Pada awal perkahwinan, mungkin setiap apa yang dilakukan oleh pasangan kita akan nampak cantik. Semuanya kita suka. Tak ada rungutan langsung. Semakin lama, mungkin kerana sudah terlalu biasa dengan si dia, membuatkan kita mulai terlupa untuk melihat kelebihannya. Tiada lagi kata pujian untuknya, kerana kita merasakan ia sudah tidak perlu lagi.

Seorang penulis yang juga seorang suami, Akhtar Syamir, ada bercerita tentang pujian kepada pasangan di dalam perkongsiannya. Katanya, ramai yang sukar memuji pasangan, berterima kasih pun jadi susah. Ini terjadi kerana kebanyakan kita cenderung untuk memuji orang lain yang lebih berjaya.

Ramai yang sukar melafazkan pujian terhadap pasangan. Ucapan terima kasih juga amat berat untuk diluahkan sedangkan kesan pujian itu amat baik jika diletakkan di tempat yang betul.

Tak Sedar Bila Dah Lama Kahwin. Jangankan Puji, Terima Kasih Pun Jadi Susah!

Ini semua terhasil apabila pujian diletakkan di tempat yang salah. Satu masalah yang melanda pasangan dan orang pada masa kini ialah terlalu memuji orang yang berjaya. Ini antara benda yang jika dilakukan secara berlebihan akan mendatangkan kemudaratan.

IKLAN

Artikel Menarik: [Suami Isteri Jerit Tengking Depan Anak. Tercalar Emosi, Membesar Ketakutan]

Kesannya akan menjadi seperti kuman di seberang laut nampak, gajah di depan mata tak nampak. Kita akan terlalu mendongak ke langit dan terlupa untuk pandang ke bawah. Kita menjadi buta akan kebaikan orang yang dekat dengan kita.

Apabila kita sentiasa memuji orang lain yang berjaya dan hebat, pasangan dan orang terdekat kita menjadi kurang bernilai. Ini ditambah dengan keinginan untuk sentiasa mencari kesalahan. Apa juga yang mereka lakukan akan menjadi tidak cukup dan tidak mencapai standard yang tidak munasabah.

Tak Sedar Bila Dah Lama Kahwin. Jangankan Puji, Terima Kasih Pun Jadi Susah!

Akhirnya, kita akan menjadi orang yang negatif dan sentiasa membuatkan pasangan dan orang di sekeliling terasa hati.

IKLAN

Artikel Menarik: [Ketika Solat Bersama, Suami Isteri Semai Cinta. Takkan Pernah Lupus!]

Berhentilah jadi seperti ini. Hargailah apa yang di hadapan mata. Ungkapkan kata-kata pujian kepada pasangan dan orang terdekat di atas apa yang telah dan sedang mereka lakukan kerana mereka inilah yang sentiasa berada di samping kita, bukannya orang luar yang sering kita dambakan itu. Bukalah mata seluas-luasnya supaya kita mula nampak apa yang telah kita butakan selama ini.

Tak Sedar Bila Dah Lama Kahwin. Jangankan Puji, Terima Kasih Pun Jadi Susah!

 

Apabila kita mula nampak, barulah kita sedar banyak perkara yang telah mereka lakukan untuk kita tetapi telah kita tolak tepi dan menganggap itu adalah normal dan tidak istimewa.

Semoga dapat memberi manfaat kepada anda yang membaca. Silakan kongsi penulisan ini demi kebaikan semua. Semoga perhubungan kita semakin erat sentiasa.

IKLAN

Artikel Menarik: [Bila Handphone Jadi ‘Orang Ketiga’, Suami Isteri Bercakap Pun Dah Tak Pandang Muka]

Tak Sedar Bila Dah Lama Kahwin. Jangankan Puji, Terima Kasih Pun Jadi Susah!

Biasa tak dengan orang yang nampak kebaikan yang jauh tetapi tidak sedar yang di hadapan mata?

Perkongsian ini sedikit sebanyak memberi sedikit kesedaran kepada kita. Apabila kita terlalu mengharapkan yang sempurna, kita akan cenderung untuk tidak bersyukur dengan apa yang terbaik untuk kita. Sayangilah dan hargailah pasangan kita kerana sesungguhnya, dia lah yang paling sempurna yang telah Allah SWT hadirkan untuk membahagiakan hidup kita.

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI