Anak-anak kecil kita sememangnya perlu dirangsang untuk memulakan percakapan. Bukan mereka tidak tahu tetapi mereka tidak tahu caranya untuk memulakan interaksi dengan mak ayah. Dalam hal ini mak ayah berperanan lebih untuk merangsang anak-anak kecil bercakap dan berkomunikasi dengan ibu bapa.
Antara cara yang boleh dilakukan adalah melakukan aktiviti ringkas seperti yang disyorkan oleh Puan Aisyah Kassim, Patalogi Pertuturan Bahasa ini kepada anak-anak kecil kita.
Dah cakap banyak dekat anak, tapi tak tahu anak faham ke tak. Anak dapat sebut perkataan, tapi bila tanya tak dapat jawab pun. Ada ke ada parents yang alami masalah ni? Haa..sebenarnya anak tu masih tak faham perkataan yang dia sebut dan apa yang parents katakan. Jom saya bagi contoh aktiviti yang boleh dilakukan untuk mengajar anak faham apa yang kita katakan.
Ads
Parent boleh buat aktiviti dengan anak menggunakan giant dadu. Spent time sikit untuk buat materials apa yang ingin diajar kepada anak. Contoh dalam gambar ni, objektif yang diadakan adalah untuk mengajar haiwan.
1. Buatkan dadu bersaiz besar. 2. Lukis atau print gambar haiwan. 3. Tampalkan di atas kertas atau pelapik yang berwarna. 4. Minta anak baling dadu, sebutkan nama haiwan dan pergi kepada gambar. 5. Sambil itu bercakap dan berinteraksi dengan anak. 6. Buatkan aksi atau bunyi haiwan tersebut.
Ads
So, parents boleh lah lukis/print je dari internet. Kemudahan banyak je sekeliling kita, cuma nak atau tak nak je kan. Minta anak untuk baling dadu dan pergi ke point yang ada gambar pada dadu tersebut. Oh jangan lupa selitkan input bahasa! nanti dah seronok baling dan melompat lupa pulak nak ajar anak nama haiwan tu.
Ads
Kalau anak yang masih tak tahu dan tak respons, ajar dan pegang mereka. Bagi anak yang dah tahu, biarkan mereka pergi sendiri kepada point yang disediakan. Bagi anak yang dah boleh sebut, minta mereka sebut dahulu nama haiwan baru pergi kepada point.
Haa nampak tak banyak level untuk anak ni faham dan bercakap. Jadi parents jangan la letak high expectations untuk anak tu kalau first time mereka tak dapat buat. Kena ajar slowly dan penuh kesabaran.
So dah ready belum nak ajar anak bt aktiviti ni? Parents pun join sekali melompat tau, untung-untung dapat kurangkan berat bila melompat-lompat dengan anak tu.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Boleh dikatakan setiap rumah pasti akan berhadapan dengan masalah kehadiran lipas di dapur. Tak tahu dari mana datangnya tiba-tiba dah beranak-pinak dalam kabinet dapur atau di bahagian tersorok di dapur.
Ramai yang geli dan tak kurang juga akan terjerit-jerit setiap kali ternampak binatang kotor ini. Walaupun disembur dengan racun serangga, selepas itu tetap akan ada juga.
Bagi anda yang ada masalah kehadiran lipas ini, boleh cuba petua yang dikongsikan oleh Ummi As. Hanya menggunakan rempah 4 sekawan dan diletakkan dalam kain bunjut, ternyata ia sangat membantu.
LIPAS DALAM KABINET
Beberapa bulan lalu saya buat sisihan di dapur dan buang apa-apa yang tak berkaitan dan saya nak kongsi idea. Mana tahu boleh bantu atasi masalah “cikpas”.
Saya dah cuba cara ni selama hampir 3 bulan dan alhamdulillah dengan izinNya kini kabinet dapur saya tak “diziarahi” cikpas lagi. Mungkin cikpas ni tak suka kot bauan tu jadi dah tak nampak kelibatnya lagi.
Setakat hampir 3 bulan ni bayangan cikpas dan hasil membuangnya pun tiada. Petuanya saya letakkan 4 sekawan (kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan cengkih) dalam mesh net beg tapi kena buatlah tiga atau empat dalam kabinet tu. Dan banyakkan cengkih dan buah pelaga.
