Sebenarnya dah banyak kes tentang bahayanya penggunaan cotton bud yang boleh menyebabkan telinga luka atau gegendang pecah. Lagi-lagi bila anak kecil menggunakan tanpa pengetahuan ibu bapa.
Bukan setakat anak kecil saja boleh mengalami masalah ini, namun orang yang lebih dewasa pun boleh luka jika terlalu kerap mengoreknya.
Memang ramai yang menggunakan cotton bud dengan niat untuk membersihkan telinga tapi risiko atau kesan jangka panjang tetap boleh berlaku jika dilakukan sangat kerap.
Melalui perkongsian seorang ibu, Zalila Ismail dia ada berkongsi mengenai anaknya yang mengalami pendarahan teruk akibat menggunakan cotton bud untuk korek telinga tanpa pengetahuan dan pengawasan orang dewasa.
PERINGATAN BERSAMA
JAUHKAN COTTON BUD ATAU SIMPAN DI TEMPAT YANG TINGGI ATAU SIMPAN DI TEMPAT YANG TIDAK MUDAH DI CAPAI OLEH ANAK ANDA
Anak saya kemungkinan korek telinga dia sendiri guna cotton bud ni sebab saya pun terlepas pandang. Selama ni tak pernah pula nak korek telinga. Benda nak jadi.
Tiba-tiba menangis sambil pegang cotton bud tu dan tekap telinga kanan. Kemudian tengok telinga dah start bleeding. Selang beberapa jam dah stop lepas itu bleeding lagi. Pergi klinik doktor cakap tunggu jadi darah beku sebab itu membantu proses pemulihan.
Bangun pagi tengok bleeding teruk terus refer pakar. Still bleeding dalam kereta pun. Sampai hospital bila kamera kecil masuk darah macam lopak air dalam tu. Doktor cadangkan untuk biarkan dulu sampai jadi darah beku sebab nak tengok pun tak nampk darah masih penuh.
Selepas dua minggu macam tu baru rujuk pakar balik. Tapi doktor cakap walaupun gegendang dia koyak atau luka tak perlu risau sebab budak cepat sembuh. Tapi kita sebagai ibu bapa perlu berjaga-jaga. Jangan anggap benda tu mungkin tak tajam jadi tak bahaya. Beringatlah sepanjang masa ya!
Tujuan saya kongsikan ini sebab rasa bertanggungjawab untuk peringatan bersama ibu bapa yang ada anak kecil tu.
INFO TAMBAHAN
5 sebab kenapa tak digalakkan korek telinga guna cotton bud.
1. Cotton bud boleh menolak tahi telinga lebih jauh ke dalam. Berisiko tersumbat tahi telinga.
2. Ia boleh sebabkan iritasi kepada dinding laluan lubang telinga. Plastik atau kayu pada cotton bud boleh menyebabkan luka pada lapisan kulit dinding telinga.
3. Bayangkan jika cotton bud itu tertolak lebih jauh ke dalam dan merosakkan gegendang? Nanti jadi masalah kurang pendengaran, atau jangkitan bahagian telinga dalam.
4. Ada waktunya, kapas dari cotton bud tertinggal di dalam. Boleh jadi punca tersumbat dan jangkitan.
5. Dirumah, kadangkala cotton bud tak ditutup dengan betul. Terdedah kepada udara dan bakteria. Lepas tu kita pula ambil dan korek telinga. Secara tak langsung bawa jangkitan ke dalam telinga.
Simpan elok-elok di tempat yang tak boleh dicapai oleh anak-anak kecil. Kalau kita tak berhati-hati, boleh rosakkan telinga tanpa sengaja.
Tahi telinga atau ear wax ni dihasilkan secara natural. Ada fungsi dan kebaikannya, seperti:
1) melindungi telinga daripada kekotoran, hama dan jangkitan bakteria.
2) melindungi dan melembap bahagian laluan dalam telinga.
3) menghalang serangga daripada masuk ke dalam telinga.
Cuba bayangkan telinga kita bersih sebersihnya tanpa wax. Mudahlah semut berjalan keluar masuk dalam telinga. Hehe.
Sumber: Zalila Ismail & www.evaemilyclinic.com