Kebiasaannya anak perempuan memang rapat dengan ayah, memang tak boleh mak nak tunjuk kemesraan dengan ayah depan anak perempuan. Merajuk dibuatnya! Sama lah macam Fatimah, dia rasa daddy dia punya. Lumrah anak perempuan. Suasana salam raya keluarga Fattah Amin dan Fazura meriah, berebut salam raya.
Fazura atau nama sebenarnya Nur Fazura Sharifuddin, 40, telah memuatnaik video di akaun tiktok miliknya yang memaparkan telatah anak perempuannya iaitu Nur Fatima Aisya, cemburu akan kemesraan antara dia dan suami.
Keakraban antara Fatima dan ayahnya tidak dapat disangkal lagi apabila dapat dilihat tiap kali momen-momen bersama dikongsikan oleh Fazura di media sosial samada di Tiktok mahupun Instagram.
Dalam pada masa yang sama, Aidilfitri yang diraikan ini, pelakon filem Dendam Pontianak ini turut meluahkan rasa sedih dan sebak apabila teringatkan detik indah bersama bapanya, Allahyarham Sharifuddin Adnan yang telah pun meninggal dunia lebih dua dekad lalu.
“Setiap kali raya, kenangan manis yang tidak mungkin Faz lupakan terutama ketika zaman kanak-kanak adalah saat meraikannya bersama arwah Papa dan jauh disudut hati mengharapkan Papa dapat bersama meraikan aidilifitri,” katanya kepada BH online.
Ads
Tambahnya lagi, pemergian orang yang tedekat sangat memberikan kesan dalam dirinya. Faz tidak menafikan perasan rindukan momen yang pernah dilalui olehnya bersama mereka yang telahpun pergi, Luah isteri kepada pelakon dan penyanyi, Fattah Amin ini.
Terdahulu, Fazura dan Fattah Amin telah mendirikan rumah tangga dari tahun 2017 dan dikurniakan seorang anak perempuan. Tahun ini merupakan tahun kedua Fazura beraya bersama suami dan anaknya.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pengalaman bersalin bagi setiap ibu antara momen yang menjadi kenangan sampai bila-bila. Lagi-lagi kalau fasa kehamilan tu antara fasa yang sangat mencabar dan begitu banyak cabarannya. Orang kata setiap anak, fasa kehamilannya tak sama. Jika semuanya lancar alhamdulillah tapi jika dari awal ibu mempunyai alahan teruk atau masalah kesihatan, anggaplah ia pengorbanan buat seorang ibu.
Perkongsian kisah dari Puan Nik Husmahafeefa Abdullah mengenai fasa kehamilannya yang begitu banyak cabaran akhirnya berbaloi setelah dikurniakan anak perempuan selepas mempunyai dua anak lelaki sebelum itu.
Menurut Nik Husmahafeefa, fasa kehamilan untuk anak ketiga sangat lain berbanding dua kandungan sebelum itu. Ini kerana sepanjang awal mengandung langsung tak boleh makan dan minum kerana akan termuntah semula.
“Semasa mengandung anak sulung dan kedua, saya ok kerana suami yang mengalami alahan seperti demam, muntah dan mengidam. Kali ini memang cukup memeritkan saya.
“Bukan setakat muntah tak boleh makan, tapi keadaan diri sendiri cukup memalukan. Ini kerana masuk saja usia kandungan 5 bulan terus naik gatal-gatal di seluruh badan. Saya benci tengok muka sendiri dan langsung tak boleh pandang cermin.
“Masalah gatal itu bermula di celah-celah jari, lepas tu atas belakang. Bahagian belakang tu seperti kena gigit hama (pijat). Penuh bintik-bintik. Apabila pergi klinik, doktor bagi losyen untuk sapu taoi tak hilang pun. Batuk makin kuat, mulut pun busuk sangat,” katanya.
Alahan kurap, mulut busuk dan batuk sampai terkencing hingga bersalin
Tambahnya lagi, selepas gatal di celah jari, ia mula merebak ke bahagian peha sehingga berair. Kalau kepeit dengan kain, boleh melekat kain tersebut. Apabila rujuk doktor, ia bukan gatal biasa tetapi kurap. Selepas itu kurap mulai naik dengan banyak di celah lengan, peha, betis, leher, celah punggung dan ketiak.
“Bahagian yang paling busuk adalah bawah ketiak. Ya Allah baunya seolah bau bangkai. Memang waktu ni rasa down sangat-sangat ditambah pula dengan berat mencecah 107 kilogram.
“Ibaratnya dahlah gemuk, naik kurap, mulut busuk dan bila terbatuk mesti akan terkencing. Saya rasa malu sangat dengan suami. Bukan apa, suami pula makin lama, makin elok jerana sentiasa jaga penampilannya.
“Alahan kurap, batuk, mulut busuk tu saya bawa sampai ke hari bersalin.
Suami jaga penampilan, rajin macam perempuan
Lucunya kehamilan ketiga ni juga, semua yang elok-elok dapat pada suami. Macam suami saya dia seorang salesman.