Cuba lah! Mana tahu berhasil untuk golongan ibu-ibu yang selalu jumpa binatang ini di dapur. Kita cuba tak salah, sekurangnya kalau berjaya dah tak perlu lagi nak sembur racun serangga.
TIP:
1) Sebelum letak tu bunjut rempah empat sekawan tu, bersihkan kabinet, kosongkan lap bersih-bersih dan spray la dengan apa yang biasa anda guna. Saya hanya spray dengan citrus cleaner jer.
2) Jika bau hilang, boleh gantikan rempah empat sekawan yang baru untuk pastikan bau-bauannya terus kekal dalam kabinet atau bawah sinki.
**Teringin nak dapatkan keperluan anak pada harga berbaloi, kliksini
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Semestinya bercuti merupakan aktiviti yang amat disukai oleh kanak-kanak. Mana tidaknya, inilah masa untuk mereka bersuka ria! Lazimnya percutian pendek seperti satu hari dua malam atau dua hari tiga malam merupakan kelaziman buat mereka yang mempunyai keluarga.
Namun tempoh itu akan meninggalkan ‘igauan ngeri’ jika ada anak-anak mula ‘buat hal’. Bagaimanapun ada caranya untuk mengelak atau mengendalikan anak-anak seumpama ini semasa bercuti atau melancong.
Perancangan awal
Sebelum memulakan perjalanan, anda telah membuat perancangan yang rapi tempat atau lokasi secara tepat yang bakal dilawati. Tempat yang dilawati mestilah selamat dan cuaca yang tidak terlalu panas atau sejuk. Lokasi sama ada pusat peranginan, taman tema, pantai atau air terjun.
Tempah penginapan
Tempat penginapan ditempah lebih awal. Perjalanan yang jauh menjadikan kanak-kanak mudah letih. Keadaan akan menjadi lebih tidak terkawal sekiranya anda tidak dapat menyediakan segera tempat untuk mereka berehat dan melakukan aktiviti yang disukai semasa sampai di tempat yang dituju.
Mesti ada peraturan
Jelaskan kepada anak bahawa biar di mana pun mereka berada, peraturan tetap ada, sekalipun pergi bercuti. Oleh itu, jelaskan beberapa peraturan yang ditetapkan semasa bercuti misalnya tidak membuang bising di lobi hotel, tidak berebut semasa mengambil makanan semasa di hotel dan beberapa peraturan lain. Malah sentiasa mewujudkan ‘peraturan’ sebelum bergerak sesuatu tempat yang ingin dilawati. Dalam masa yang sama anda boleh menyelitkan beberapa peraturan yang perlu diikuti semasa percutian tersebut.
Senarai aktiviti
Aktiviti yang dirancang tidak terlalu padat. Makin kurang aktiviti yang di rancangan makin kurang tekanan pada anak. Percutian adalah sesuatu yang menggembirakan anak-anak. Oleh itu, jangan jadikan ia sesuatu mimpi ngeri buat anak anda.
Jangka masa
Sekiranya anda merancang untuk melancong dalam jangka masa yang lama dan jauh, mulakan dengan membawa anak melancong dalam tempoh masa yang pendek. Tujuannya adalah untuk melihat sikapnya sama ada mudah menerima perubahan atau tidak. Kesan daripada itu, anda akan ketahui tindakan yang boleh diambil bagi membantu mengawal tingkah lakunya.
Persiapan minda
Sediakan minda anak untuk berjalan jauh atau melancong. Sekurang-kurangnya seminggu sebelum perjalanan bermula. Berbincang dengan anak tentang percutian dan tunjukkan gambar tempat yang bakal dikunjungi. Secara tidak langsung mereka akan mempunyai perasaan gembira untuk pergi bercuti dan sentiasa mendengar arahan anda.
7. Sedia kamera
Beri anak kamera untuk kegunaan mereka sendiri. Banyak terdapat di pasaran kamera yang murah dan senang digunakan. Tingkah laku yang tidak diingini dapat dialih bila kanak-kanak sibuk mengambil gambar yang dilihatnya atau yang diminatinya. Kesibukan dengan aktiviti baru ini membuatkan mereka ceria sepanjang percutian.
Permainan kegemaran
Bawa bersama mainan yang digemarinya Anda memasukkan mainan tersebut dalam beg kecil. Mudah untuk anda mencarinya apabila diperlukan oleh anak anda. Mainan yang digemari akan dapat membantu mengalih perhatian anak anda daripada menunjukkan tingkah laku yang tidak diingini.
Muat turun permainan
Bagi anak yang lebih besar, anda boleh sediakan permainan muat turun di tablet anak anda. Pastikan juga anda telah memasukkan beberapa permainan atau program yang mencukupi serta menarik. Namun hadkan permainan ini kerana kanak-kanak tidak digalakkan melihat skrin tablet dalam tempoh yang lama.
Pakaian selesa
Sepanjang perjalanan anak memakai pakaian yang selesa. Pakaian tersebut sebaik-baiknya mudah ditanggalkan dan fabrik yang tidak terlalu panas atau sejuk. Ia juga tidak terlalu ketat atau longgar supaya mudah untuk bergerak dengan aktif. Cara ini mengelak anak meragam disebabkan rasa panas dan tidak selesa.
Makanan
Kadang kala anak-anak mula membuat perangai atau tidak dengar cakap apabila mula berasa lapar. Bawa bekalan makanan ringan, buah-buahan dan roti yang secukup sepanjang perjalanan. Jika perlu bawa beg tahan sejuk supaya anak-anak dapat minum minuman yang sejuk semasa perjalanan.
12. Kotak pertolongan cemas
Pelbagai ubat-ubatan ada dalam kotak pertolongan cemas termasuk ubat demam dan sebagainya. Juga jangan lupa membawa ubat yang sepatutnya terutamanya jika anda mempunyai anak-anak yang mempunyai jadual pengambilan ubat-ubatan.
13. Elak makanan manis
Semasa perjalanan elak daripada memberi gula-gula atau makanan manis pada anak. Pemberian gula hanya akan membantu merangsang kanak-kanak aktif. Ia akan membuat anak anda sukar dikawal seperti tidak duduk diam terutama sekali bagi anak yang berusia satu hingga empat tahun.
Makanan biasa dimakan
Sekiranya anda melancong ke tempat yang belum pernah anda kunjungi, anak anda mungkin akan mengalami kejutan daripada segi makanan. Mereka mungkin tidak selesa dengan ‘makanan baru’ itu. Akibatnya anak tidak mahu makan. Situasi lapar boleh menyebabkan anak tidak selesa dan menunjukkan tingkah laku yang tidak diingini. Jadi untuk mengatasi masalah ini, anda harus bersedia dengan makanan yang dimasak sendiri atau makanan yang biasa dimakan oleh anak.
Perjalanan malam
Memulakan perjalanan pada waktu malam adalah digalakkan. Waktu malam adalah waktu tidur buat anak-anak. Situasi ini juga dapat membantu mengelakkan anak anda dari bosan semasa berada dalam perjalanan.
16. Melancong dengan minda terbuka
Semasa melancong anda dan anak mungkin akan bertemu dengan perkara atau peristiwa yang di luar dugaan anda. Jangan cepat membuat kesimpulan yang negatif tentang sesuatu yang bertentangan dengan budaya sendiri. Jangan cepat menilai dan cuba sedaya mungkin mencari perkataan yang boleh mengalih rasa ketakutan atau tidak selesa anak anda.
17. Persekitaran tenang
Melancong ke tempat yang sesak dengan orang ramai membuatkan anak tidak berasa selesa. Cara ini membuatkan anak berasa rimas. Bawa anak ke kawasan yang tenang, nyaman dan damai. Itulah percutian buat anak. Jika anda bercadang untuk membeli belah di kawasan yang sesak, seharusnya tinggal sementara anak di hotel.
18. Tidak ke kedai permainan
Jika anda dalam percutian bajet. Elakkan membawa anak singgah ke kedai permainan atau cenderahati yang berdekatan dengan hotel. Kebiasaan harga yang di tempat seumpama ini agak mahal. Cara ini mengelak anak meragam apabila permintaannya tidak dipenuhi.
