Kehamilan

Tak Sempat Ke Hospital, Remaja Jadi ‘Bidan’ Bantu Ibu Lahirkan Adik Lelaki Di Rumah

Share

Ibu hamil biasanya sudah tahu bila Tarikh untuk mereka dijangkakan bersalin kerana selalunya doktor akan memberi Tarikh jangkaan semasa pertama kali membuat pemeriksaan pada awal kehamilan.

Namun ada ketikanya saat cemas itu datang tanpa diduga dan ternyata tidak mengikut Tarikh jangkaan seperti yang dimaklumkan oleh doktor. Justeru ibu yang sedang sarat memang perlu sentiasa bersedia untuk menyambut kelahiran bayi dalam kandungan.

Remaja Jadi Bidan Sambut Adik Lahir

Dalam satu perkongsian yang dibuat oleh seorang remaja, Bowen Suico dia menceritakan detik cemas apabila terpaksa menjadi ‘bidan’ di rumah untuk menyambut kelahiran adik barunya.

Dalam perkongsian yang dibuat di akaun Twitter Bowen Suico, dia menceritakan bagaimana dirinya membantu ibunya yang sedang kesakitan untuk bersalin.

Ibu Seorang Jururawat

Merupakan seorang ibu dan ini adalah kelahiran kelapan buat ibu Bowen Suico, sudah tentu dia tahu bagaimana untuk melalui situasi sebegini walaupun hanya dengan kehadiran anak lelaki sahaja.

Malah menurut Bowen ibunya yang juga seorang jururawat, pasti tahu apa yang perlu dilakukan dan mengarahkannya melakukan segala proses kelahiran mengikut aturan.

Siapa sangka remaja seusia Bowen dapat membantu ibunya melahirkan adik lelakinya dengan selamat dan sihat. Di akhir tread di Twitternya, Bowen memberitahu dia bersyukur kerana dapat melakukan perkara itu dengan sempurna tanpa sebarang komplikasi.

Bowen juga sempat berterima kasih kepada warganet kerana memuji tindakkannya dan juga kerana bertanyakan tentang keadaan ibu serta adik lelaki yang baru dilahirkan itu.

Syabas Bowen sebab berani untuk jadi penyelamat dalam proses kelahiran adik lelakinya. Nasib baik juga ibunya seorang jururawat, jadi tahu apa yang perlu dibuat dalam menghadapi situasi sebegini. Kalau nak bersalin ni memang kadang tak boleh jangka, jadi apa sahaja kemungkinan kena sentiasa bersedia.

Sumber: Bowen Suico, Borak Daily

Published by
Shahrina Azlin Binti Abdullah