
Anak-anak kecil yang banyak kerenah akan semakin besar dan menjadi dewasa. Ibu bapa yang sudah dewasa akan menjadi bertambah tua dan lemah tenaga.
Masa anak-anak kita kecil dan banyak kerenah akan berlalu dengan cepat dan pasti. Namun, masa ibu bapa bertambah tua dan lemah dan tidak berupaya tidak tahu sampai bila.

Oleh itu bersabarlah semasa anak-anak kecil kita masih belum bijak mengawal perlakuan dan berfikir.
Jika dia salah, betulkanlah dengan sabar dan menghormati perasaannya. Dia ada hormat diri, janganlah diruntuhkan dengan idea-idea bongkak yang datang dari ego yang bermaharajalela.
Suatu hari, anak yang dulunya kecil akan lebih besar daripada kita dan lebih bijak serta berupaya daripada kita. Kita akan berlapang dada bila anak-anak ini penuh dengan kasih sayang yang tebal kepada ibu bapanya. Mereka akan menyuap kita dan membersihkan lampin serta tempat tidur kita.
Ya, kita bukan buat baik supaya anak buat baik balik kepada kita. Namun, Allah mentadbir alam ini dengan hukum yang tidak memilih kasih. Diantaranya, hukum TANAM DAN TUAI. Apa yang kita tanam, itulah yang kita tuai.
Kita tanam kasih, maka kasihlah yang kita tuai. Dan ia datang kembali kepada kita berlipat kali ganda tidak semestinya daripada anak-anak kita.
Allah itu sangat adil.
Salam kasih,
Sumber:
Ibu Rose
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Nak Bahagia, 6 Pantang Larang Rumah Tangga Ni Ustaz Kazim Nasihat Jangan Buat!

Cabaran berumah tangga sememangnya mematangkan kita. Kematangan dan cara kita berdepan dengan masalah serta bagaimana rasionalnya kita menghadapinya adalah kunci mengekalkan rumah tangga bahagia.
Golongan muda yang membuat keputusan untuk melangkah ke alam perkahwinan patut dipuji. Mana tidaknya ketika usia masih muda dan masih lagi ligat dengan hal-hal duniawi, mereka sudah memegang amanah yang dijanjikan dengan Allah. Ia bukan satu keputusan mudah.
Demi menjaga keutuhan rumah tangga, apa lagi mengekalkan hubungan suami isteri hingga syurga, ada banyak perkara yang harus kita jaga. Bukan semuanya dipandang mudah. Apa perkara yang tidak harus kita lakukan dan dilarang dalam hubungan suami isteri? Pesanan Ustaz Kazim Elias ini patut dijadikan panduan.

Jangan Puji Orang Luar
Jangan sesekali puji orang luar misalnya jiran tetangga atau saudara mara secara berlebihan. Ini akan buat suami atau isteri terasa diperbandingkan. Malah cara ini juga boleh menimbulkan rasa tidak senang dihati suami atau isteri. Jangan bangkitkan rasa cem buru atau kemarahan pasangan kita dengan memuji orang lain.
Jangan Tinggikan Suara
Jangan sesekali meninggikan suara apa lagi menjerit kepada pasa ngan. Kurang sopan. Tegur dan nasihatkanlah dengan nada rendah dan lembut agar tidak mengguris hati pasa ngan. Ingat bahawa pentingnya menjaga hati pasangan kita.
Jangan Abaikan Pasangan
Berusahalah untuk sentiasa menjadi pendengar yang baik buat pasa ngan kita. Ibaratkan seperti kawan, kita bercerita dan berkongsi segala masalah bersama pasa ngan. Ini buat hubu ngan jadi lebih baik. Jangan sesekali abaikan pasa ngan bila dia luahkan masalahnya. Jadilah pendengar yang terbaik.
Jangan Berbohong
Paling penting jangan sesekali berbohong dengan pasangan. Tiada tempat dalam syurga untuk si pembohong kerana rumah pertama dalam syurga adalah bagi mereka yang bercakap benar. Ingat tu!
Elakkan Jauh Dari Isteri
Jangan sesekali cuma menjauhkan diri daripada isteri. Meninggalkan isteri tanpa alasan dan sebab yang munasabah adalah perbuatan yang keji. Elak juga menjauhkan diri daripada isteri walaupun ketika isteri sedang haid.
Sentiasa Mengaku Salah
Setiap kali buat salah, mintalah maaf dan bersedialah untuk mengakui kesilapan yang dilakukan. Usah sekali merasakan diri tidak sentiasa betul setiap masa. Kita pun manusia biasa!
Sumber: Ustaz Kazim Elias
**Jangan lupa saksikan Pa&Ma Journey Bersama SchAwaLara, setiap Rabu jam 9 malam di Astro Ria saluran 104/124 dan ulangannya setiap Ahad jam 9.30 pagi.