19. Lokasi lawatan
Pergi bercuti memang menjadi kegemaran kanak-kanak. Namun tempat lawatan atau aktiviti lebih berbentuk orientasi kekeluargaan dan kanak-kanak. Jangan lupa, kawasan yang menawarkan kolam renang dan taman permainan tema. Kanak-kanak pastinya sepanjang hari berseronok dan gembira.
20. Dalam pesawat
Jika anda memilih untuk menaiki kapal terbang untuk ke destinasi percutian, anak akan mengalami perubahan tekanan dalam kapal terbang semasa berlepas atau mendarat. Ia mungkin akan membuatkan mereka meragam atau menangis dan menunjukkan tingkah laku yang tidak diingini. Oleh itu, tip untuk mengelak daripada berlaku ialah berikan sesuatu untuk diminum atau berikan lollipop pada anak yang lebih besar.
21. Beg kecil
Jika anda mempunyai beberapa orang anak yang masih kecil, masukkan pakaian setiap anak-anak ke dalam plastik secara berasingan sebelum anda memasukkan kesemuanya dalam beg besar anda. Keadaan ini akan memudahkan dan mempercepatkan tindakan anda semasa mengurus anak kecil tersebut. Dan secara tidak langsung dapat mengelakkan anak daripada menunjukkan tingkah laku yang tidak diingini.
22. Berhenti rehat secukupnya.
Sekiranya anda melakukan perjalanan hampir separuh hari dengan menggunakan kereta, anda perlu singgah berehat, sekurang-kurangnya dua jam sekali. Kanak-kanak memerlukan masa antara 15 hingga 30 minit untuk menghilang rasa letih, lenguh dan juga untuk bermain seketika sebentar
Jom, join Gathering Ibu Hamil Menawan sekarang! Banyak aktiviti dan hadiah menarik menanti dan penampilan istimewa Pn. Nad Masrom. Klik DAFTAR segera!
Dalm bab mendidik anak, setiap orang ada cara tersendiri. Sesetengah ibu bapa ada yang suka pendekatan bertegas, santai, tinggi disiplin atau terbiasa guna kata-kata kasar. Mungkin dari sudut pandangan peribadi ibu bapa, mereka mempunyai alasan tersendiri mengapa didikan sedemikian dipilih untuk membesarkan anak-anak.
Walaupun banyak perkongsian daripada pakar keibubapaan dan psikologi yang boleh dijadikan iktibar, namun berapa ramai di antara kita yang mampu mengambilnya secara positif?
Apapun, dalam mendidik, masih ada garis panduan yang perlu ibu bapa ambil kira. Ia perlu dijadikan asas supaya didikan yang diterap tidak merosakkan masa depan anak-anak. Menurut Pakar Psikiatri & Pensyarah UIAM Kuantan, Dr Rozanizam Zakaria, ada pantang larang yang perlu dielakkan bila berdepan emosi marah dengan anak agar tak meninggalkan ‘parut’ dalam diri mereka.
Marah macam mana pun dengan anak, jangan buat benda ni:
1. Pukul sampai berbekas 2. Kurung dalam bilik 3. Ugut tinggal luar/tepi jalan/bagi kat orang lain 4. Banding dengan kawan baik dia 5. Silent treatment tanpa explain/closure 6. Ugut sayang anak lain sahaja 7. Tinggal di tempat gelap 8. Rekod anak menangis dan malukan dia 9. Kata anak ni “menyusahkan” 10. Menyumpah/keluar kata-kata kesat
Nak beri didikan agama pada anak-anak biarlah sejak mereka kecil. Ajarkan anak solat dengan cara simple dan anak mudah ‘tangkap’, baru dia teruja. Ketahui macam mana nak latih anak solat secara fun, jom daftar ke Kem Solat Anak: Mudah, Seronok & Berkesan sekarang! Klik https://toko.ideaktiv.com/product/kem-solat-anak/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Cuti sekolah ini pasti ada yang mengambil kesempatan nak khatankan anak. Memang tak dinafikan kaedah sekarang buatkan luka pada tempat khatan sembuh dengan cepat, tapi untuk ibu yang pertama kali nak jaga anak berkhatan, tentu ada gusarnya.