Dah siap kemas rumah tengahari dia akan keluar kerja. Balik malam lepas Isyak, benda pertama dia pegang adalah penyapu. Malam nak tidur pun dia sapu rumah lagi. Dalam 4 kali sehari dia menyapu.
Sebelum ni suami saya ni tak banyak cakap. Tapi masa saya mengandung yang ketiga ni dia kuat sangat membebel. Saya ingat dia benci saya kerana sambil kemas rumah mulut dia pot pet. Tiba-tiba hilang, tengok ada dalam bilik air basuh basuh bilik air. Lepas tu lipat kain.
Apa yang buatkan saya rasa nak tergelak dengan suami, duduk je kat mana-mana pasti ada cermin di sebelahnya. Asyik menilik muka. Memang cukup pelik sikapnya kerana mengalahkan orang perempuan.
Mak pun pernah cakap mesti saya mengandung anak perempuan. Sebab apa saja kerja rumah suami buat. Bab nak cantik pun dia suka. Macam saya bangun tidur lalu depan cermin Ya Allah rasa tak sanggup nak tengok diri sendiri.
Namun syukurlah sepanjang mengandung ni, di saat saya rasa down suami banyak bagi sokongan dan tetap puji cantik walaupun hakikatnya saya tahu dia nak pujuk.
Dapat ‘bunga’ penyeri keluarga
Alhamdulillah selepas melalui tempoh yang agak sukar bagi saya selama 9 bulan mengandungkan anak, syukur dikurniakan seorang anak perempuan sebagai penyeri rumah tangga. Kiranya berbaloi dengan apa yang saya lalui kerana dah ada geng untuk pakai cantik-cantik.
Yang pastinya selepas lahirkan anak, hanya dalam masa beberapa minggu terus masalah dialami sepanjang mengandung tu beransur hilang dan kini semuanya dah kembali ok.
Suami dan dua abang pun seronok bila dapat adik perempuan selepas jarak dengan anak nombor dua 6 tahun. Kehadiran Bibi Sumayyah ini telah melengkapkan hidup keluarga kami. Terima kasih Ya Allah!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Penyanyi, Ayda Jebat menerusi perkongsian di laman Instagramnya memohon maaf kepada sesiapa yang bertemunya sepanjang 2-3 hari yang lepas kerana dia kini disahkan positif Covid-19.
Menerusi perkongsian foto Kit Ujian Kendiri Covid-19 yang dikongsi olehnya menunjukkan 2 garis (positif).
“Positive today. Siapa yang jumpa saya especially semalam please do swab test today and the next 2,3 days.. so sorry.”
Ayda turut berkongsi bahawa dia tidak mempunyai simptom teruk dan hanyalah batuk-batuk biasa. Tambahnya lagi, walaupun hanya sakit tekak jangan dibiarkan dan perlu lakukan ujian kendiri covid-19.
“I got no simptom yang teruk.”
“Sakit tekak sahaja so please siapa yang sakit tekak jangan tunggu tunggu or biarkan ingat sakit tekak je. Swab terus ya.”
Rakan selebriti dan warga maya turut mendoakan agar penyanyi kecil molek ini sembuh secepatnya. Ada juga yang turut berkongsi pengalaman keluarga terdekat yang menggunakan test kit Covid-19.
sheilarusly_jspictures’s profile picture Speedy recovery adikkk. Tak sempat berRaya rumah mama
schamalek.official’s profile picture My sister do the same thing. And test kit +ve. But swab kt klinik -ve. So better swab direct to klinik utk double confirm.
Kemelut rumah tangga pelakon popular, Puteri Sarah Liyana dengan suami, pengarah popular, Syamsul Yusuf bakal terlerai pada hari ini setelah hampir 5 tahun bertahan dalam kemelut rumah tangga.
Namun, ibunda syamsul yusof iaitu Datin Patimah meluahkan rasa sedih di atas keputusan tersebut memandangkan cucu-cucunya masih lagi kecil dan tidak memahami apa yang berlaku.
Datin Patimah menjelaskan bahawa, cucu lelakinya, Syaikul Islam sudah terbiasa dengan keadaan ini dan tanpa ayah di sisi namun tidak bagi Sumayyah yang masih kecil dan belum faham kenapa ayahnya tidak lagi tinggal bersama si ibu.
“Sumayyah masih tidak memahami kenapa ayah tidak tinggal bersama mamanya, Syaikul sudah terbiasa hidup bersama mama tanpa ayah”
Keputusan tersebut diambil setelah pengarah popular dengan filem ‘Kebangkitan Mat Kilau’ ini mendirikan rumah tangga kedua bersama anak pelakon veteran, Kazar iaitu Ira Kazar.
Walau apapun keputusanya, Dato Yusof dan Datin Patimah menegaskan bahawa Puteri Sarah Liyana tetap akan menjadi menantu kesayangan mereka sampai bila-bila.
Kenapa ibu bapa patut hantar anak-Anak ke tadika lebih awal. Pendidikan awal kanak-kanak adalah asas penting untuk membentuk keperibadian, kemahiran sosial, dan kognitif anak-anak.