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Buat Tabung Rumah Tangga, Elak Isteri & Anak Susah Kalau Suami ‘Pergi’ Dulu

Ajal, rezeki, jodoh semuanya sudah ditetapkan oleh Allah. Cuma bila dan bagaimana ia berlaku, semuanya rahsia. Bagaimanapun, menyentuh bab kematian, pasangan suami isteri akan fikir jauh, jika salah seorang pergi dulu, bagaimanakah nasib diri dan anak-anak selepas itu.
Boleh ke membesarkan anak tanpa insan yang kita sayang. Macam mana soal perbelanjaan untuk jangka masa panjang dan macam-macam lagilah. Namun adakah kita sebagai isteri bersedia menghadapi keadaan ini lagi-lagi bila suami yang pergi dulu?
Berikut antara yang dikongsikan oleh Perunding Kewangan, Azizul Azli Ahmad buat seorang wanita bergelar ibu. Sama ada perpisahan itu disebabkan perceraian atau pergi buat selamanya.

SEBELUM SUAMI MENINGGAL?
1. Melahirkan anak adalah wanita, yang diceraikan adalah wanita, yang turun naik mahkamah adalah wanita, yang tuntut nafkah adalah wanita, bila suami meninggal tinggallah wanita.
2. Kos sara hidup meningkat setiap tahun, jika tahun 2007 makan diluar memerlukan RM20 sehari. Tahun 2020 kos makan diluar meningkat kepada RM84 sehari.
3. Galakkan suami atau isteri jana pendapatan kedua. Hartanah atau rumah sewa paling mudah jana pendapatan semasa. Cukup bulan kutip sewa.
4. Galakkan suami juga ambil Perlindungan Pendapatan, jika meninggal atau ditimpa bencana boleh dapat pampasan.
5. Katakan gaji suami RM2000 x 12 bulan / 0.05 = RM480,000. Minta suami hibahkan atas nama isteri tercinta.
6. Jika suami dijemput pergi dapat duit ini letak dalam ASB atau Tabung Haji. Jika kadar dividen 7.25% setahun dapat RM34,800. Sebulan ada sumber pendapatan RM2,900.

7. Boleh jaga anak yang ditinggalkan, tanpa isteri kahwin lagi dengan Dato Kaya Boroi atau YB politik berlagak berjaya nanti.
8. Wanita belajarlah jana pendapatan kedua dengan hartanah. Belajar beli rumah dan sewakan segera.
Kongsikan jika bermanfaat
Kredit: Azizul Azli Ahmad
Peranan ibu ayah dalam kehidupan anak-anak sangat besar. Setiap apa yang kita sediakan untuk anak menentukan masa depan mereka. Itulah sebabnya kita dianggap seperti SUPERHERO pada mereka. Dengan hanya RM20, banyak ilmu yang akan mama papa dapat. Yang paling best, akan dapat AKAUN SSPN secara automatik!
Untuk mendaftar, klik https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-detik-indah-bersama-si-manja/

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Amalkan Doa Ini Untuk Anak-Anak & Diri Sendiri. Pastinya Rezeki Keluarga Tak Putus!

