Siapa yang tak sayang anak kerana itulah amanah buat kita. Bagi Datin Almy Nadia, dia selesa menguruskan empat anak perempuannya sendiri tanpa bantuan pengasuh.
Malah menerusi akaun Tik Tok, isteri kepada pelakon handalan, Datuk Fizz Fairuz itu mengakui selesa menguruskannya sendiri berbanding meletakkan tanggungjawab itu kepada pengasuh. Apa lagi ketika mahu pergi ber ‘me time’ bersama kawan-kawan.
Akui Almy lagi, dia rela mengorbankan segalanya demi harta dunia akhiratnya bersama suami.
“Saya korbankan segala-galanya demi harta akhirat saya iaitu anak-anak saya. Tak apalah. Mula-mula bila ada anak satu rasa give up, stress dan sedih.
“Tapi bila dah ada dua, tiga dan empat, saya dah tak rasa benda tu. Saya rasa seperti ‘heaven’. Orang yang rasa stress tu mungkin dia rasa tak suka.
Ads
” Saya rasa happy. Saya punya prinsip, tak tahu orang lain macam mana. Mungkin diorang fikir hantar jelah anak pergi rumah pengasuh untuk dapat “me time, boleh keluar dengan kawan-kawan.
“Tapi saya tidak ada kehidupan dengan kawan-kawan, kami on the phone saja. Saya tak tahu la orang lain,” katanya lagi berkongsi.
Jelas Almy lagi, dia amat bersyukur kerana dapat membesarkan anak-anaknya sendiri tanpa bantuan orang lain selain dapat memasak makanan kegemaran anak-anak setiap hari.
Ads
“Mungkin orang kata, dia Datuk Datin ambil jelah pembantu rumah, sibuk nak jaga sendiri buat apa. Kita tak tahu pemikiran orang tu macam mana, rambut pun warna lain.
“Tak ada kawan tak apa tapi harta dunia akhirat saya selamat. Saya dapat jaga anak-anak saya depan mata. Alhamdulillah, saya bersyukur dengan kehidupan saya sekarang,” kongsinya.
Dalam pada itu, rata-rata wargamaya memuji tindakan Almy kerana sanggup berkorban masa dan kehidupannya demi membesarkan anak-anak.
Setelah hampir tiga bulan terpaksa menutup operasi, pengumuman dari YAB Tan Sri Dato; Haji Muhyidin Haji Mohd Yassin semalam yang membenarkan pembukaan Taska pastinya memberi sedikit kelegaan buat semua pengusaha taska.
Bukan hanya geran untuk pengendalikan Taska bahkan insentif cukai pendapatan individu untuk yuran yang dibayar kepada taman asuhan dan taman didikan kanak-kanak akan juga turut diberi sehingga RM3,000 kepada ibu bapa pasti menggalakkan lagi ibu bapa untuk menghantar anak-anak mereka.
Bukan mudah untuk kembali membuka semula Taska ditambah dengan SOP yang ketat, namun dengan geran yang diberikan kerajaan, setidak-tidaknya dapat meyakinkan ibu bapa untuk kembali menghantar anak mereka disamping merasa lebih selesa dan tenang untuk kembali bekerja.
Berkongsi kegembiraan yang dikongsikan oleh Perdana Menteri semalam, Pengasas Rangkaian Tadika Dzul Iman, Pn Badariah Ismail turut sama berkongsi rasa gembiranya namun masih menanti pengumuman untuk pembukaan semula Tadika.
“Syukur dan gembira dengan berita ini. Pastinya geran pembukaan ini sangat membantu sahabat-sahabat pengusaha taska yang sedang menghadapi saat sukar sejak PKP bermula.
Namun rasa terkilan dan kecewa bila TADIKA tidak turut disebut sebagai penerima geran. Mungkinkah ada kekeliruan maklumat? Hakikatnya pengusaha Tadika juga mengalami kesusahan yang sama. Dan turut memberi khidmat didikan dan jagaan yang tidak jauh berbeza dengan Taska.
