Ads
Home Keibubapaan Penjagaan Anak Tak Semestinya Guna Puting, Buai Anda Jadi Ibu Yang Teruk! Ubah Mindset,...

Tak Semestinya Guna Puting, Buai Anda Jadi Ibu Yang Teruk! Ubah Mindset, Setiap Anak Berbeza-Beza Keperluan

Ads

“Ibu yang hebat adalah apabila tak guna puting dan buaian untuk anak”
Ya, anda hebat sebab dikurniakan anak yang mudah dijaga. Alhamdulillah. 🥰

IBU YANG HEBAT?

Tak Semestinya Guna Puting, Buai Anda Jadi Ibu Yang Teruk! Ubah Mindset, Setiap Anak Berbeza-Beza Keperluan

Dahulu, saya juga ada pemikiran macam ini masa awal-awal dapat anak. Berazam untuk:

❌ Puting tiruan
❌ Buaian
❌ Susu formula
❌ Gadget
❌ Berhenti kerja untuk jaga anak
❌ Makanan “ready made” untuk anak

Tetapi siapalah kita boleh menentukan personaliti anak yang dilahirkan nanti. Dapat pula anak yang jenis “high need”, yang hanya diam bila ada Mummynya. Buai tak mahu, puting diludahnya malah sanggup berlapar dari minum susu dari botol. 😭

Bagi saya, untung mak ayah lain yang dapat anak yang tidak perlukan semua alat bantuan ini tetapi anak elok sahaja. Yang anak mahu terima alat bantuan juga untung. 👏

Anak saya pula, bukan kami tak cuba beri tetapi dia yang tak mahu. 😂  Pada saya, indikator hebat si ibu bukanlah terletak pada 2 perkara ini. Hebatnya si ibu bila anak-anak menjadi manusia yang berguna dan berjaya dunia akhirat, “berjaya” mengikut definisi mereka. 🏆

Relaks mak ayah, jauh lagi perjalanan membesarkan anak. Tidak perlu berlumba jadi ibu yang sempurna. Buat sekadar yang kita mampu.

Tak ada masalah pun beri anak:

1. Pakai puting tiruan. Yang penting..

-Jangan beri anak terlalu lama sehingga anak kurang masa untuk belajar masukkan benda dalam mulut dan membebel sendirian. 

– Cari puting yang diperbuat dari bahan yang selamat dan mengikut umur bayi. 👶

Ads

– Ada tulis “orthodontic” bermaksud gusi dan puting berada di kedudukan yany betul.

– Elak masalah keliru puting, kebanyakan pakar cadangkan untuk kenalkan puting antara 3-4 minggu.

2. Guna buaian. Yang penting…

– Cari jenis yang stabil, ada 4 point rangka jika buaian tradisional.

– Elak guna waktu tidur malam. 😴

– Elak letak patung, selimut atau bantal berlebihan.

– Guna maksimum 2 jam sahaja sehari. ⚠️

3. Susu formula. Yang penting…

– Beri susu yang sesuai mengikut umur bayi.

Ads

– Jangan sendal botol dengan kain/bantal semasa beri bayi susu.

– Bayi baru lahir, elok beri susu seperti kedudukan menyusu badan untuk rapatkan bonding mak ayah dan bayi. (Skin to skin) 🥰

Tak Semestinya Guna Puting, Buai Anda Jadi Ibu Yang Teruk! Ubah Mindset, Setiap Anak Berbeza-Beza Keperluan

4. Gadget. Yang penting…

– Elak beri pada bayi 0-18 bulan sebab risiko masalah bercakap. Tetapi kalau terpaksa, boleh cari yang bersesuaian dengan bayi. Boleh cari di Youtube “Visual stimulation for babies”.

– Beri ikut masa yang ditetapkan, 18 bulan – 2 tahun hanya 30 minit sehari, 2- 5 tahun hanya 1 jam sehari dan 5 tahun ke atas 2 jam sehari.

– Cari rancangan yang bersesuaian dan tonton bersama anak.

5. Makanan “ready made”. Yang penting…

Ads

– Periksa kandungan gula dalam makanan. 🍬

– Rasa dahulu baru beri anak.

– Beri ikut umur anak, periksa tekstur makanan dan kuantiti makanan.

6. Berhenti kerja jaga anak….

Bila bercerita tentang anak, anak itu sahaja sudah rezeki. Berapa ramai pasangan suami isteri di luar sana yang mahu anak tetapi belum dikurniakan anak? 😔

Dahulu kan, tak pernah tersangka saya akan berhenti kerja sebab anak jenis “high need”, semua ditolaknya. Tapi itulah, semua yang berlaku ada hikmahnya. Kalau tak berhenti kerja dahulu, tak adalah BEYOND Home Therapy. 🏠

Saya pasti sebenarnya ramai mak-mak lain yang pernah sekasut dengan saya.
Ini belum lagi cerita anak jenis colic, yang boleh menangis 3-4 jam dalam satu masa tanpa sebab. Tak dapat bayangkan jika saya berada di tempat mak ayah yang anak ada colic.

Kalau kita rasa anak kita mudah dijaga. Bersyukurlah.

Tak usah banding-banding dengan anak orang lain sebab kita tak tahu bagaimana anak kita itu jika diberikan rezeki anak lagi.

Maka, mak ayah yang ada “high need” atau colic jangan rasa kurang sempurna menjadi mak ayah hanya sebab guna alat bantuan. Kita tahu kita. ❤❤❤
Setuju?

Semoga anak-anak kita semua “berjaya” dunia akhirat. Terima kasih, silakan share sekiranya bermanfaat untuk mak ayah lain.

Kredit:Maryam Jamadi (Pediatric Occupational Therapist) BEYOND Home Therapy

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI