Sesetengah wanita selepas bersalin akan dinasihatkan oleh orang tuanya untuk makan haruan bagi mempercepatkan penyembuhan luka. Sama ada dibuat sup atau dibakar, menu ketika berpantang akan diselitkan dengan lauk haruan.
Baik bersalin secara normal atau pembedahan, orang dahulu menasihatkan ibu selepas bersalin untuk makan haruan kerana kandungan protein di dalamnya lebih tinggi berbanding ikan-ikan lain.
Ada sesetengah ibu berpantang yang menolak untuk makan haruan sering ditakutkan dengan luka terbuka atau bernanah sekiranya tidak makan ikan ini. Bagi menjawab persoalan ini, ikuti penerangan Dr Muhammad Izzat Abdul Razak, Pegawai Perubatan Kesihatan Wanita & Kehamilan, seperti yang dikongsikan di laman Facebooknya.
Artikel Menarik: [Tak Elok Bertangguh, Cepat ‘Uruskan’ Uri Sebaik Diserahkan Pada Si Ayah]
“Batu belah batu bertangkup, telanlah aku, mamahlah aku. Aku kempunan ikan haruan !”
Memang terdapat kajian yang mengatakan kandungan protein dalam ikan haruan lebih tinggi dari ikan-ikan lain. Juga ada kajian menunjukkan ikan haruan ada kelebihan dalam membunuh kuman dan bakteria.
Sebab tu orang dulu-dulu mesti amalkan ikan haruan ini lebih lebih lagi masa berpantang, tak kisah la bersalin secara normal ataupun caesar.
Ramai pm saya tanya boleh makan ikan haruan ke idok? Kalau nakkan sumber protein yang tinggi dalam ikan haruan tu, banyak lagi makanan-makanan yang kaya dengan protein. Kalau takutkan jangkitan kuman berlaku, maka mengambil keputusan utk makan ikan haruan disebabkan kelebihannya membunuh kuman – korang tk perlu risau.
Ni bukan zaman tok undan dah. Kalau dulu dulu bidan kampung pakai kain batik atas kepala, tak pakai sarung tangan pun kadang-kadang, potong tali pusat guna gunting atau pisau biasa (harap bukan pisau kita guna untuk masak).
Artikel MenariK: [Minum Air Waktu Berpantang Tambah Susu Badan, Tak Ada Kaitan Rahim ‘Kembang’]
Jangan lupa ada sebesen air panas – saya rasa ni untuk tujuan basmi kuman, tapi tak cukup. Keadaan ini menyebabkan senangnya nk dapat jangkitan kuman masa bersalin dan berpantang tu sendiri.
Zaman sekarang, SEMUA alat yg digunakan untuk bersalin sudah bebas kuman (sterilized) dan segala prosedur dijalan menggunakan aseptic technique untuk memastikan jangkitan kuman dapat diminimakan. Kalau ada tanda-tanda jangkitan kuman, doktor dah mulakan antibiotik siap-siap. Begitu prihatinnya doktor dalam membasmi kuman dan mengelakkan jangkitan terjadi.
Jangan meroyan kalau tak makan ikan haruan. Tak mati pun.”
Artikel Menarik: [Puasa 6 Jam Sebelum Czer. Jangan Curi Makan, Boleh Bahayakan Nyawa Ibu Waktu Dibius]
Diharapkan dengan penjelasan dari Dr Izzat ini dapat memberi sedikit pengetahuan kepada para ibu tentang luka bersalin dan kaitannya dengan ikan haruan. Jika elok, tidak salah diamalkan tetapi tidak perlulah terlalu taksub dan mengharapkan itu sahaja sudah cukup untuk menyembuhkan luka. Paling penting, anda harus menitikberatkan soal kebersihan dan jagalah luka dengan baik seperti yang disarankan oleh doktor.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI