Tak Sangka Suami Isteri Yang Naik Motor Bersama Semakin Terasa Kehangatan Cinta

Share

Ikhlasnya cinta suami isteri bukan hanya semata-mata pada kesenangan semata-mata. Sanggup susah, berpanas berhujan, berjimat cermat itu juga satu pengorbanan dan akhirnya akan ada manis di penghujung nanti.

Seperti yang dikongsikan oleh Imam Muda Hassan, kemanisan dalam berumah tangga antara suami isteri ini boleh dicipta pada bila-bila masa. Bukan terhad kepada kejutan memberi hadiah atau bawa pergi bercuti.

Berikut antara perkongsian beliau:

Selalu kita tengok di Lembah Klang ni ada beberapa pattern:

1. Suami isteri naik kereta sekali, sebab sama tempat kerja
2. Suami isteri naik kereta sekali, suami hantar isteri dulu sebab berlainan tempat kerja
3. Suami isteri naik kereta berasingan
4. Suami isteri naik motor sebab nak elak jem
5. Suami isteri naik motor sebab tak mampu beli kereta lagi
6. Suami isteri naik motor sebab hobi suka riding

Agak-agak anda yang mana satu?

Sebenarnya suami isteri yang selalu naik motor sama-sama lebih kuat perasaan cinta sebab:

1. Lebih rapat hubungan, bukan sekadar berpelukan di rumah, bahkan di jalanraya juga berpelukan. Hormon cinta semakin bercambah.

2. Isteri yang sanggup naik motor dengan suami kebiasaannya bukan jenis memilih. Dia terima seadanya keadaan suami. Ni jenis isteri yang setia.

3. Terasa seperti pasangan remaja. Sentiasa terasa muda. Ini boleh menjadikan hubungan suami isteri last longer

Jadi, kalau kita lihat pasangan suami isteri yang naik motor, panas hujan bersama, sebenarnya banyak kebaikan buat mereka. Cukup kita doakan mereka selamat dalam perjalanan.

Dari Abu Hurairah r.a : Rasulullah saw bersabda, “Seorang mukmin yang paling sempurna imannya adalah orang yang paling baik budi pekertinya, dan sebaik-baik kalian adalah yang paling baik pada isterinya.” (Riwayat Al-Tirmidzi)

Sumber: Hassan Adli
Bahagiakan suami isteri

Published by
Wan Amy