Sangat berharap pihak kerajaan akan menyemak semula kelayakan untuk geran ini, dan memasukkan pengusaha TADIKA sebagai penerimanya, di samping pengusaha Taska,” luahnya berkongsi.
Lalui SOP Yang Ketat
Bercerita mengenai SOP yang ketat yang perlu dipatuhi oleh semua penguasaha Taska dan Tadika kelak, Puan Badariah mengakui ianya adalah kewajipan yang perlu dilakukan dengan sebaiknya demi memastikan keselamatan anak-anak dan guru diutamakan.
“SOP ini adalah keperluan. Memang SOP ini menyebabkan kerja pengusaha dan guru bertambah secara berganda. Namun kita komited untuk mematuhi semua SOP ini kerana memahami bahawa ia penting untuk kesihatan semua pihak, terutama anak-anak kesayangan kita semua.
Kebimbangan untuk kembali buka Taska?
Tidak perlu bimbang jika dibuka dengan mematuhi SOP. Pihak taska dan tadika mengambil inisiatif melatih guru dan pengasuh agar dapat melaksanakan SOP seperti yang digariskan. Kita juga prihatin dengan keperluan penjarakan sosial. Ia mungkin mengurangkan kapasiti sesebuah tadika atau taska untuk menerima semua anak serentak.
Keperluan pada jadual anjal dan kefahaman serta kerjasama ibubapa amat diperlukan. Ibubapa yg masih boleh menjaga dan mendidik anak di rumah, boleh memilih untuk belum menghantar. Ini dapat memberi ruang untuk ibu ayah yang tiada sistem sokongan yang lain untuk diberi keutamaan di awal pembukaan ini.
Apa plan tindakan, SOP yang telah dijalankan hingga kini?
Kita telah menyediakan SOP khusus berdasarkan panduan SOP yang dikeluarkan oleh pihak kementerian yang berkaitan. Menjadi tanggungjawab pengusaha untuk memastikan guru difahamkan kepentingan SOP ini dan diberi latihan perlaksanaan yang wajar.
Selain itu, keperluan emosi anak-anak mestilah diberi perhatian ketika SOP dilaksanakan. SOP perlu dipatuhi dalam suasana mesra dan kasih sayang. Anak diasuh untuk patuh, bukan dipaksa patuh.
Gambar hiasan.
Adakah insentif cukai pendapatan satu tindakan bijak?
Inisiatif ini sangat bagus dan banyak membantu. Sungguh gembira bila Perdana Menteri menyebut bahawa ibubapa yang menghantar anak ke Tadika turut menerima insentif ini. Sedikit keliru bila ia diurus di bawah KPWKM yang memantau Taska. Tadika pula di bawah KPM. Moga penyelarasan yang efektif dapat dilakukan antara dua kementerian ini agar insentif ini benar-benar dapt dinikmati oleh ibubapa Taska dan Tadika.
Saya cadangkan semoga Taska dan Tadika dapat diletakkan di bawah kementerian yang sama. Kedua-dua institusi ini memberi khidmat didikan dan jagaan pada kumpulan kanak-kanak yang sama, yang terangkum dalam Pendidikan Awal Kanak-kanak.
Dengan meletakkan Taska dan Tadika di bawah satu kementerian, keberkesanan pengurusan dan peningkatan kualiti perkhidmatan akan lebih mudah dilaksanakan.
Begitu kongsi beliau sambil mengharapkan semoga ada sinar untuk pembukaan Tadika semula selepas ini, selain pembukaan Taska kepada anak-anak ibu bapa yang bekerja.
Gambar hiasan.
Bantuan Untuk OKU & Ibu Tunggal
Semalam selain mengumumkan geran untuk pembukaan Taska, Perdana Menteri turut mengumumkan beberapa bantuan lain yang memberi pulangan bermanfaat untuk semua. Malah ibu tunggal dan golongan orang kurang upaya juga tidak terkecuali.
