana kita akan update segala info, itinerary webinar, pemenang cabutan bertuah, cara nak menang hadiah kuiz semasa webinar. Jadi penting ya untuk semua peserta join Telegram webinar. Bagi yang belum daftar sebagai peserta webinar, anda boleh daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-mama-tak-penat-susukan-anak/ kemudian terus join grup Telegram webinar ya.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Terpaksa bertugas ke luar negara di ketika masih menyusukan bayi memang memeningkan kepala. Jangan bazirkan waktu dan reziki yang diberi, sebaliknya simpan dan bawa balik sahaja susu perahan itu pada anak.