Doa seorang ibu ini sangat mujarab dan tiada hijab. Sebagai seorang ibu anda boleh amalkan doa ini setiap hari untuk anak-anak. Suami pun boleh sama-sama amalkan bersama untuk mendapat rezeki tak putus untuk keluarga.
Ini lah doa Nabi Muhammad SAW kepada Anas Bin Malik yang membuatkan beliau menjadi sangat kaya raya!
Sebagai seorang anak juga, boleh juga amalkan doa ini untuk diri sendiri. Kita sama-sama hafal dan membaca doa ini selalu.
اَللَّهُمَّ أَكْثِرْ مَالَهُ وَوَلَدَهُ ووالسع له في داره وَبَارِكْ لَهُ فيما اعطيته واحسن اعماله والغفرله
Allahumma aksir maa lahu, wa waladahu, wa wassi’ lahu fi darihi, wa baariklahu fi ma a’toitahu, wa ahsin a’malahu, warghfirlahu.
Maksudnya :
Ya Allah, perbanyakkanlah hartanya dan anak-anaknya, luaskanlah rumahnya dan berkatilah apa yg telah engkau kurniakan kepadanya dan perbaikilah amalannya dan ampunkan untuknya.
Berdasarkan doa Nabi SAW di atas kita boleh amalkan juga untuk diri kita sendiri :
اَللَّهُمَّ أَكْثِرْ مَالي وَوَلَدي ووالسع لي في داري وَبَارِكْ لَي فيما اعطيتني واحسن اعمالي والغفرلي
Maksudnya :
Ya Allah, perbanyakkanlah hartaku dan anak-anakku, luaskanlah rumahku dan berkatilah aku pada semua kurniaanMu dan perbaikilah amalanku dan ampunkan untukku.
Tahu tak, kesan daripada doa ini, Allah SWT telah panjangkan umurnya sehingga 104 tahun, mempunyai anak seramai 120 orang, ada harta yang sangat banyak dan beliau telah meriwayatkan 2200 hadith Nabi SAW. Subhanallah!
Jadinya, rugi sangat kalau kita terlepas untuk baca doa ini lagi-lagi pada 7 waktu mustajab doa :
#No1 Waktu antara azan dan iqamah
– Semasa azan berkumandang, pintu langit terbuka dan doa mudah dimakbulkan bagi hamba yang taat. Allah turut mengurniakan waktu istimewa untuk hambaNya yang berdoa pada awal waktu solat iaitu antara azan dan laungan iqamah.
#No2 Semasa hujan turun
– Waktu hujan turut membasahi bumi bukan sahaja dapat menyirami tumbuhan dan menyejukkan bumi yang kering, waktu ini juga Allah cipta untuk hambaNya berdoa supaya dapat dikabulkan.
#No3 Ketika sujud dalam solat
– Rasulullah saw bersabda : “Seorang hamba berada paling dekat dengan Rabb-nya ialah ketika ia sedang bersujud. Maka berbanyakkanlah berdoa ketika itu.” (HR Muslim, 482)
#No4 Ketika sebelum salam dalam solat wajib
– Rasulullah saw bersabda : “Ada yang bertanya : Wahai Rasulullah, bila doa kita di dengar oleh Allah? Beliau bersabda di akhir malam dan di akhir solat wajib.” (HR Tirmidzi, 3499)
#No5 Sepertiga malam terakhir
– Ketika waktu ini, Allah memberkati hamba-hambanya dengan turun ke langit dunia & mengkabulkan hajat yang terbuku di hati mereka.
#No6 2 waktu pada setiap hari Jumaat
– Rasulullah saw bersabda : “Hari jumaat ada 12 jam yang mana tiada seorang hamba muslim berdoa padanya kecuali akan diberikan dan dimaklbulkan, maka carilah ia di hujung waktu selepas Asar.” (Hadis Riwayat Abu Daud)
– Selain itu, 1 lagi waktu yang patut dianggap mustajab oleh para ulama adalah ketika waktu imam duduk di mimbar sehingga solat Jumaat selesai.
#No7 Hari Arafah pada musim haji
– Sesiapa yang sampai ke sini sangat beruntung sebab berpeluang untuk jejakkan kaki ke Tanah Suci Makkah, lebih-lebih lagi pada musim Haji! Sabda Rasulullah saw : “Doa yang terbaik adalah doa ketika hari Arafah.” (Hadis Riwayat At Tirmidzi)
Sama-sama kita berdoa semoga segala amalan doa kita ini berterusan dan dengan izin Allah dapat diterima di sisi Allah.
Amalkan sama-sama untuk orang kita sayang. Insya-Allah besar ganjaran di kemudian hari. Amin
Sumber: Nur Aliah Mohd Nor
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!