Antaranya bagi menggalakkan pengambilan pekerja oleh majikan, kerajaan akan memperkenalkan Program Insentif Pengambilan Pekerja di mana syarikat akan diberikan insentif kewangan untuk memberi pekerjaan kepada golongan penganggur dan belia.
Pertama: Insentif bagi menggaji penggangur berumur di bawah 40 tahun sebanyak RM800 sebulan bagi setiap pekerja; dan
Kedua: Insentif bagi menggaji penganggur berumur 40 tahun dan ke atas dan golongan OKU sebanyak RM1,000 sebulan.
Paling menarik, untuk golongan ibu tunggal OKU turut sama diberikan perhatian. Sehubungan itu, lebih 300,000 OKU dan ibu tunggal yang tersenarai di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat layak menerima bantuan one-off sebanyak RM300 bagi mengurangkan beban mereka.
Artikel berkaitan:
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Boleh dikatakan setiap hari, kita terpaksa memperuntukkan waktu untuk mengelap pelbagai permukaan kabinet, meja makan dan peralatan rumah kerana habuk yang berterbangan di udara.
Tak perlu mengelap selalu, apa kata cuba petua mudah ini. Perkongsian pengguna Tik Tok, @jason_jezi ini anda kena cuba. Senang!
Senang saja buat cara ni.
Bahan-bahan:
1 sudu olive oil
2 sudu sabun
2 sudu cuka
1 cawan air
Sedikit essential oil
Campurkan semua sekali.
Tuangkan ke dalam bekas spray.
Goncang sekejap dan terus spray pada permukaan berhabuk seperti tv dan kabinet.
Lapkan sampai bersih.
Siap! Habuk tak senang lekat.
Habuk terus tak lekat lagi. Share pada kawan-kawan!
Sesetengah wanita dikurniakan kelebihan walaupun sudah mempunyai anak namun saiz badan langsung tak berubah dan kekal langsing seperti zaman belum berkahwin.
Bahkan ada yang anak sudah semakin besar sampaikan ramai keliru ia bukan kelihatan seperti ibu dan anak sebaliknya kakak dengan adik.
Pelakon yang pernah popular dalam filem Congkak ketika zaman kanak-kanak, Erynne Erynna kini sudah bergelar ibu kepada seorang anak perempuan diberi nama Medina, 2 tahun.
Mesra dengan panggilan Erynne, baru-baru ini pelakon tersebut memuat naik satu video pendek bersama anaknya. Namun apa yang menarik perhatian peminatnya adalah gaya pemakaian simpleh ibu muda ini.
Dengan fesyen pakaian yang sopan, ramai memuji penampilan Erynne yang santai dan lebih mengagumkan mereka kerana wajah pelakon ini masih kekal ‘baby face’.
Mereka terkejut melihat wajah Erynne yang kelihatan sama ketika melakonkan watak dalam filem Congkak.
Rata-rata warganet mengatakan pelakon ini dan anaknya kelihatan seperti adik-beradik. Pengikut Erynne memuji nya yang sentiasa kelihatan awet muda.
Pakai Harness Untuk Keselamatan Anak
Selain daripada penampilan Erynne yang simple, tindakan Erynne menggunakan harnes untuk keselamatan anaknya di tempat awam turut mendapat perhatian.
Ramai yang memuji tindakan Erynne dan turut mengakui pemakaian harnes banyak membantu ibu bapa mudah mengawal pergerakan anak di tempat awam berdasarkan pengalaman masing-masing.
Dipuji Ramah & Humble
Erynne yang kini masih aktif berlakon turut dipuji kerana sangat ramah dan suka membalas komen-komen peminat di Instagram.
Rata-rata peminat tersebut sudah mengikuti lakonan Erynne sejak dia kanak-kanak lagi dan sangat mengagumi bakat lakonannya.
Nak tambah ilmu tentang penyusuan susu ibu, jom join webinar PERCUMA Ya, Aku Mampu Susukan Anak! secara ONLINE pada 29 Oktober 2022. Daftar nama anda di SINI
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.