Kekangan masa ketika pagi hari adalah penyebab ibu bekerjaya gagal mempersiapkan sarapan pagi buat anak-anak. Sebenarnya bagi menyediakan sarapan, tidak perlulah sarat dengan menu seperti nasi dan sebagainya. Cukup hanya lengkap nutrisi dan seimbang buat anak kita untuk mengenyangkan perutnya di pagi hari.

Idea ibu ini, Shiba Hisham boleh anda cuba. Variasi gabungan oat bersama buah-buahan dan protin yang dikongsikannya menerusi Happy Baby Food Malaysia ini paling sesuai untuk ibu yang mengejar masa. Malah gabungan oat ini juga boleh dicuba ketika travel. Hanya sediakan oat dan gabungkan bersama buah-buah. Pantas dan mudah!

 

Salam, saya nak share perihal breakfast anak saya. Masa baby 6-7 bulan dia cuma makan 2 kali sehari; 10am dan 5pm sebagai pengenalan. Start 8 bulan saya dah beri dia masa makan lengkap; sarapan, lunch dan dinner with snacking in between the meals.

So masa baby nak menginjak ke 8 bulan, jenuhlah saya fikirkan nak bagi apa as sarapan. Sebab pada saya sarapan is very important as it is the start of our day. Kawan saya share anak sulung dia dulu hari-hari sarapan oats. Jadi saya pun buatlah research on oats dan jenis-jenisnya. And i decided to give it a try. Saya bagi oats as breakfast everyday dari baby 8 bulan sampai sekarang 10 bulan 27 hari tanpa gagal. Ok reason saya bagi oats as breakfast:

1. Nak jimatkan masa. Saya bekerja dan pjj dengan husband. So pagi-pagi adalah waktu yang busy nak siapkan diri sendiri dan baby. Saya tak mampu nak masak nasi lemak/nasi goreng/kuih/pancake etc for baby. Bekal ke taska saya masak dan siapkan malam sebelumnya. Tak larat nak masak 2-3 jenis masakan. Oats lebih senang sebab cuma perlu tambah air panas dan buah/protein saja.

2. Baby saya setiap hari bangun time Subuh. And jenis bergayut kat kaki maknya bila maknya masak/buat kerja. Setiap hari saya akan mandikan and suapkan breakfast sebelum ke taska dan office. Itulah bonding time kami everyday. So saya perlukan breakfast yang sangat mudah dan cepat. Oats is the answer as it require only 5 minutes to prepare. Jadi saya pun akan less stress pagi-pagi.

3. Oats adalah grains yang mengenyangkan. Dan kaya dengan zat besi, maka sangat bagus untuk babies sebab babies especially yang breastfeed selalu mengalami masalah kekurangan iron. Untuk zat besi dapat diserap dengan optimum, saya tambahkan dengan buah-buah yang tinggi Vit C contohnya kiwi, strawberry etc.

4. Oats sangat versatile. Boleh dimakan dengan almost everything. Saya suka tambahkan dengan buah sebab cepat. Selalunya saya guna buah yang lembut yang perlu dilecek dengan garpu contohnya avocado, dragon fruit, mango. Tak perlu steam etc.

Kadang-kadang saya campurkan dengan chicken grill, atau scramble egg, atau kuah sup ayam tapi sangat jarang sebab saya memang sebolehnya nak minimize penggunaan stove di awal pagi. Kiranya pagi dapur taknak berasap lah. Saya guna instant Quaker oats pek merah (bukan 3in1); cuma perlu tambahkan air panas. Pek biru kena masak sekejap 2 minit and kalau rolled oats kena rendam dulu and masak lama sikit. Terpulanglah pada preferance dan kesesuaian mak-mak.

5. Senang nak travel. Bila travel part breakfast dah boleh skip dari fikiran. Just bawak oats kering dalam bekas kecik (cukup untuk berapa hari travel) and buah. Buah boleh beli kat tempat kita jalan atau kadang-kadang saya buatkan home made strawberry jam as bekal or kalau tak sempat sangat grab kismis je.

6. Penerimaan anak? Setakat ni alhamdulillah dia makan everyday tanpa miss 3 bulan ni. Saya bagi setiap hari even on weekend. Tapi saya tak beri oat di waktu makan lain. Sebab nak setkan dalam mind dia yang oat adalah untuk sarapan. Mungkin dia ok sebab waktu makan lain saya pelbagaikan menu dan bagi buah macam-macam.

Kiranya nak sedap kena tunggu siang sikit waktu lunch ke atas. Waktu makan anak saya agak rapat – 8am breakfast, 10am susu, 11am lunch, 1pm susu and nap, 3 pm lunch and seterusnya snacking 2 kali sebelum dinner at 630pm, so oats should be sufficient to keep her full dalam 2-3 jam sebelum lunch.

7. Sampai bila nak bagi oats? Entahlah mungkin sampai bila-bila? Saya pun tak fikir lagi. Sebab anak setakat ni masih terima.

Sebenarnya takde salah betul dalam penyediaan makan anak. Yang penting sesuai dengan cara hidup kita dan keluarga dan kita jaga garam gula perasanya. Asalkan mak-mak tak stress dalam menyediakan makan anak. Haritu saya ada baca kat group ni sorang mak tanya takpe ke kalau bagi anak oats hari-hari? For me ok je, kalau anak pun nak makan.

Saya share 10 hidangan oat anak saya, ni jelah yang sempat nak snap dalam 3 bulan ni. Selalunya memang tak dan pagi-pagi kelam kabut.