Tak Semestinya Cara Formal Nak Ajar Anak Bercakap, Sambil Main & Buat Aktiviti Pun Boleh!

Share

Anak-anak kecil kita sememangnya perlu dirangsang untuk memulakan percakapan. Bukan mereka tidak tahu tetapi mereka tidak tahu caranya untuk memulakan interaksi dengan mak ayah. Dalam hal ini mak ayah berperanan lebih untuk merangsang anak-anak kecil bercakap dan berkomunikasi dengan ibu bapa.

Antara cara yang boleh dilakukan adalah melakukan aktiviti ringkas seperti yang disyorkan oleh Puan Aisyah Kassim, Patalogi Pertuturan Bahasa ini kepada anak-anak kecil kita.

Dah cakap banyak dekat anak, tapi tak tahu anak faham ke tak. Anak dapat sebut perkataan, tapi bila tanya tak dapat jawab pun. Ada ke ada parents yang alami masalah ni? Haa..sebenarnya anak tu masih tak faham perkataan yang dia sebut dan apa yang parents katakan. Jom saya bagi contoh aktiviti yang boleh dilakukan untuk mengajar anak faham apa yang kita katakan.

Parent boleh buat aktiviti dengan anak menggunakan giant dadu. Spent time sikit untuk buat materials apa yang ingin diajar kepada anak. Contoh dalam gambar ni, objektif yang diadakan adalah untuk mengajar haiwan.

1. Buatkan dadu bersaiz besar.
2. Lukis atau print gambar haiwan.
3. Tampalkan di atas kertas atau pelapik yang berwarna.
4. Minta anak baling dadu, sebutkan nama haiwan dan pergi kepada gambar.
5. Sambil itu bercakap dan berinteraksi dengan anak.
6. Buatkan aksi atau bunyi haiwan tersebut.

So, parents boleh lah lukis/print je dari internet. Kemudahan banyak je sekeliling kita, cuma nak atau tak nak je kan. Minta anak untuk baling dadu dan pergi ke point yang ada gambar pada dadu tersebut. Oh jangan lupa selitkan input bahasa! nanti dah seronok baling dan melompat lupa pulak nak ajar anak nama haiwan tu.

Kalau anak yang masih tak tahu dan tak respons, ajar dan pegang mereka. Bagi anak yang dah tahu, biarkan mereka pergi sendiri kepada point yang disediakan. Bagi anak yang dah boleh sebut, minta mereka sebut dahulu nama haiwan baru pergi kepada point.

Haa nampak tak banyak level untuk anak ni faham dan bercakap. Jadi parents jangan la letak high expectations untuk anak tu kalau first time mereka tak dapat buat. Kena ajar slowly dan penuh kesabaran.

So dah ready belum nak ajar anak bt aktiviti ni? Parents pun join sekali melompat tau, untung-untung dapat kurangkan berat bila melompat-lompat dengan anak tu.

Published by
SRM